Pages

Saturday, February 4, 2017

FM-90 / HQ-7B SISTEM PERTAHANAN UDARA JARAK DEKAT

FM-90 - kenderaan radar dan kenderaan misil
FM-90  telah dibangunkan oleh China National Precision Machinery Import dan Eksport Corp (CNPMIEC) untuk Pertahanan Udara Jarak Dekat  (SHORAD). 

Ia adalah versi yang lebih baik daripada FM-80 / HQ-7 sistem pertahanan darat ke udara (SAM), yang merupakan hasil tiruan daripada ciptaan Syarikat French Thomson -CSF iaitu sistem Pertahanan Udara Crotale.

FM-90 merupakan versi ekspot. Ia juga dikenali sebagai HQ-7B. Empat misil dan radar dipasang pada kenderaan berperisai 6x6 (6 roda).

Setiap misil berukuran 3 meter panjang dan berat 84.5 kg. Ia membawa kepala peledak jenis High Explosive Fragmantation (HE-FRAG) serta berkelajuan maksima 900 m/s.  

Sistem radarnya mampu mengesan objek pada jarak 25km, FM-90 mampu menyerang tiga sasaran menggunakan tiga mod panduan berbeza secara serentak.

Tembakan misil dari kenderaan Telar (FM-90)
Sistem ini mampu bertindak dan memusnahkan helikopter, pesawat, peluru berpandu kruis, peluru berpandu udara-ke-darat dan peluru berpandu anti-radiasi pada jarak efektif  0.7 km sehingga 15 km.

Kenderaan berperisai ini dikendalikan oleh tiga krew. Perisai kenderaan ini mampu memberikan perlindungan terhadap senjata api dan serpihan kecil peluru meriam. Keupayaan mobilitinya telah telah ditingkatkan daripada versi sebelumnya yang dioperasikan pada kenderaan bercasis 4x4. 

Satu unit bateri HQ-7B terdiri daripada satu kenderaan dengan sistem radar pengesanan dan tiga kenderaan TELAR (kenderaan pelancar misil).
 
Sistem FM-90 ini telah dioperasikan oleh angkatan tentera Bangladesh dan juga Pakistan.
  
sumber 
Military-today 

No comments:

Post a Comment