Apache AH-64E bakal di miliki Tentera Indonesia |
Firma Pertahanan Boeing telah dianugerahkan dengan kontrak jualan lapan helikopter tempur pelbagai peranan Apache AH-64E pada 26 Januari sebanyak $ 295.866.116. (USD 300 juta)
Pesawat ini telah dipesan oleh angkatan tentera Indonesia. Kerja-kerja pembinaan akan dilakukan di Mesa, Arizona dengan tarikh penyiapan dianggar pada 28 Februari 2018.
Perjanjian pembelian ini diumumkan pada Ogos 2013 dalam satu sidang akhbar bersama di Jakarta antara Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel dan Menteri Pertahanan Indonesia Purnomo Yusgiantoro, menurut kenyataan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
Tentera Indonesia telah lama mengintai peralatan ketenteraan untuk beberapa waktu di bawah program yang dipanggil 'Minimum Essential Forces' itu (MEF). Sebagai satu dekri Presiden Yudhoyono, MEF adalah program peningkatan keupayaan ketenteraan untuk TNI, yang perlu dicapai dalam tiga peringkat hingga tahun 2024.
Selain itu, Menteri Pertahanan Indonesia berkata bahawa TNI harus mempunyai keupayaan yang lebih moden, untuk mengisi kekurangan yang tidak dimiliki pada 20 tahun yang lalu.
Pada bulan Mac 2007, Tentera Indonesia mendedahkan rancangan 25 tahun untuk memperolehi sekitar 135 helikopter untuk membentuk lapan skuadron. Pelan ini bermula dengan pembelian 8 buah helikopter bersenjata Mi-35 antara 2003 dan 2008.
Helikopter penyerang Mi-35 yang dioperasikan oleh tentera Indonesia |
AH-64E Apache mempunyai empat bilah kipas utama, helikopter serangan enjin berkembar dengan susunan gear pendaratan jenis ekor beroda dan kokpit sejajar untuk dua orang krew.
Dahulu dikenali sebagai AH-64D Block III, pada tahun 2012, ia telah ditukar kepada AH-64E Guardian untuk menggambarkan peningkatan keupayaannya.
Antara ciri-ciri AH-64E yang telah ditingkatupaya ialah sambungan digital, gabungan sistem radio taktikal, enjin yang lebih berkuasa T700-GE-701D dengan naik taraf transmisi gear muka untuk menampung lebih banyak kuasa, keupayaan untuk mengawal kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), keupayaan IFR penuh, dan gear pendaratan yang lebih baik.
Penggunaan bilah rotor komposit yang baru, berupaya meningkatkan kelajuan penerbangan, kadar panjatan dan muatan bom AH-64E.
Sistem persenjataan tetap yang dipasang pada AH-64E ialah 1 unit mesingan 30mm M230 single barrel (1200 butir peluru). Ia juga mampu membawa 2 unit peluru berpandu udara ke udara Stinger AIM-92, 16 unit misil udara ke darat jenis AGM-114R Hellfire dan roket Hydra 70 (19 unit per pod).
Antara negara pengoperasi AH-64E selain dari Indonesia ialah Arab Saudi sebanyak 36 unit, UAE sebanyak 30 unit, Qatar 24 unit dan Iraq 24 unit.
No comments:
Post a Comment