Misil Sea Wolf yang dilancar dari kapal Royal Navy |
Setelah lebih 8 bulan "berkampung" di Devonport, akhirnya HMS Portland iaitu salah satu dari 12 Friget Type 23 British Royal Navy bersedia kembali ke barisan hadapan.
HMS Portland Type 23 Duke Friget dilancarkan pada 15 May 1999 oleh Lady Heather Brigstocke di HMNB Devonport Dockyard, Plymouth. Setelah menjalani ujian laut/sea trial, ia secara rasmi memasuki perkhidmatan pada 3 May 2001.
Setelah 2 dekad berkhidmat, ia menjalani refit dan naiktaraf. Antaranya pemasangan Artisan 3D Radar dan penggantian misil SeaWolf kepada Sea Ceptor.
Commanding Officer HMS Portland, Tim Leeder menyifatkan pembaharuan setelah 8 bulan menukarkan kapal perang ini kepada state of the art warfighting machine.
Sea Wolf ialah misil dwi fungsi bagi memusnahkan sasaran udara atau memintas misil antikapal. Dibangunkan pada tahun 1979, ia memiliki kelajuan supersonik Mach 3 dan menjangkau jarak hingga 10km.
Misil Sea Captor |
Manakala Sea Ceptor ialah misil generasi baru. Dikenali sebagai CAMM (Common Anti-Air Modular Missile). Terdapat 2 versi lain iaitu ASRAAM (misil udara ke udara) dan Land Ceptor iaitu sebahagian sistem pertahanan udara SHORAD Sky Sabre.
Seperti Sea Wolf, ia mempunyai fungsi yang sama.
Namun Sea Ceptor boleh menjangkau hingga 25km bagi versi standard dan 40km (versi CAMM-ER). Walaubagaimanapun laporan IHS Janes menyebut ujian penembakan berjaya memusnahkan sasaran sejauh 60km.
Sea Ceptor juga dilengkapi dengan Aktif Radar Seeker dan Two Way Datalink. Ini menjadikan ketepatan pemusnahan sasaran setaraf dengan Aster 15.
SEAWOLF TLDM
misil Sea wolf yang dilancarkan dari Kapal KD Lekiu |
KD Jebat dan KD Lekiu memiliki sistem pertahanan udara yang serupa dengan Friget Type 23 British Royal Navy.
Mula ditauliahkan secara rasmi dalam perkhidmatan pada 10 November 1999, ia merupakan aset tercanggih Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Setelah 2 dekad berlalu dan ancaman misil antikapal semakin canggih termasuk berkelajuan hipersonik, penggantian misil SeaWolf perlu diberi perhatian oleh perancang TLDM. Dengan pengenalan misil seperti Sea Ceptor, ia memberi ruang masa pemintasan atau window interception yang lebih kepada Skuadron 23 Friget ini.
Begitu juga dengan ancaman pesawat MPA (Maritim Patrol Aircraft) dan drone yang menjadi mata kepada kapal perang musuh. Doktrin peperangan terkini menekankan aspek pengesanan yang memberi kelebihan untuk melancarkan serangan terlebih dahulu.
Dengan julat SeaWolf sekitar 10km, ia memberi tekanan kepada krew untuk mengelak daripada dikesan lebih awal. Namun situasi boleh berubah andai KD Jebat dan KD Lekiu mempunyai keupayaan memusnahkan sasaran lebih jauh, meminimakan risiko dikesan oleh aset2 udara musuh.
Dengan kemasukan kapal Littoral Combat Ship (LCS) kelas Maharajalela dijangka bermula pada tahun 2025, sudah pastinya KD Jebat dan KD Lekiu akan terus menjadi tunggak barisan hadapan TLDM.
Terbaru Kapal Korvet kelas Laksamana menjalani pembaharuan kerangka bagi memanjangkan jangka hayat operasi.
sumber : Emmet Eebit - soldadu
No comments:
Post a Comment