Tuesday, August 24, 2021

GSD LuWA KENDERAAN PERISAI RINGAN UNTUK TENTERA JERMAN

GSD Luwa kenderaan AFV ringan

Program GSD LuWa  bagi mengantikan kenderaanWiesel yang telah digunakan oleh tentera darat Jerman sejak 1980an. Syarikat kerujuteraan IABG (Industrieanlagen-Betriebsgesellschaft mbH) telah memperkenalkan GSD LuWa pada 22 jun lalu.

Wiesel adalah kenderaan tempur berperisai ringan yang boleh diangkut melalui udara. Beratnya ialah 2.7 tan dan  telah digunakan oleh tentera Jerman sejak dari tahun 1980an lagi.

Sejumlah 521 unit kenderaan berperisaiWiesel pelbagai varian masih digunakan oleh tentera Jerman dan program GSD LuWA ini dimulakan untuk menggantikannya

Kenderaan perisai ringan Wiesel

Dilaporkan GSD LuWa akan mula dinilai dan diuji pada pertengahan tahun 2022. Turret GSD LuWa dari jenis Valhalla boleh dipasang dengan senjata utama 25mm dan 30mm yang boleh menembak amnusi APFSDS-T. Selain itu ia juga dipasang dengan pelancar granade automatik 40mm dan lima tiub pelancar asap.

Rekaan unik GSD LuWa pada runut berkembarnya.

Susun atur 4 runut adalah untuk meningkatkan daya tahan terhadap serangan periuk api dan jika kehilangan salah satu runut ia masih dapat terus berjalan, setiap trek dikuasakan secara individu oleh motor elektrik.

Bahagian depan kenderaan dilengkapi dengan dua tingkap besar kalis peluru  yang menawarkan pandangan 180 ° untuk pengendali, serta satu tingkap kecil di setiap sisi.

sumber : army recognition & informasi tempur