Pages

Tuesday, July 27, 2021

DUA KAPAL PERONDA BRITIAN, TETAP DI INDO-PASIFIK UNTUK HADAPI CHINA

HMS Tamar dan HMS Spey merupakan River Class OPV

Kementerian Pertahanan British telah mengenalpasti dua buah kapal perondanya, HMS Tamar (P233) dan HMS Spey (P234) untuk ditempatkan di perairan di Indo-Pasifik secara tetap, untuk mencabar tindakan haram China yang mendakwa 90 peratus daripada Laut China Selatan adalah miliknya.

Tindakan Britain menempatkan dua buah kapal perangnya secara tetap di Indo-Pasifik ini adalah selaras dengan dasar negara itu yang mahu meningkatkan peranannya di rantau itu bagi menangani sikap agresif Beijing.

Peningkatan peranan British di Indo-Pasifik itu sudah pun dilihat menerusi kerahan Carrier Strike Group 2021 (CSG21) diketuai oleh kapal pengangkut pesawatnya, HMS Queen Elizabeth ke Asia Pasifik ketika ini.

“HMS Tamar dan HMS Spey akan dikerahkan ke Indo-Pasifik pada akhir Ogos ini dan akan dibantu oleh rakan-rakan kami semasa operasi mereka termasuk Australia, Jepun dan Singapura,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan British.

Menteri Pertahanan British Ben Wallace berkata, ia komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakannya di Indo-Pasifik untuk mempertahankan nilai-nilai demokratik, menangani ancaman bersama dan memastikan negara kami selamat.

Sebelum ini, Britain juga mengumumkan bahawa ia akan menempatkan satu unit anggota tentera dipanggil “Littoral Response Group” di Indo-Pasifik pada masa akan datang untuk misi-misi evacuation dan anti-terrorisme.

Keanggotaan unit khas ini mungkin akan datang daripada SAS, SBS atau Marines.

Namun, apa yang menimbulkan persoalan adalah kedua-dua kapal peronda itu, HMS Tamar dan HMS Spey itu adalah ia merupakan kapal peronda yang boleh disifatkan sebagai “toothless” kerana hanya dilengkapi dengan meriam 30mm dan mesingan berat.

Kedua-dua kapal ini merupakan kapal OPV (Offshore Patrol Vessel) River-Class batch 2. Panjang kapal ialah 90.5 meter, lebar 13 meter dan berat 2000 tan. 

Helikopter Merlin melintasi OPV River-Class

Flight deck kapal ini mampu membawa sebuah helikopter jenis Merlin.

Bagaimana HMS Tamar dan HMS Spey yang memiliki berat sekitar 2,000 tan itu mahu berdepan dengan dengan kapal-kapal peronda dan tentera laut China yang yang beratnya sahaja mencecah 10,000 tan sebuah.

Tidak mengapa kerana jika ada apa-apa “kecemasan” bantuan daripada Australia, Jepun dan Amerika Syarikat sentiasa boleh didapati dengan mudah, memandangkan kapal-kapal perang negara berkenaan juga kerap melakukan rondaan di perairan di Indo-Pasifik.

Di jangkakan akan lebih banyak kapal-kapal perang daripada negara-negara NATO melakukan “kunjungan” ke Indo-Pasifik dan Laut China Selatan selepas ini, selepas pertubuhan itu mengeluarkan kenyataan keras terhadap China pada sidang kemuncaknya baru-baru ini.

So nantikanlah, kerana rantau Indo-Pasifik dan Laut China Selatan akan menjadi semakin panas selepas ini.

sumber: Defence Security Asia

No comments:

Post a Comment