Thursday, April 24, 2008

SEKITAR PAMERAN PERTAHANAN ASIA (DSA) 2008

Pameran Pertahanan Perkhidmatan Asia atau DSA (Defence Services Asia Exhibition And Conference ) 2008, kini telah kembali diadakan di PWTC Kuala Lumpur. 
Pameran bertaraf antarabangsa ini merupakan pameran edisi yang ke-sebelas. Ianya menempatkan lebih 712 buah syarikat pertahanan dan pembekal perkakasan persenjataan antarabangsa yang mewakili 48 buah negara. 
Merupakan pameran pertahanan yang terbesar dan berprestij di rantau Asia Pasifik yang diadakan 2 tahun sekali.

Mula dianjur buat pertama kali pada tahun 1988, DSA telah berjaya memperlihatkan kelainan dalam setiap penganjuran yang dilakukanya. 
Berbeza dengan LIMA yang hanya penganjuran untuk pertahanan dan teknologi bagi euroangkasa dan maritim, DSA merangkumi pameran sistem pertahanan sepenuhnya bagi tiga cabang ketenteraan iaitu Darat, Laut dan Udara..

Pameran ini telah berjaya menarik ramai penyertaan dari syarikat gergasi pertahanan dunia seperti Firma Roosboronexport dari Rusia, BAE System (Britian), EADS (Perancis), FN Herstal (Belgium), Daewoo (Korea Selatan) dan Agusta Westland (Itali). 
Selain itu penyertaan dari Firma pertahanan bersaiz sederhana seperti Bumar Labedy (Poland), Denel (Afrika Selatan), Iran Aviation Industries (Iran) dan sebagainya..

Di anggarkan lebih 25000 orang pelawat termasuk pegawai-pegawai, ketua-ketua angkatan tentera dan Menteri-menteri pertahanan dari 50 negara seluruh Asia mengunjungi pameran ini.





Tuesday, April 22, 2008

RADAR PERTAHANAN UDARA "GIRAFFE"



Radar GIRAFFE dari Ericsson merupakan salah satu dari keluarga radar, berdasarkan sistem pertahanan udara dan pemantauan yang menggunakan teknologi sistem radar 3D.

Ianya diguna pakai bagi sistem misil pertahanan udara jarak sederhana dan dekat (SHORAD) - Short Range Air Defence.

Monday, April 14, 2008

DDG ARA HERCULES -TYPE 42

DDG ARA Hercules
DDG Hercules (Type 42) adalah merupakan kapal perang kelas Pemusnah (Destroyer) bagi Tentera Laut Argentina. Mula dipesan pada tahun 1970, sebanyak 2 buah iaitu dikenali sebagai ARA Hercules dan ARA Santisima Trinidad. 
.
ARA Hercules dibina di limbungan kapal Vickers Barrow-Furness United Kingdom, manakala ARA Santisima Trinidad di pasang di Argentina.
Mula memasuki servis bersama Tentera laut ialah pada tahun 1977, Pernah terlibat dalam perang Falkland 1982.  

Tuesday, April 8, 2008

ATGM RUSIA "AT-13 METIS-M"


ATGM Metis M dan Misilnya

ATGM (Anti Tank Guided Missile) atau pelancar misil anti kereta kebal adalah merupakan senjata penting dalam peperangan darat masa kini.

Oleh itu sistem ATGM METIS-M ini di reka khusus untuk menembusi dan memusnahkan kenderaan berperisai moden yang mempunyai bahan pelindung tambahan seperti ERA (explosive reative armour), kubu pertahanan dan juga tempat letak senjata, serta sasaran-sasaran yang terpilih.

Dihasilkan oleh KBP Instrument Design Bureau dari Rusia. Mula digunakan oleh tentera Rusia dalam tahun 1992. Sistem peralatan Metis-M terdiri dari 9M131 (9M131F) ATGM; Pelancar 9P151 ; 1PBN86-VI thermal sight.

Sistem yang digunakan oleh Metis-M ATGM ialah "semiautomatic guidance system transmitted over wire link" iaitu sistem yang tidak memerlukan peralatan yang terlalu canggih dan mahal seperti gyroscopic coordinator, elektronik unit dan bateri pakai buang.

Sistem Metis-M ini hanya dikendalikan oleh seorang anggota, manakala anggota yang lain boleh membawa peluru dan lain-lain peralatan tambahan. 

Jenis-jenis peluru berpandu anti kereta kebal yang digunakan oleh ATGM ini ialah HEAT 9M131 yang berupaya merobek perisai yang dilindungi Oleh ERA (Explosive Reactive Armour) setebal 850mm, Kenderaan berperisai ringan, kubu-kubu pertahanan (bunker) dan pos-pos kawalan senjata.

Peluru anti-tank thermobaric (HE) yang mampu memusnahkan sasaran seperti bangunan, struktur bangunan dan sebagainya. Jarak tembakan maksimum Metis (M) mampu menjangkau 1.5 km dan minima ialah 0.8km

Penembakan Metis-M hanya dilakukan oleh seorang anggota tentera
Sistem ini terbukti berkesan apabila ianya digunakan dalam perang Palestin antara pejuang Hizbullah dan Regim Israel pada 2006. Menurut sumber dari Israel, sistem ini digunakan untuk memusnahkan kereta kebal Merkava Israel.

Pada Julai 2001 Malaysia telah menandatangani kontrak pembelian ATGM AT-13 Metis(M) dengan KBP Instrument Design Bureau,dari Rusia. Nilai kontrak yang ditandatangani ialah USD 30juta. 

Dengan pembelian Metis(M) ini, inventori ATGM dalam ATM telah bertambah dan dapat mempertingkatkan lagi kuasa pemusnah kereta kebal pada masa akan datang.



Monday, April 7, 2008

TYPE 74 - MBT DARI JEPUN



Type 74 adalah merupakan salah sebuah MBT (kereta Kebal Utama)yang dimiliki oleh Tentera Darat Jepun (JGSDF) bagi menggantikan MBT model lama iaitu Type 61. Type 74 ini dibina oleh Mitsubishi Heavy Industries dalam tahun 1975 dan mula memasuki JGSDF dalam awal tahun 1980.

Reka bentuknya yang kontemporari telah meletakkan ia dalam satu kelas yang sama dengan MBT USA M60 Patton ataupun sama dengan Leopard 1 buatan Jerman. 

Turret Type 74 mempunyai persamaan dengan turret AMX-30, dilengkapi dengan meriam L7 105 mm Royal Ordnance. Berkemampuan menembak peluru meriam jenis APFSDS dan HEATMP

Sejumlah 893 buah jenis ini telah dihasilkan dan masih berkhidmat dalam Angkatan tentera Jepun.

Turret ini diperbuat daripada besi tuang dimana tempat duduk komander dan jurutembak disebelah kanan manakala tempat duduk loader disebelah kiri. 

Enjinnya adalah dari jenis Mitsubishi 10ZF Type 22 WT 10-cylinder diesel (750hp) dipasangkan kepada transmisi manual Mitsubishi MT75. Sistem suspensi ialah dari jenis hydropneumatic dan boleh dilaras mengikut kesesuaian bentuk muka bumi yang dilalui.

Mesingan coaxial 7.62mm Type 74 dipasang bersama dengan meriam utama dan mesingan 12.7mm(0.5) Browning M2 HB dipasang diatas turet berhadapan dengan posisi komander dan loader.

MBT Type 74 ini mempunyai berat keseluruhan iaitu 38 tan (38,000kg), ketinggian kereta kebal ialah 2.48 meter dan mampu bergerak dengan kelajuan maksima 53 km/jam.