NGPV Kelas Kedah. No penant 172 |
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah membentangkan rancangan sebanyak RM214 juta (USD48 juta) untuk melengkapkan dua korvet kelas Kedah (MEKO 100 TLDM) dengan pelancar Naval Strike Missile (NSM).
Dokumen yang diperoleh Janes menunjukkan bahawa pelan itu dicadangkan sebagai projek perolehan tiga bahagian di bawah 'Rolling Plan 4' TLDM Rancangan Malaysia Ke-12, yang berlangsung dari 2021 hingga 2025. Rolling Plan 4 meliputi cadangan yang akan dibiayai dalam bajet negara untuk 2024.
TLDM mengendalikan enam korvet kelas Kedah yang telah ditauliahkan antara Jun 2006 dan Disember 2010. Korvet itu dibina di bawah perjanjian pemindahan teknologi yang diatur antara Penang Shipbuilding Corporation (kini Boustead Naval Shipyard) dan sebuah konsortium Jerman yang diketuai oleh Blohm+Voss.
Setakat ini setiap kapal NGPV hanya dipersenjatai dengan meriam naval 76 mm di kedudukan utama, meriam 30 mm di bahagian belakang, dan dua mesingan 12.7 mm.
Diharap dengan pemasangan pelancar NSM ini, menjadikan Kelas Kedah satu aset TLDM yang mempunyai taring dan di geruni.
Seluruh armada korvet kelas Kedah TLDM kini dikendalikan oleh Armada Timur di Pangkalan Tentera Laut Sepanggar di Sabah, Malaysia Timur di mana mereka menjalankan misi pengawasan di perairan termasuk Laut China Selatan. Sebelum ini, semua kapal dalam kelas itu berpangkalan di Lumut, Malaysia Barat.
Naval Strike Missile (NSM) dilancar dari kapal perang |
sumber : Janes
No comments:
Post a Comment