Pages

Monday, June 3, 2013

SYRIA AKAN BELI 10 JET PEJUANG MIG 29 DARI RUSIA


Russia-made MIG-29 M/M2 fighter jets (file photo)
MOSCOW - Pembuat jet MiG di Rusia menyatakan semalam ia merancang untuk menandatangani perjanjian baharu untuk menghantar sekurang-kurangnya 10 jet pejuang ke Syria.

Pengumuman itu dibuat ketika beberapa pemimpin dunia mengkritik laporan penjualan sistem peluru berpandu S-300 kepada negara tersebut.

Pengarah Urusan MiG, Sergei Korotkov berkata, satu delegasi Syria berada di Moscow untuk membincangkan laporan terperinci tentang kontrak baharu berhubung penghantaran jet MiG-29 M/M2.

Versi MIG 29 M/M2 merupakan pesawat pejuang versi canggih berbanding versi MiG-29 lama enjin berkembar. Ianya berperanan sebagai pesawat pemintas dan juga pengebom.


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa agensi berita Rusia, beliau berkata, mahu membeli lebih sepuluh jet tersebut. Bagaimanapun beliau tidak memberikan bilangan jet tersebut dengan terperinci.

Rusia menyatakan, ia hanya membekalkan rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad dengan senjata-senjata yang bertujuan untuk melindungi Syria daripada pencerobohan asing seperti sistem pertahanan peluru berpandu.

Namun, Rusia mendakwa ia tidak menghantar senjata-senjata yang akan digunakan dalam peperangan saudara di Syria.

Peperangan saudara di Syria itu telah menyebabkan lebih 70,000 orang terbunuh dan berjuta-juta penduduk melarikan diri.

Dalam pada itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry mencetuskan persoalan tentang komitmen Rusia untuk membantu mewujudkan keamanan di Syria.

Beliau membuat komen tersebut ekoran terdapatnya laporan bahawa Rusia akan menghantar sistem pertahanan peluru berpandu S-300 kepada Syria.

Kenyataan itu dibuat pada sidang akhbar bersama dengan Menteri Luar Jerman, Guido Westerwelle di Washington semalam.
"Adakah Rusia serius tentang itu (keamanan) di Syria?" kata Kerry.

Perang yang bermula pada Mac 2011 itu telah menyebabkan lebih 94,000 orang terbunuh.

Ia berlaku ekoran sebahagian penduduk tempatan bangkit menentang kepimpinan Bashar
.
Penduduk tempatan itu mahu menggulingkan Bashar yang gagal membawa pembaharuan dalam bidang pentadbiran termasuk demokrasi. - Agensi

Sumber berita dari KOSMO

No comments:

Post a Comment