Pages

Wednesday, December 11, 2013

SISTEM PERTAHANAN DARAT KE UDARA STARBURST

Starburst dioperasikan oleh seorang anggota tentera
Starburst adalah peluru berpandu mudah alih permukaan-ke-udara British yang dihasilkan oleh Shorts Missile Sistem of Belfast (sejak 2002 dikenali sebagai Thales Air Defence Limited). Ia telah digunakan oleh Tentera British (sebagai Jevelin S15), Angkatan Tentera Malaysia (Starburst), dan dalam Tentera Kanada sebagai Jevelin

Sistem Starburst ini  boleh dikendalikan dari bahu anggota atau dari pelancar yang dikenali sebagai "Starbust LML" - (Lightweight Multiple Launcher) Pelancar Ringan Berganda. 


Sistem misil ini adalah merupakan sistem pertahanan anti pesawat udara jarak dekat (VSHORAD), dimana jangkauan maksima tembakan misil ini adalah sekadar jarak 5-6 kilometer sahaja.

Pada tahun 1986 Sistem tersebut telah diguna pakai oleh tentera british . Penempatan operasi bermula pada awal tahun 1990, apabila sistem Starburst menggantikan MANPADS "Jevelin" dan memasuki perkhidmatan untuk unit-unit tentera yang tetap dan simpanan.
  
Pada tahun 1994 telah diumumkan bahawa kementerian pertahanan kuwait membuat keputusan untuk membeli sistem peluru berpandu Starburst ini yang dilengkapi dengan sistem thermal imaging bagi kegunaan siang dan malam.

Terdapat beberapa modifikasi terhadap sistem misil "Starburst" telah dihasilkan antaranya :-

"Starburst- LML" - (Light Multiple Launcher)- menggunakan tiga bekas standard dengan peluru berpandu "Starburst". Dibekalkan dengan peralatan sasaran. dan jika  perlu-identifikasi peralatan. Berat Per unit Starburst LML ialah 30.3 kg (dengan tiga peluru berpandu -75.9kg) ketinggian 2616m dan sudut 45 darjah.

"Starburst LML"


"Starburst -VML" (Vehicle Multiple Launcher) - dipasang pada chasis kereta (Land rover 4 x 4).

Starburst dipasang pada kenderaan 4x4
"Starburst-NML"-(Naval Multiple Launcher) - terdiri daripada tiub pelancar ringan dan dua bekas peluru berpandu, setiap satunya terdiri daripada empat peluru berpandu tempur, "Starburst" TPK Untuk mengesan sasaran menggunakan kamera pengimejan optik dan terma yang membenarkan penggunaan MANPADS Starburst untuk kegunaan siang dan malam.

 
Naval Multiple Launcher


Starburst NML - firing missile

Sistem pertahanan udara adalah satu elemen penting dalam mana-mana angkatan bersenjata.  Salah satu sistem pertahanan terbaik adalah misil permukaan ke udara (surface to air missile) atau SAM.

Sistem "Starburst" merupakan salah satu misil permukaan ke udara (SAM) terawal memasuki perkhidmatan dalam TDM bagi membentuk lingkungan sistem pertahan udara negara.

Kemudiannya Starburst telah digabungkan dengan beberapa lagi sistem SAM yang memasuki inventori TDM seperti IGLA, Anza Mk2, FN-6 dan Jernas Rapier bagi memantapkan lagi sistem pertahanan udara negara, walaupun semuanya adalah dari jenis sistem pertahanan VSHORAD (Very Short Range Air Defense) dan SHORAD (Short Range Air Defense).

Tamatnya perkhidmatan Manpads "Starburst" dalam perkhidmatan ATM menjadikan keupayaan pertahanan udara darat bagi Malaysia adalah terhad, seperti sistem Jernas Rapier SAM, 28 Oerlikon Sistem Skyguard (dikendalikan oleh Gerup Artileri Pertahanan Udara yang dikenali sebagai GAPU dalam singkatan tempatan), bersama-sama dengan beberapa MANPADS. termasuk IGLA (dikendalikan oleh GAPU dan TUDM), Anza Mk 2 (digunakan oleh batalion payung terjun Tentera) dan FN-6 (dikendalikan oleh GAPU).

Sudah tiba masanya ATM menerusi Gerup Artileri Pertahanan Udara (GAPU) melangkaui jarak jejari 10 kilometer dengan memiliki sistem Medium Range Air Defense (MRAD) mahupun High To Medium Air Defense (HIMAD).






 

No comments:

Post a Comment