Kapal selam KD Tun Razak yang akan menjalani program refit |
Memiliki kapal selam merupakan impian bagi tentera laut sesebuah negara. Ini kerana ia merupakan aset yang ampuh dan mempu menimbulkan rasa gerun musuh untuk menceroboh perairan negara.
Bagi Malaysia adakah dengan hanya memiliki dua kapal selam sudah mencukupi. Bagaimana tahap siap siaga kita, jika salah sebuah perlu menjalani kerja-kerja penyelenggaraan.
Buat masa ini KD Tunku Abdul Rahman sedang menjalani program refit (penyelenggaraan)
Manakala kerja penyelenggaraan (overhaul) kapal selam Scorpene kedua Tentera Laut Diraja Malaysia iaitu, KD Tun Razak dijangka bermula pada bulan Jun tahun ini
Ini bermakna bahawa TLDM hanya akan mengendalikan satu kapal selam sehingga akhir 2019, yang menunjukkan kekangan atau limit jika hanya mempunyai dua kapal selam dalam armada .
Kerja -kerja ini akan bermula selepas kapal selam pertama, KD Tunku Abdul Rahman, yang memasuki peringkat penyelenggaraan (overhaul) pada bulan November 2015, kembali beroperasi secara aktif dengan armada pada akhir tahun ini bagi membolehkan KD Tun Razak pula menjalani program refit.