Gambar setelit menunjukkan kedudukan antara LHA6 - USS America dan West Capella |
Armada Ke-7 Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) terdiri Kapal Penyerang Amfibia (LHA), USS America, Kapal Kruiser, Kelas Ticonderoga, USS Bunker Hill dan Kapal Pembinasa, Kelas Arleigh Burke, USS Barry serta Kapal Frigat Tentera Laut DiRaja Australia, Kelas Anzac, HMAS Parramatta kini berada di Laut China Selatan untuk membayangi kapal-kapal milik China yang dilaporkan menganggu kerja-kerja penggalian minyak dan gas oleh kapal penggerudi telaga minyak West Capella di medan blok milik Petronas berhampiran kawasan tuntutan 3 negara iaitu China, Vietnam dan Malaysia.
USS America - LHA 6 |
USS America sebelum itu berada di Laut China Timur untuk menjalani latihan bersama pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (JMSDF) 6 hari lalu dan kemudian ulang bekal di Filipina 2 hari lalu.
Peningkatan aktiviti oleh China ditambah dengan kemasukan kapal peninjau dasar laut Haiyang Dizhi 8 yang kini melaksanakan tugasan pencerap dasar laut berhampiran dengan West Capella. Haiyang Dizhi 8 diiring oleh lebih 10 buah kapal militia dan pengawal pantai dan didapati bergerak dalam garisan lurus berbolak balik, disyaki ia sedang menunda sonar.
Kapal peninjau dasar laut China - Haiyang Dizhi 8 |
Dengan kemasukan USS America dan USS Bunker Hill, ia menunjukkan Washington serius dengan kenyataan mereka sejak minggu lepas yang mendesak Beijing untuk menghentikan aktiviti mereka dan tidak membuli negara-negara pesisir kerana kelihatan Beijing cuba mengambil kesempatan dalam keadaan negara pesisir kini dilanda wabak Covid19.
USS Bunker Hill (CG 52) - Kapal Kruiser peluru berpandu |
Malah kapal peronda pengawal pantai yang paling besar, CCG5901 juga tetap berada didalam perairan EEZ negara kita ketika wabak mula2 melanda, dan walaupun mereka tidak membuat kacau ia jelas menunjukkan aktiviti menunjukkan kehadiran tidak berkurang. Kehadiran kapal mereka di perairan Luconia juga tidak berkurang.
Kapal penggerudi telaga minyak - West Capella |
sumber : MMP & MDR
No comments:
Post a Comment