Pages

Tuesday, February 7, 2017

INDONESIA TERIMA FRIGATE SIGMA PKR YANG PERTAMA

KRI Raden Eddy Martadinata, model SIGMA 10514 PKR, kapal pertama diserahkan kepada Tentera Laut Indonesia

Syarikat Damen Schelde Naval Shipbuilding (DSNS) dari Belanda sedang membina dua kapal frigat SIGMA 10514 PKR bagi tentera laut Indonesia di bawah kontrak yang ditandatangani pada Disember 2012. Kapal pertama telah dinamakan Raden Eddy Martadinata.

Panjang 105-meter, lebar 14.2 meter dan seberat 2365 tan,  frigat SIGMA ini direka untuk pelbagai misi termasuk anti-udara, anti-permukaan dan peperangan anti-kapal selam.  


Ia juga dilengkapi untuk keselamatan maritim, mencari dan menyelamat, dan tugas-tugas sokongan kemanusiaan.

Frigat Raden Eddy Martadinata 331 dibina menggunakan proses modular kerjasama operasi serentak di Shipyard Damen Schelde Naval di Belanda dan limbungan kapal PT PAL . 

Pembinaan kapal frigat kedua menggunakan prosedur yang sama kini juga sedang bersiap sedia menjalani ujian di laut pada Mei 2017, dan penghantaran pada Oktober 2017.

Sistem persenjataan Frigat ini terdiri dari meriam utama berkaliber 76mm, dua pelancar SSM, Sistem pertahanan udara jarak dekat yang dilancarkan secara menegak (VL SHROADS), pelancar torpedo untuk anti kapal selam.

Kapal ini juga dilengkapi dengan sistem peluru berpandu dan sistem persenjataan untuk peperangan anti-udara, dan juga operasi peperangan anti-permukaan.
 
Pada Isnin 23.1.2017 upacara penyerahan Kapal Frigat oleh PT-PAL di lakukan di dermaga Division Kapal Perang PT.PAL Indonesia, Surabaya kepada wakil kementerian pertahanan Indonesia iaitu Laksda TNI Ir. Leonardi.


KRI Raden Eddy Martadinata di dermaga PT PAL Indonesia

sumber
shephardmedia

No comments:

Post a Comment