Pages

Wednesday, March 10, 2021

PENGKALAN UDARA TERAPUNG STN 5 (PULAU LAYANG - LAYANG)

pulau layang-layang (stesyen 5) dengan runway yang siap dibina : foto internet

Pada tahun 1970an hingga 1980an runway Stn 5 tiada lagi dan ia belum dibina. Yang ada hanyalah terumbu karang yang tumbuh membentuk seperti cendawan dan diliputi pasir timbul semasa air laut surut.

Pada tahun 1980 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) membina tugu sebagai penanda hak Malaysia dan membina modul terapung atau penempatan anggota diatas terumbu karang yang dikelilingi pasang surut air laut.

tugu penanda diatas terumbu karang layang -layang ketika itu : foto internet

Pada penghujung tahun 1989 dan memasuki tahun 1990an keluasan Stn 5 atau dipanggil Terumbu Layang-Layang (Swallow Reef) bertambah setelah di tambak sepenuhnya secara berperingkat menggunakan tanah, pasir, konkrit dan lain-lain yang diangkut dari tumpah darah kita, dari Sabah manakala modul Stn 5 ditunda dari Semenanjung.

Pada tahun 1990an juga kerja-kerja pembinaan infrastruktur penting seperti pembangunan penempatan anggota, engine room, 2 lot hangar, stesen radar, menara peninjau, persenjataan Bofor 40 mm dan lain-lain termasuk pembinaan runway konkrit Stn 5 sepanjang 1,067 meter dibina antara tahun 1991 hingga 1995 kesemua projek dibiayai Kerajaan Malaysia pada waktu itu sebagai suatu rangka pelan pertahanan dan lanjutan industri pelancongan Malaysia.

pembinaan stesen 5 bermula dengan menempatkan markas tentera : foto internet

Kemudian pada tahun 2001 runway Stn 5 dinaiktaraf dan dipanjangkan kepada 1,367 meter dan 28 meter lebar. Kerja-kerja pembesaran runway dijalankan Syarikat tempatan Sin Matu Sdn. Bhd. dan siap sepenuhnya pada tahun 2003. 

Nombor pengklasifasian runway adalah 032RBXU, menunjukkan runway adalah sederhana kukuh pembuatannya terhadap pengolahan maksimum tekanan tayar pesawat.

Pangkalan Terapung dan Runway  Stn 5 berukuran 1,367 meter dan lebar 28 meter kekal sehingga ke hari ini 2021 dibawah seliaan Malaysia walaupun terdapat pertikaian pemilikan wilayah-wilayah Kepulauan Spratly.

Kapal selam

Pembelian 2 buah kapal selam kelas Scorpene oleh kerajaan Malaysia pada waktu itu adalah salah satunya disebabkan pencerobohan dan kehadiran kapal selam asing berulang kali sebelum ini berhampiran terumbu-terumbu milik Malaysia kerana kaya dengan hasil sumber asli laut menjadi rebutan nelayan dan kuasa asing.

MISI 

Mempertahankan terumbu-terumbu milik Malaysia sehingga ketitisan darah terakhir.

FUNGSI DAN PERANAN

- Sebuah pasukan barisan hadapan pertahanan maritim negara yang berperanan dan bertanggungjawab memelihara kedaulatan, keselamatan perairan dari sebarang ancaman dan pencerobohan pihak musuh.

- Pengawasan keselamatan dan kepentingan strategik negara. 

- Pengawasan dan keselamatan kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan pelantar benua negara.

- Mengimplementasikan dasar dan posisi serta plan kontingensi Stesen GSP TLDM sesuai dengan arahan pihak atasan.

- Memastikan status aset TLDM di semua stesen berada di tahap pengoperasian yang tinggi. 

sumber : Group pencinta dunia pertahanan & ketenteraan

No comments:

Post a Comment