Kapal Pemusnah Kelas Hobart (DDG 39) berkemampuan dalam anti peperangan udara dan bawah permukaan |
Majlis itu dihadiri oleh Perdana Menteri Australia, Malcom Turnbull, yang menekankan perlunya pasukan Pertahanan Australia (ADF) yang moden dan serba lengkap.
"Pentauliahan HMAS Hobart memberikan bukti jelas tentang keazaman kami untuk memastikan keselamatan Australia dan memastikan kami bersedia dan dapat memenuhi cabaran-cabaran yang akan datang pada tahun-tahun mendatang," kata Turnbull.
Upacara pentauliahan DDG 39 HMAS Hobart ke dalam Tentera Laut Australia (RAN) |
"Sensor dan senjatanya yang terkehadapan dan dia mampu menjalankan operasi keselamatan maritim," kata pegawai pemerintah HMAS Hobart, Kapten John Stavridis. "Bagaimanapun, tanpa 185 lelaki dan wanita yang berkhidmat kepadanya, dia hanya satu lagi kapal yang biasa," katanya lagi.
Kelas Hobart seberat 7,000-ton ini didasarkan pada rekabentuk kapal frigat Álvaro de Bazán yang direka oleh Navantia (aka F-100) yang kini berkhidmat dengan Tentera Laut Sepanyol.
Kapal perang baru itu adalah platform senjata pelbagai guna yang boleh digunakan untuk operasi peperangan anti-permukaan dan anti-kapal selam, serta peranan sokongan tembakan, bergandingan dengan task force tentera laut mempertahankan diri dari serangan pesawat dan peluru berpandu.
Mempunyai geladak untuk pendaratan Helikopter tempur tentera laut MH-60R Seahawk 'Romeo' untuk pengawasan dan tindak balas untuk menyokong kawasan peperangan utama.
|
Kapal
kedua dan ketiga dalam kelas Hobart ini iaitu, HMAS Brisbane dan HMAS
Sydney, dijangka akan siap pada September 2018 dan Mac 2020.
Meriam Mark 45 dari BAE System dan sistem VLS MK 41 (48 cell) |
Kelas Hobart juga mampu melaksanakan peperangan bawah permukaan (Undersea Warfare) dan akan dilengkapi dengan sistem sonar moden, decoy dan pelancar torpedo permukaan.
sumber : The diplomat, World defense news
No comments:
Post a Comment