Pages

Wednesday, January 9, 2019

K21-105 MEDIUM TANK KOREA

Kereta kebal ringan K21-105mm dibangunkan dari chasis K21-IFV

K21-105 adalah kereta kebal sederhana dari Korea. Ia dibangunkan bersama oleh Syarikat Pertahanan CMI Belgium dan Doosan DST Korea Selatan. Kenderaan ini mula-mula didedahkan secara terbuka pada tahun 2014.

K21-105 dirujuk sebagai kereta kebal sederhana oleh pemajunya. Bagaimanapun, berat kereta kebal  ini sekitar 25 tan dan mengikut piawaian standard ia layak di gelar kereta kebal ringan (light tank)

Di bangunkan dari kerangka kenderan berperisai K21-IFV
tetapi dilengkapi dengan konsep turet ringan XC-8, bersenjata dengan meriam 120 mm. Kemungkinan besar K21-105 berevolusi dari projek ini.

Peranan utama kereta kebal  ini adalah sebagai sokongan kepada unit infantri. Berkesan terhadap kenderaan berperisai nipis, bangunan dan benteng dan tidak sesuai untuk digunakan menghadapi kereta kebal utama yang serba moden. 

Bahan-bahan komposit digunakan secara meluas dalam reka bentuk hull untuk mengurangkan berat sebanyak mana yang mungkin. Bahagian arka depan memberikan perlindungan terhadap peluru pemecah perisai 30 mm. 

Keseluruhan badan kerata kebal ini berkemampuan menahan ledakan serpihan peluru artileri dan tembakan peluru armor-piercing 14.5-mm  Kenderaan juga dilengkapi dengan sistem tembakan automatik dan sistem perlindungan NBC (Nuklear, Biology and Chemical).
 
kuasa tembakan yang dilakukan oleh kereta kebal ringan K21-105: foto military today

Di lengkapi dengan meriam 105-mm bersama penstabil. Ia mampu menembak semua jenis peluru 105-mm standard NATO . Jarak kuasa tembakan maksimum ialah 4 km.

Mempunyai sistem loader peluru automatik dengan kadar tembakan maksimum ialah 8 pusingan seminit. Amunisi disimpan dalam kompartmen, yang dipisahkan dari krew yang seramai tiga orang iaitu komander, pemandu dan penembak

Selain itu sistem kawalan tembakannya  yang canggih membolehkan ia berhadapan dengan target di waktu siang dan malam.

Senjata secondary ialah mesingan sepaksi 7.62mm dan juga mesingan 12.7mm yang dipasang pada atas turet kereta kebal, dikendalikan secara remote control. 

Kenderaan ini dikuasakan oleh enjin diesel turbocharged, menghasilkan 750 hp. Enjin ini lebih kuat daripada yang digunakan pada kenderaan K-21 IFV.
 
Kenderaan ini juga di pasang suspensi hidropneumatik dan gear lanjutan. Selain itu ia mampu mengekalkan keupayaan amfibia pada berat tempur maksima.

sumber : military-today  


 

No comments:

Post a Comment