MIG-29N Malaysia |
Panglima TUDM Jeneral Tan Sri Datuk Seri Roslan Saad berkata tidak ada keputusan untuk menggantikan MIG-29N yang telah berkhidmat sejak 1990 dan pesawat masih kekal dalam perkhidmatan.
Beliau berkata TUDM akan meneliti keupayaan pesawat MIG-29N yang sedia ada untuk memastikan ia kekal berdaya saing dan relevan dalam menjaga ruang udara negara.
"Pada mulanya, terdapat rancangan untuk menghentikan pesawat tersebut dan menggantikannya dengan pesawat pejuang pelbagai peranan yang lain.
"Bagaimanapun, kami telah membuat keputusan untuk menaik taraf pesawat, bagi memastikan ia mempunyai keupayaan yang sama dengan jet pejuang dimiliki oleh negara-negara lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-57 TUDM di sini hari ini.
Menaik taraf pesawat MIG-29N adalah satu keputusan yang bijak dan wajar memandangkan keadaan ekonomi Negara yang tidak menentu sekarang ini.
Ianya juga dilihat sebagai satu langkah bijak kerajaan untuk menjimatkan kos dan membolehkan kerajaan membeli aset ketenteraan lain yang lebih memerlukan.
Sistem MiG yang boleh dinaik tarafkan |
ATSC telah menawarkan jalan penyelesaian jangka sederhana dan jangka panjang untuk meningkatkan semua MIG tersebut supaya sesuai dengan keupayaan MRCA dan membolehkan pesawat tersebut melakukan pelbagai tugas dari udara-ke-udara, udara-ke-darat dan udara ke laut dengan lebih berkesan.
Menurut kajian ATSC (MiG-29N) masih dalam keadaan baik tetapi apa yang TUDM perlu lakukan adalah untuk meningkatkan keupayaannya ke tahap MRCA. Pesawat dipertingkatkan ini akan dikenali sebagai MiG-29NM (Modernisation).
Antara perkara yang dinaik tarafkan ialah penukaran kepada kokpit kaca, sistem avionik berkomputer sepenuhnya, alatan ganti serta sistem persenjataan mempunyai persamaan dengan SU-30MKM, radar kawalan tembakan yang lebih baik seperti Zhuk-ME, menjadikan jarak operasi yang lebih jauh dan mampu mengesan dan mengimbas sehingga 10 sasaran udara dengan melakukan tembakan serentak terhadap empat sasaran.
Pengubahsuaian tangki minyak dalaman membolehkan MiG-29NM melakukan jarak operasi 30 peratus lebih jauh dari jarak asalnya. selain ia juga mampu melaksanakan operasi waktu malam.
Oleh yang demikian, menaikkan taraf MIG-29N ke variasi Mig-29NM adalah keperluan yang menjimatkan, ianya terpulang kepada pihak kerajaan dan TUDM sendiri untuk merialisasikan perkara ini agar ianya menjadi satu realiti.
MiG 29SMT-perhatikan bonggol di belakang yang menonjol merupakan tangki minyak yang baru. |
Sumber News Straits Times
Satu keputusan yang terbaik
ReplyDeleteSatu keputusan yang terbaik
ReplyDelete