Pages

Saturday, April 18, 2020

T-90M PRORYV VARIAN TERBARU DARI KELUARGA T-90

T - 90M Proryv

Tentera Darat Russia dilaporkan menerima kumpulan pertama kereta kebal utama (MBT) T-90M Proryv yang merupakan varian naiktaraf T-90. MBT berkenaan dilaporkan akan dioperasikan oleh Pasukan Elit Divisyen Armor Tentera Darat Russia "Tamanskaya".

T-90M Proryv dibangunkan dengan asas dari T-90MS merupakan varian eksport T-90 dan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) MBT T-14 Armata.

T-90M Proryv dilaporkan mengunakan laras meriam 2A82-1M 125mm yang mana 30% lebih tepat dari meriam standard 2A46M 125mm. Selain itu, senjata bantuan juga terdiri "Remote Weapon Station" yang dipasang mesigan Kord 12.7mm selain mesigan sepaksi PKT 7.62mm. Ia diintergrasikan dengan Sistem Kawalan Tembakan Automatik Kalina. Sistem persenjataan ini turut dipasang pada MBT T-14 Armata.

T-90M Proryv dilaporkan mengunakan Sistem Perlindungan Aktif (APS) Afganit dimana ia dilengkapi sistem pengesanan radar 360° AESA yang mana mampu mengesan, menangkis serta memintas sistem misil anti-armor (ATGM) dan pelancar roket grenede (RPG) dari jarak 5000 meter seperti persenjataan TOW, Javelin, Spike, Hellfire dan Brimstone. APS ini turut digunakan MBT T-14 Armata.

Untuk perlindungan armor, T-90M Proryv dipasang Relikt "explosive reactive armour" ERA yang mana mampu menahan impak ledakan misil anti-armor. Selain itu, lapisan armor T-90M Proryv dipertingkatkan dilapisan turret dan laras meriam.

Russia dilaporkan mahu 400 buah T-90A (Varian Pertama T-90) dinaiktaraf ketahap T-90M Proryv selain 160 buah T-90M Proryv telah ditempah dengan 3 siri kumpulan penyerahan bermula awal April sebagai "Stop-Gap" kelewatan penyerahan T-14 Armata yang dilaporkan sedang diuji dengan teknologi baharu.

T-90M Proryv dilengkapi enjin diesel V-92S2F yang memberi kuasa 1130 kuasa kuda (HP). Ia membolehkan MBT ini memecut 60kmj dengan jarak jangkauan 550km.

T-90M Proryv juga merupakan varian T-90 paling berat dengan kemampuan mencapai berat 48 tan dengan varian standard T-90 hanya 45 tan.

Pegawai Tentera Darat Russia menyatakan pada media bahawa T-90M Proryv setaraf MBT Abrams dari Amerika Syarikat, Lecrec dari Perancis dan Merkava dari Israel.

Media Russia melaporkan T-90M Proryv bakal dipertontonkan pada awam semasa Perarakan Ulang Tahun Ke-75 Kemenangan Tentera Merah semasa Perang Dunia Ke-2 di Dataran Merah Moscow pada 9 Mei.

sumber : Malaysia Defence Review

1 comment:

  1. Malaysia tak berminat ke dgn MBT ini,d katakan kemarin malaysia lgi mencari penganti PT90 pendekar

    ReplyDelete