Pages

Sunday, June 30, 2013

MISIL SEA WOLF






Misil Sea Wolf adalah misil anti-peluru berpandu  jarak dekat berkelajuan tinggi dengan sistem bimbingan arahan semi-automatik dengan mengunakan panduan radar dan / atau peluru berpandu infra-merah serta pengesan sasaran. 



Seawolf mempunyai panjang 2.995 meter dengan berat 136.5 kilogram boleh meluncur pada kelajuan sehingga 333 meter sesaat dan boleh beroperasi dalam apa juga keadaan cuaca serta berupaya memusnahkan sasaran udara seperti jet pejuang dan peluru berpandu.

Sistem ini telah dibangunkan oleh British Aircraft Corporation (BAC) kemudiannya  menjadi British Aerospace (BAe) Dynamics (sekarang MBDA) pada 1964 sebagai keperluan  untuk mengantikan sistem peluru berpandu lama iaitu Sea Cat agar kapal perang kecil diberi perlindungan terhadap peluru berpandu anti-kapal dan pesawat.


Terdapat dua kaedah pelancaran misil ini dilakukan iaitu kaedah konvensional  iaitu Conventionally Launched Sea Wolf (CLSW) dan kaedah pelancaran secara menegak iaitu  Vertically Launched Sea Wolf (VLSW).
Sea Wolf dikuasakan oleh bahan api roket pepejal Blackcap dengan halaju maksimum Mach 2, Ia boleh memintas sasaran pada jarak antara 1,000m dan 6,000 m dan altitude antara 10 m hingga 3,000 m

 
Tembakan Misil sea wolf dari HMS Brazen guna sistem CLSW

Tembakan VLSW misil Seawolf dari HMS Richmond
Kepala peledaknya  seberat 14 kg (30.9 lb) dan fius adalah jenis HE-fragmenting .


Ianya mula diguna pakai oleh tentera laut Diraja Britian (Royal Navy) pada tahun 1979. Dimana ia dipasang  pada kapal kelas Frigat iaitu Type 22 iaitu Lander Class Frigate menggunakan sistem Conventionally Launched Sea Wolf (CLSW).

Manakala kapal Frigat Type 23  pula dipasang dengan sistem pelancaran secara menegak  Vertically Launched Sea Wolf (VLSW).
 
Tentera laut Diraja Malaysia juga telah memasang sistem peluru berpandu Sea Wolf ini pada  2 buah kapal perang  Frigatnya  iaitu KD Jebat  dan KD Lekiu dengan menggunakan sistem VLSW.

Satu ujian tembakan misil Seawolf telah dilakukan oleh frigat KD Lekiu terhadap sasaran di Perairan Selat Melaka pada 24 Oktober 2012 dan ujian ini telah dijalankan dengan jayanya.

Ini telah menunjukkan bahawa keupayaan perang TLDM dan kompetensi perancang latihan, pengendali, pengurusan, penyelenggaraan dan pengoperasian aset Armada TLDM, berada ditahap kesiagaan yang tinggi dan terlatih. 

Tembakan VLSW misil Seawolf dari KD Lekiu


Frigate KD Lekiu TLDM dilengkapi dengan Misil Seawolf

Kehebatan misil ini terbukti didalam Perang Falkland antara Argentina dan Britian pada tahun  1982.

Kejayaan HMS Brilliant dan HMS Glasgow menembak jatuh 3 buah A4 Skyhawk milik tentera udara Argentina, membuktikan kehebatan misil tersebut.

No comments:

Post a Comment