Pages

Monday, May 3, 2021

CHINA LULUSKAN UNDANG-UNDANG PASTIKAN KEDAULATANNYA DI LCS BIMBANGKAN NEGARA ASIA LAIN.

Kapal Coast Guard China

China telah meluluskan undang-undang baru yang akan memberi lebih banyak kuasa kepada agensi penguatkuasa maritimnya dalam memastikan kedaulatan Beijing terhadap perairan yang didakwa sebagai miliknya terutama Laut China Selatan.

Bagaimanapun undang-undang itu dijangka akan menghangatkan lagi pertelingkahan antara China dengan negara-negara Asia yang lain serta Amerika Syarikat membabitkan pertikaian mengenai hak pemilikan sebahagian besar daripada Laut China Selatan.

Undang-undang terbaru itu diluluskan oleh Kongres Kebangsaan Rakyat China, yang merupakan badan pembuat undang-undang paling tinggi negara itu pada 29 April lepas.

Ia dijangka akan dikuatkuasa pada 1 September depan, menurut Xinhua, yang merupakan agensi berita rasmi China.

Undang-undang terbaru China itu akan membenarkan agensi penguatkuasa keselamatan maritim negara itu yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan untuk memerintah mana-mana kapal asing meninggalkan perairan yang didakwa oleh Beijing sebagai miliknya sekiranya ia menjejaskan keselamatan kepada negara.

Penggubalan undang-undang terbaru ini menyusul perlaksanaan Undang-Undang Pengawal Pantai yang membenarkan kapal-kapal pengawal pantai China bertindak termasuk melepaskan tembakan terhadap mana-mana kapal asing yang memasuki perairannya termasuk di kawasan yang didakwa sebagai miliknya.

Undang-undang Pengawal Pantai itu telah menghangatkan lagi pertikaian Beijing dengan negara-negara littoral Laut China Selatan serta Taiwan yang menduduki atoll di perairan yang strategik itu seperti Pulau Pratas.

Selain itu, undang-undang itu dikecam hebat oleh Jepun yang mempunyai isu tuntutan bertindih dengan China melibatkan Kepulauan Senkaku atau Diaoyu sebagaimana dipanggil oleh Beijing.

Operation FONOP yang dijalankan oleh U.S dan Perancis di Laut China Selatan

Beijing kerap menghantar kapal-kapal perangnya ke perairan berhampiran Senkaku untuk mencabar pemilikan Tokyo terhadap pulau-pulau itu.

Bagi menyokong sekutunya di Indo-Pasifik, Washington juga mengerahkan kapal-kapal perangnya untuk melakukan operasi FONOP (Freedom of Operations Navigation) terhadap kawasan-kawasan perairan yang didakwa Beijing sebagai milikinya tetapi tidak diiktiraf di bawah undang-undang antarabangsa.

sumber :Defence Security Asia


2 comments:

  1. Kenapa negara asean perlu gentar..? 3 negara asean indonesia,pilipine,malaysia bole menandatangani pact 3 negara utk bekrja sama mengawasi kawasan bertindih dengan aset laut yg mereka ada.dengan gabungan aset 3 negara asean akan d lihat lebih gah dan tidak akan bole d cabar oleh cina.....buat masa skrg setiap negeri mengawal perairan masing masing tanpa masuk campur sekira nya berlaku masalah d lautan antara kapal cina dan salah satu kapal negara asean.....dengan ada nya PACT ini 3 negara ini bole masuk campur sekira nya salah satu dari kapal mereka d gugat.....

    ReplyDelete
  2. Bayang kan satu CCG d kerumini 3 atau 4 kapal dari 3 negara ini....CCG pasti berundur memandangkan memusuhi satu negri akan jugak memusuhi 3 negeri..

    ReplyDelete