Pages

Monday, November 11, 2013

PENTAULIAHAN KAPAL SELAM KEDUA "KELAS ARCHER" OLEH SINGAPURA


RSS Swordsman ,kapal selam kedua dari kelas Archer diesel-elektrik telah ditauliahkan di Singapura, di mana ia akan menyertai RSS Archer (ex HMS Hälsingland), yang telah ditugaskan pada tahun 2011.
.
SS Swordsman (ex HMS Västergötland) telah diperolehi dari Angkatan Laut Diraja Sweden pada tahun 2005 dan telah dilancarkan di Karlskrona, Sweden pada 20 Oktober 2010. Beliau menjalani pelbagai ujian laut  secara menyeluruh dan meluas di Sweden sebelum kembali ke Singapura pada 31 Disember 2012.

RSS Swordsman telah menjalani pengubahsuaian yang ekstensif, naik taraf, dan tropicalisation menyesuaikannya untuk operasi dalam keadaan tempatan. 

Sistem pertempuran dan sensor suite telah dinaik taraf dan sistem Pendorongan Bebas Udara (AIP) telah ditambah untuk memberikan kapal selam beroperasi dalam keadaan senyap yang lebih baik, menyelam dengan lebih lama serta jangkauan dan keupayaan operasi diperluaskan. 

Sistem sonar canggih membolehkan kapal selam untuk mengesan objek/musuh pada jarak yang jauh, sementara sistem torpedo mempunyai  keupayaan sasaran perolehan yang lebih baik, yang membolehkan kapal selam untuk bertembung dengan objek/musuh pada jarak tertentu.

Proses dan teknologi yang sama  yang digunakan dalam menaik taraf kapal selam Kelas Södermanland yang berkhidmat dengan Angkatan Tentera laut Sweden telah digunakan untuk menaikkan taraf  Kelas Archer.
 
RSS Swordsman di Naval base Changi

RSS Swordsman akan menyertai RSS Archer dan beroperasi bersama kapal selam berkelas-Challenger di bawah RSN Skuadron 171.

Kedua-dua kapal selam adalah merupakan bekas kapal selam kelas Västergötland dari Tentera Laut Sweden. Mereka telah beroperasi pada lewat tahun lapan puluhan dan dijual ke Singapura pada tahun 2005.

Kapal selam ini  telah digunakan untuk beroperasi di keadaan tempatan, diubahsuai dan dipertingkatkan oleh Kockums Sweden sebelum dihantar ke Singapura. Spesifikasi kelas Archer adalah:
· Muatan anak kapal 28 orang
· Panjang 60.5 meter dan tinggi 11.8 meter
· Rasuk sebanyak 6.1 meter
· Kelajuan 8 knot muncul di permukaan dan 15 knot semasa menyelam.
· Sesaran 1400 tan muncul di permukaan dan 1500 tan ketika menyelam.

. Sistem pendorong ialah  2 unit enjin Hedemora diesel-electric dan  2 unit Kockums 
  v4-275R Sterling AIP.     
. Sistem persenjataan 6 tiub torpedo 21inci (533mm) dan 3 tiub torpedo 16 inci 
  (400mm) 
. Jenis torpedo Type 43 lightweight anti-submarine dan type 613 heavy-weight, 
  anti-surface ship.  

Selain kelas Archer, Singapura juga mempunyai empat buah kapal selam diesel-elektrik kelas Challenger yang dalam perkhidmatan sejak tahun sembilan puluhan. 

Kelas Challenger ini juga dahulunya pernah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Laut Sweden sebagai kelas Sjöormen. Spesifikasi kelas Challenger adalah:-

· Muatan 28 orang anak kapal
· Panjang 51 mmeter
· Displacement (rasuk) sebanyak 6.1 meter
· Kelajuan  ketika munculdi permukaan
10 knot dan 16 knot ketika menyelam
· Sesaran 1130 tan muncul di permukaan dan 1200 tan ketika menyelam.




No comments:

Post a Comment