Tuesday, February 21, 2017

HANYA DUA KAPAL SELAM MAMPUKAH MALAYSIA BERTAHAN

Kapal selam KD Tun Razak yang akan menjalani program refit

Memiliki kapal selam merupakan impian bagi tentera laut sesebuah negara. Ini kerana ia merupakan aset yang ampuh dan mempu menimbulkan rasa gerun musuh untuk menceroboh perairan negara.

Bagi Malaysia adakah dengan hanya memiliki dua kapal selam sudah mencukupi. Bagaimana tahap siap siaga kita, jika salah sebuah perlu menjalani kerja-kerja penyelenggaraan.

Buat masa ini KD Tunku Abdul Rahman sedang menjalani program refit (penyelenggaraan)

Manakala kerja penyelenggaraan (overhaul) kapal selam Scorpene kedua Tentera Laut Diraja Malaysia iaitu, KD Tun Razak dijangka bermula pada bulan Jun tahun ini

Ini bermakna bahawa TLDM hanya akan mengendalikan satu kapal selam sehingga akhir 2019, yang menunjukkan kekangan atau limit  jika 
hanya mempunyai dua kapal selam dalam armada .

Kerja -kerja ini akan bermula selepas kapal selam pertama, KD Tunku Abdul Rahman, yang memasuki peringkat penyelenggaraan (overhaul)  pada bulan November 2015, kembali beroperasi secara aktif dengan armada pada akhir tahun ini bagi membolehkan KD Tun Razak pula menjalani program refit.

Sunday, February 12, 2017

PAMERAN LIMA LANGKAWI 2017 KEMBALI LAGI


KUALA LUMPUR 7 Feb. – Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 yang akan berlangsung dari 21 hingga 25 Mac ini dijangka menarik penyertaan yang lebih tinggi berbanding penganjuran sebelum ini.

Lebih 30 panglima tentera laut negara asing dan 20 kapal perang mengesahkan penyertaan mereka dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017 ini.

Timbalan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan berkata, jumlah itu lebih tinggi berbanding LIMA 2015 yang dihadiri 18 orang panglima tentera laut negara asing.

“LIMA kali ini adalah lebih hebat dan meriah berbanding 2015 kerana jumlah penyertaan dan aset pameran yang lebih tinggi. Setakat ini dijangka sebanyak 550 syarikat pempamer daripada 38 negara akan menyertai LIMA 2017.

“Peningkatan tersebut secara tidak langsung membuktikan hubungan diplomatik yang baik antara Malaysia dengan negara-negara luar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Panglima Pendidikan dan Latihan TLDM di sini hari ini.

sumber
Utusan Malaysia

Tuesday, February 7, 2017

INDONESIA TERIMA FRIGATE SIGMA PKR YANG PERTAMA

KRI Raden Eddy Martadinata, model SIGMA 10514 PKR, kapal pertama diserahkan kepada Tentera Laut Indonesia

Syarikat Damen Schelde Naval Shipbuilding (DSNS) dari Belanda sedang membina dua kapal frigat SIGMA 10514 PKR bagi tentera laut Indonesia di bawah kontrak yang ditandatangani pada Disember 2012. Kapal pertama telah dinamakan Raden Eddy Martadinata.

Panjang 105-meter, lebar 14.2 meter dan seberat 2365 tan,  frigat SIGMA ini direka untuk pelbagai misi termasuk anti-udara, anti-permukaan dan peperangan anti-kapal selam.  


Ia juga dilengkapi untuk keselamatan maritim, mencari dan menyelamat, dan tugas-tugas sokongan kemanusiaan.

Frigat Raden Eddy Martadinata 331 dibina menggunakan proses modular kerjasama operasi serentak di Shipyard Damen Schelde Naval di Belanda dan limbungan kapal PT PAL . 

Pembinaan kapal frigat kedua menggunakan prosedur yang sama kini juga sedang bersiap sedia menjalani ujian di laut pada Mei 2017, dan penghantaran pada Oktober 2017.

Sistem persenjataan Frigat ini terdiri dari meriam utama berkaliber 76mm, dua pelancar SSM, Sistem pertahanan udara jarak dekat yang dilancarkan secara menegak (VL SHROADS), pelancar torpedo untuk anti kapal selam.

