Pages

Wednesday, December 11, 2013

SISTEM PERTAHANAN DARAT KE UDARA STARBURST

Starburst dioperasikan oleh seorang anggota tentera
Starburst adalah peluru berpandu mudah alih permukaan-ke-udara British yang dihasilkan oleh Shorts Missile Sistem of Belfast (sejak 2002 dikenali sebagai Thales Air Defence Limited). Ia telah digunakan oleh Tentera British (sebagai Jevelin S15), Angkatan Tentera Malaysia (Starburst), dan dalam Tentera Kanada sebagai Jevelin

Sistem Starburst ini  boleh dikendalikan dari bahu anggota atau dari pelancar yang dikenali sebagai "Starbust LML" - (Lightweight Multiple Launcher) Pelancar Ringan Berganda. 

Monday, November 11, 2013

PENTAULIAHAN KAPAL SELAM KEDUA "KELAS ARCHER" OLEH SINGAPURA


RSS Swordsman ,kapal selam kedua dari kelas Archer diesel-elektrik telah ditauliahkan di Singapura, di mana ia akan menyertai RSS Archer (ex HMS Hälsingland), yang telah ditugaskan pada tahun 2011.
.
SS Swordsman (ex HMS Västergötland) telah diperolehi dari Angkatan Laut Diraja Sweden pada tahun 2005 dan telah dilancarkan di Karlskrona, Sweden pada 20 Oktober 2010. Beliau menjalani pelbagai ujian laut  secara menyeluruh dan meluas di Sweden sebelum kembali ke Singapura pada 31 Disember 2012.

Sunday, June 30, 2013

MISIL SEA WOLF






Misil Sea Wolf adalah misil anti-peluru berpandu  jarak dekat berkelajuan tinggi dengan sistem bimbingan arahan semi-automatik dengan mengunakan panduan radar dan / atau peluru berpandu infra-merah serta pengesan sasaran. 

Thursday, June 13, 2013

SUPER LYNX 300 ASW

South Afrika Super Lynx
Super Lynx adalah versi eksport helikopter Lynx dari AgustaWestland (dahulunya GKN Westland Helikopter). Tentera Laut Diraja UK dilengkapi dengan helikopter Lynx HMA Mark 8  dan Tentera UK dengan AH Mk 7 dan AH Mk 9 Lynx helikopter peninjau / serangan. 

Super Lynx telah ditempah oleh Jerman (tujuh) dan Korea Selatan (13) dan Jerman dan Denmark menaik taraf helikopter Lynx mereka untuk Super Lynx standard.  

Super Lynx yang pertama bagi Jerman telah dihantar pada bulan Julai 1999 (bagi perkhidmatan di atas kapal frigat Type 122 dan 123), Singapura pada bulan Disember 1999 dan Denmark pada November 2000.

Monday, June 3, 2013

SYRIA AKAN BELI 10 JET PEJUANG MIG 29 DARI RUSIA


Russia-made MIG-29 M/M2 fighter jets (file photo)
MOSCOW - Pembuat jet MiG di Rusia menyatakan semalam ia merancang untuk menandatangani perjanjian baharu untuk menghantar sekurang-kurangnya 10 jet pejuang ke Syria.

Pengumuman itu dibuat ketika beberapa pemimpin dunia mengkritik laporan penjualan sistem peluru berpandu S-300 kepada negara tersebut.

Pengarah Urusan MiG, Sergei Korotkov berkata, satu delegasi Syria berada di Moscow untuk membincangkan laporan terperinci tentang kontrak baharu berhubung penghantaran jet MiG-29 M/M2.

Sunday, May 19, 2013

CV90120 KERETA KEBAL RINGAN SWEDEN



CV90120-T

CV90120-T adalah merupakan salah satu versi kereta perisai dari Sweden dan dikenali di bawah kumpulan "Combat Vehicle 90".

 CV90120-T pada asasnya direka berdasarkan versi yang diubah suai daripada chasis  CV90 “Armored Fighting Vehicle” (AFV).

Kereta Kebal ringan CV90120-T ini dikilangkan di bawah label BAE Systems  Hagglunds. Ptototaip yang pertama dilancarkan pada tahun 1988 dan memulakan ujian tembakan  di Sweden pada lewat tahun 1998.


Monday, May 6, 2013

HAWK 200/100- BAE SYSTEM



Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia
Pesawat tempur ringan Hawk dari  BAE Systems merupakan pesawat jet latihan lanjutan satu enjin pihak British. Ia dikendalikan oleh dua orang juruterbang, 

Mula diterbangkan pada tahun 1974 sebagai Hawker Siddeley Hawk, dan seterusnya pembinaanya diteruskan oleh syarikat pengganti, masing-masing dari British Aerospace dan BAE Systems . Ia telah digunakan dalam kapasiti latihan dan sebagai pesawat tempur yang berkos rendah. 

Saturday, April 6, 2013

PERANG KONTRAK MRCA, PENGGANTI MIG 29 MENJADI TANDA TANYA?


KUALA LUMPUR 29 Mac - Dalam keghairahan orang ramai melihat pertunjukan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013, tanpa disedari berlaku ‘peperangan sengit’ di belakang tadbir melibatkan syarikat pengeluar pesawat tempur.

Peperangan yang dimaksudkan adalah pertarungan sengit untuk memenangi kontrak penggantian pesawat pejuang MiG29 yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika ini.

Wednesday, March 6, 2013

BATTLESHIP YAMATO 1941 - 1945

Battleship Yamato belayar dengan megah
Yamato, merupakan kapal utama daripada dua buah kapal "Battleship" dalam kelasnya iaitu seberat 65,000 tan (lebih daripada 72,800 tan jika muatan penuh) , telah dibina di Kure, Jepun. 

Yamato dan sebuah lagi kapal, Musashi setakat ini merupakan kapal perang terbesar pernah dibina semasa perang dunia kedua. Sembilan meriam utama berukuran 460mm (18.1 inci)  mampu  menembak peluru "armor piercing" seberat 1460kg (3200 paun) dan perisai perlindungan kedua kapal tersebut juga tidak ada tandingan pada waktu itu.