Wednesday, January 28, 2015

EXOCET - PELURU BERPANDU ANTI KAPAL


Exocet, peluru berpandu anti-kapal dari Perancis yang boleh dilancarkan dari beberapa platform seperti pesawat, helikopter,  kapal perang dan kapal selam.

Semua peluru berpandu mempunyai sistem asas yang sama iaitu tahan dalam semua-cuaca, sea-skimming, tembak-dan-lupa (fire and forget), radar petunjuk dan di gerakkan oleh motor roket pepejal dwi teras pada kelajuan transonik.

Ianya bertujuan untuk menyerang kapal-kapal perang yang besar dan juga kecil pada jarak sederhana seperti kapal jenis Pemusnah (Destroyer), Frigat dan Korvet. 

Monday, January 12, 2015

INDONESIA TERIMA MBT LEOPARD 2 DARI JERMAN

Leopard 2A4 berarak pada hari Kemerdekaan Indonesia
Indonesia telah menerima kumpulan pertama Kenderaan berperisai yang diperolehi dari Jerman - dari pesanan asal sebanyak 164 unit iaitu 40 unit kereta kebal  Leopard 2A4, 63 unit Leopard 2RI (dinaik taraf kepada "Revolusi" standard), 4 unit Buffel, kenderaan pemulihan perisai, 3unit Leguan lapisan jambatan berperisai dan 3 unit Kodiak kenderaan kejuruteraan perisai, ditambah 50 unit Marder 1A2 IFV 

Pembelian ini adalah sebahagian dari program pembangunan dan permodenan alatan ketenteraan  Tentera Nasional Indonesia. Walaupun sebelum ini terdapat bantahan dari pelbagai pihak di Republik itu.

Pada masa ini, Indonesia hanya mengoperasikan sejumlah kereta kebal ringan jenis Scorpion dari Britian dan AMX13 dari Perancis

Wednesday, January 7, 2015

KERETA KEBAL T-55 RUSIA



T-55 Rusia
T-55 adalah kereta kebal serdahana (Medium Battle Tank) buatan Russia. Ia merupakan versi  tingkat upaya dari T54. Berbentuk trek dimana terdapat  5 roda pada treknya.  

T-55 mempunyai badan yang rendah silhouetted dengan turet berbentuk kubah dipasang diatas roda track ketiga

T-55 telah diperkenalkan pada tahun 1958 dgn menggabungkan semua elemen yang terdapat pada T54 dan menambahbaik lagi tanpa mengubah rekabentuk dan rupa asalnya.

Selain dilengkapi dengan meriam utama 100mm D-10T2S. T55 dipasang dengan mesingan sepaksi 7.62 mm dan juga bow-mounted mesingan 7.62-mm.  Dikendalikan oleh 4 orang anggota.

Thursday, January 1, 2015

MIKOYAN MIG 29

MiG-29 dengan persenjataan
Mikoyan MiG-29; Kod NATO: "Fulcrum" adalah jet pejuang  yang direka oleh Rusia (Soviet Union). Dibangunkan oleh Mikoyan Design Bureau sebagai air superiority fighter pada tahun 1970.

MiG-29, bersama-sama dengan Sukhoi Su-27, telah dibangunkan sebagai saingan kepada pesawat pejuang Amerika yang baru seperti McDonnell Douglas F-15 Eagle, dan General Dynamics F-16 Fighting Falcon. 

MiG-29 memasuki inventori Tentera Udara Rusia pada tahun 1983. Sebanyak 30 buah negara telah mengoperasikan MiG-29, dimana India menjadi negara operator yang terbesar. Malaysia juga adalah negara di rantau Asia Tenggara yang pertama mengoperasikan pesawat pejuang dari blok komunis ini.