Pages

Wednesday, January 3, 2024

KAPAL OPV 1 DITERIMA OLEH MARITIM MALAYSIA


OPV 1 telah diserahkan THHE kepada Maitim Malaysia

TH Heavy Engineering Berhad (THHE) menyerahkan kapal peronda luar pesisir pertama (OPV1) secara rasminya, malam tadi kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

OPV1 dikatakan mampu bertindak sebagai mothership atau kapal induk bagi memperkuat kesiapsiagaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam menjaga perairan negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ruji Ubi berkata kapal tersebut yang dibina menggunakan reka bentuk Damen 1800 berukuran 83 meter panjang dengan lebar 13.7 meter itu berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka panjang iaitu 21 hari tanpa ulang bekal.

"OPV1 ini juga didatangkan bersama Radar X dan S Band bagi memastikan rondaan mampu bergerak secara meluas selain boleh menempatkan 70 orang anak kapal dalam satu operasi. 

“Kapal ini juga mampu mencapai kelajuan 21 knot serta mempunyai fasiliti seperti tapak pendaratan helikopter dan bilik tahanan.

“Kapal ini turut berkemampuan menghadapi laut bergelora sehingga tahap force tujuh selain melaksanakan tugas-tugas seperti bantuan kemanusiaan dan bencana selain bertindak sebagai kapal logistik, kapal mothership, kapal pemerintah serta menjadi serta menjadi tempat penyimpanan peralatan pencemaran minyak," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan OPV1 kepada KDN di Pelabuhan Klang malam tadi.

Beliau berkata OPV1 juga dilengkapi dengan peralatan canggih seperti Unmanned Aerial Vehicle (UAV), Meriam 30mm Smash Aselsan, dua bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) dan Fast Interceptor Craft.

Ruji berkata penyerahan OPV1 ini adalah satu lagi detik bersejarah kepada kementerian itu kerana telah berjaya memastikan kapal peronda buatan tempatan tersebut siap dibina setelah beberapa kali tertangguh akibat penularan Covid-19.

"Diharapkan OPV1 mampu memperkasakan lagi pengoperasian APMM dalam menguatkuasakan undang-undang maritim seterusnya memastikan Zon Maritim Malaysia (ZMM) berada dalam keadaan selamat dan sejahtera," katanya.

Bernama


No comments:

Post a Comment