Depot penyimpanan kereta kebal yang tidak digunakan lagi ; foto internet |
Kharkiv - Terdapat lebih daripada 400 buah kereta kebal terbengkalai di kilang tersebut, di sebuah depot rahsia yang dikawal ketat. Depot itu berada di wilayah Slobozhanshchyna di timur Ukraine, hanya 20 batu dari sempadan Russia.
Semasa era Soviet Union pada tahun 1960-an dan 70-an, kilang Kharkiv telah memperbaiki lebih daripada 60 buah kereta kebal dan 55 buah enjin SETIAP BULAN.
Setelah kejatuhan Soviet Union pada tahun 1991, banyak kereta kebal di lokasi tersebut dibiarkan mereput kerana Ukraine yang baru merdeka tidak mempunyai wang atau keinginan untuk memperbaiki atau memodenkan teknologi dari mesin lama.
Walaupun pengeluarannya terhenti pada tahun 1990-an, kilang itu tidak pernah ditutup secara rasmi dan segelintir mekanik tetap di lokasi melakukan kerja-kerja memperbaiki kereta kebal moden mengikut waktu yang diperlukan.
kereta kebal dibiarkan berkarat dan reput di depot tersebut |
Kilang ini pernah mengkhususkan baik pulih dan pemodenan kereta kebal T-64, T-72, dan T-80 yang dibina di Kilang Malyshev yang juga berdekatan di Kharkiv.
T-64 adalah kereta kebal pertempuran utama MBT era Soviet yang pertama kali dibina pada awal 1960-an. Manakala T-72 diperkenalkan pada tahun 1970-an dan menjadi salah satu kereta kebal yang paling banyak dihasilkan pada akhir abad ke-20.
T-80 memasuki perkhidmatan bersama T-72 pada tahun 1976 dan merupakan kereta kebal pengeluaran pertama yang dilengkapi dengan mesin-enjin turbin gas sebagai penggerak utama. Kereta kebal tersebut masih digunakan oleh Ukraine sehingga hari ini. Variasi yang diubah suai seperti OPLOT M.
Tank yang memerlukan 50-60 tan besi dalam pembuatannya terbiar begitu sahaja, kerana itu kebanyakkan negara bekas kesatuan Soviet seperti Serbia, Romania dan lain-lainnya cuba mengubah-suai model sedia ada kerana platform berpotensi ditingkatkan sepeti T-72 SHYGYS oleh Kazakhstan dan M-84AS1 Serbia, Degman dan versi Russia BVM, kesemua variasi tank soviet adalah potensi upgrade kerana ia direka sedemikian untuk memanjangkan hayat kenderaan, masalahnya cuma satu, iaitu modal.
No comments:
Post a Comment