Kapal ini juga dilengkapi dengan sistem peluru berpandu dan sistem persenjataan untuk peperangan anti-udara, dan juga operasi peperangan anti-permukaan.
 
Pada Isnin 23.1.2017 upacara penyerahan Kapal Frigat oleh PT-PAL di lakukan di dermaga Division Kapal Perang PT.PAL Indonesia, Surabaya kepada wakil kementerian pertahanan Indonesia iaitu Laksda TNI Ir. Leonardi.


KRI Raden Eddy Martadinata di dermaga PT PAL Indonesia

sumber
shephardmedia

Saturday, February 4, 2017

FM-90 / HQ-7B SISTEM PERTAHANAN UDARA JARAK DEKAT

FM-90 - kenderaan radar dan kenderaan misil
FM-90  telah dibangunkan oleh China National Precision Machinery Import dan Eksport Corp (CNPMIEC) untuk Pertahanan Udara Jarak Dekat  (SHORAD). 

Ia adalah versi yang lebih baik daripada FM-80 / HQ-7 sistem pertahanan darat ke udara (SAM), yang merupakan hasil tiruan daripada ciptaan Syarikat French Thomson -CSF iaitu sistem Pertahanan Udara Crotale.

FM-90 merupakan versi ekspot. Ia juga dikenali sebagai HQ-7B. Empat misil dan radar dipasang pada kenderaan berperisai 6x6 (6 roda).

Setiap misil berukuran 3 meter panjang dan berat 84.5 kg. Ia membawa kepala peledak jenis High Explosive Fragmantation (HE-FRAG) serta berkelajuan maksima 900 m/s.  

Sistem radarnya mampu mengesan objek pada jarak 25km, FM-90 mampu menyerang tiga sasaran menggunakan tiga mod panduan berbeza secara serentak.

Tembakan misil dari kenderaan Telar (FM-90)
Sistem ini mampu bertindak dan memusnahkan helikopter, pesawat, peluru berpandu kruis, peluru berpandu udara-ke-darat dan peluru berpandu anti-radiasi pada jarak efektif  0.7 km sehingga 15 km.

Kenderaan berperisai ini dikendalikan oleh tiga krew. Perisai kenderaan ini mampu memberikan perlindungan terhadap senjata api dan serpihan kecil peluru meriam. Keupayaan mobilitinya telah telah ditingkatkan daripada versi sebelumnya yang dioperasikan pada kenderaan bercasis 4x4. 

Satu unit bateri HQ-7B terdiri daripada satu kenderaan dengan sistem radar pengesanan dan tiga kenderaan TELAR (kenderaan pelancar misil).
 
Sistem FM-90 ini telah dioperasikan oleh angkatan tentera Bangladesh dan juga Pakistan.
  
sumber 
Military-today 

Wednesday, February 1, 2017

HASRAT PEMBELIAN KAPAL SELAM DARI CHINA OLEH TENTERA LAUT THAILAND TERCAPAI

Hasrat Thailand untuk beli kapal selam kini tercapai
BANGKOK 25 Jan. – Kerajaan junta Thailand meluluskan pembelian kapal selam bernilai AS$380 juta (RM1.6 bilion) dari China selepas menangguhkan usaha itu pada tahun lalu.

Tahun lalu, pembelian kapal selam itu mendapat kritikan orang ramai dan persoalan sama ada Thailand benar-benar memerlukan kapal selam atau pun tidak.

Pembelian itu memperlihatkan hubungan yang semakin kukuh antara China dengan Thailand, sekutu lama Amerika Syarikat (AS), sebelum berlakunya rampasan kuasa.

China menjadi kuasa besar dunia pertama mengiktiraf kerajaan junta selepas rampasan kuasa pada tahun 2014 manakala Amerika Syarikat pula bertindak membeku bantuan kententeraan bernilai AS$4.7 juta dan beberapa perjanjian keselamatan berikutan peristiwa itu.

Menurut jurucakap Tentera Laut Thailand, Laksamana Jumpol Loompikanon, proses run­dingan hampir dimuktamad dan bajet telah diperuntukkan untuk membeli kapal selam berkenaan selama lebih enam tahun

"Tahun ini, kami pasti akan menandatangani perjanjian dengan china kerana budget kerajaan mencukupi," kata Jumpol