Pages

Monday, October 2, 2017

RAN TAULIAHKAN DESTROYER (ANTI PEPERANGAN UDARA) - HMAS HOBART

Kapal Pemusnah Kelas Hobart (DDG 39) berkemampuan dalam anti peperangan udara dan bawah permukaan
Kapal Perang kelas pemusnah- Anti Peperangan Udara - yang pertama iaitu HMAS Hobart secara rasmi telah ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Diraja Australia (RAN) dalam upacara di Fleet Base East di Sydney pada 23 September.

Majlis itu dihadiri oleh Perdana Menteri Australia, Malcom Turnbull, yang menekankan perlunya pasukan Pertahanan Australia (ADF) yang moden dan serba lengkap. 

"Pentauliahan HMAS Hobart memberikan bukti jelas tentang keazaman kami untuk memastikan keselamatan Australia dan memastikan kami bersedia dan dapat memenuhi cabaran-cabaran yang akan datang pada tahun-tahun mendatang," kata Turnbull.

Upacara pentauliahan DDG 39 HMAS Hobart ke dalam Tentera Laut Australia (RAN)
Kapal pemusnah baru ini adalah kapal perang yang paling kompleks dan berkemampuan yang pernah dikendalikan oleh RAN (Royal Australian Navy).

"Sensor dan senjatanya yang terkehadapan dan dia mampu menjalankan operasi keselamatan maritim," kata pegawai pemerintah HMAS Hobart, Kapten John Stavridis. "Bagaimanapun, tanpa 185 lelaki dan wanita yang berkhidmat kepadanya, dia hanya satu lagi kapal yang biasa," katanya lagi.
 
Kelas Hobart seberat 7,000-ton ini didasarkan pada rekabentuk kapal frigat Álvaro de Bazán yang direka oleh Navantia (aka F-100) yang kini berkhidmat dengan Tentera Laut Sepanyol.  

Kapal perang baru itu adalah platform senjata pelbagai guna yang boleh digunakan untuk operasi peperangan anti-permukaan dan anti-kapal selam, serta peranan sokongan tembakan, bergandingan dengan task force tentera laut mempertahankan diri dari serangan pesawat dan peluru berpandu.

Mempunyai geladak untuk pendaratan Helikopter tempur tentera laut MH-60R Seahawk 'Romeo' untuk pengawasan dan tindak balas untuk menyokong kawasan peperangan utama.
Figate kelas Alvaro de Bazan (F101) milik tentera laut Sepanyol menjadi rekabentuk pilihan untuk DDG HMAS Hobart
Kapal kedua dan ketiga dalam kelas Hobart ini iaitu, HMAS Brisbane dan HMAS Sydney, dijangka akan siap pada September 2018 dan Mac 2020.
 
Setiap kapal akan dilengkapi dengan AN / SPY-1D(V) (sistem tempur Aegis), sebuah sistem radar pelbagai fungsi yang mencari dan mengesan secara automatik, yang akan dipasangkan dengan Sistem Pelancaran Menegak MK 41, yang mampu menembak peluru berpandu Raytheon (SM ) semua variasi serta Peluru berpandu Sea Sparrow RIM-162 Evolved.
Meriam Mark 45 dari BAE System dan sistem VLS MK 41 (48 cell)
Sistem persenjataan lain ialah 4 x 2 tiub pelancar peluru berpandu anti kapal permukaan jenis Harpoon dan meriam 5-inci/62 kaliber Mark 45 dari BAE System. Untuk pertahanan jarak dekat ia dilengkapi dengan Sistem Phalanx CIWS dan dua autocannon M242 Bushmaster.

Kelas Hobart juga mampu melaksanakan peperangan bawah permukaan (Undersea Warfare) dan akan dilengkapi dengan sistem sonar moden, decoy dan pelancar torpedo permukaan.

sumber : The diplomat, World defense news

No comments:

Post a Comment