OPV KDB Darussalam - No.06 |
Kapal peronda luar pesisir kelas Darussalam ialah kelas bagi empat kapal peronda luar pesisir (OPV) yang dibina untuk Tentera Laut Diraja Brunei.
Merupakan kapal terbesar dan paling berkebolehan dalam Tentera Laut Diraja Brunei, dan sering menyertai latihan tentera laut antarabangsa.
Brunei menempah OPV kelas Darussalam daripada firma German Lürssen, syarikat yang sama yang Brunei kontrak untuk menjual korvet kelas Nakhoda Ragam, dan dua kapal pertama dihantar pada Januari 2011. Kumpulan kedua dua kapal telah dihantar pada 2014.
KDB Darulaman (08) |
Kelas Darussalam ini terdiri dari empat buah kapal iaitu KDB Darussalam (06), KDB Darulehsan (07), KDB Darulaman (08) dan KDB Daruttaqwa (09)
Kelas DARUSSALAM adalah yang pertama dalam kelasnya dengan panjang 80 meter, 13 meter lebar dan berat 1625 tan.
Ia digerakkan oleh enjin diesel 2 × MTU 11400hp 12V yang menghasilkan kelajuan maksima 22 knot (41km/jam) dengan jarak rondaan 7500 batu nautika dan mempunyai ketahanan selama 21 hari di laut.
KDB Darulehsan (07) |
OPV kelas Darussalam ini banyak menyertai latihan bersama dengan pasukan tentera laut dari negara lain seperti latihan RIMPAC 2014, SEAGULL 2016, PASSEX 2018 dan latihan PELICAN 2019
sumber : wikipedia, Navyrecognition.com
No comments:
Post a Comment