Wednesday, December 29, 2021

ROYAL NAVY TUKAR MISIL SEA WOLF KEPADA MISIL SEA CAPTOR

Misil Sea Wolf yang dilancar dari kapal Royal Navy

Setelah lebih 8 bulan "berkampung" di Devonport, akhirnya HMS Portland iaitu salah satu dari 12 Friget Type 23 British Royal Navy bersedia kembali ke barisan hadapan.

HMS Portland Type 23 Duke Friget dilancarkan pada 15 May 1999 oleh Lady Heather Brigstocke di HMNB Devonport Dockyard, Plymouth. Setelah menjalani ujian laut/sea trial, ia secara rasmi memasuki perkhidmatan pada 3 May 2001.

Setelah 2 dekad berkhidmat, ia menjalani refit dan naiktaraf. Antaranya pemasangan Artisan 3D Radar dan penggantian misil SeaWolf kepada Sea Ceptor.

Commanding Officer HMS Portland, Tim Leeder menyifatkan pembaharuan setelah 8 bulan menukarkan kapal perang ini kepada state of the art warfighting machine.

Sea Wolf ialah misil dwi fungsi bagi memusnahkan sasaran udara atau memintas misil antikapal. Dibangunkan pada tahun 1979, ia memiliki kelajuan supersonik Mach 3 dan menjangkau jarak hingga 10km.

Misil Sea Captor

Manakala Sea Ceptor ialah misil generasi baru. Dikenali sebagai CAMM (Common Anti-Air Modular Missile). Terdapat 2 versi lain iaitu ASRAAM (misil udara ke udara) dan Land Ceptor iaitu sebahagian sistem pertahanan udara SHORAD Sky Sabre.

Seperti Sea Wolf, ia mempunyai fungsi yang sama. 

Namun Sea Ceptor boleh menjangkau hingga 25km bagi versi standard dan 40km (versi CAMM-ER). Walaubagaimanapun laporan IHS Janes menyebut ujian penembakan berjaya memusnahkan sasaran sejauh 60km.

Sea Ceptor juga dilengkapi dengan Aktif Radar Seeker dan Two Way Datalink. Ini menjadikan ketepatan pemusnahan sasaran setaraf dengan Aster 15.



SEAWOLF TLDM

misil Sea wolf yang dilancarkan dari Kapal KD Lekiu

KD Jebat dan KD Lekiu memiliki sistem pertahanan udara yang serupa dengan Friget Type 23 British Royal Navy.

Mula ditauliahkan secara rasmi dalam perkhidmatan pada 10 November 1999, ia merupakan aset tercanggih Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Setelah 2 dekad berlalu dan ancaman misil antikapal semakin canggih termasuk berkelajuan hipersonik, penggantian misil SeaWolf perlu diberi perhatian oleh perancang TLDM. Dengan pengenalan misil seperti Sea Ceptor, ia memberi ruang masa pemintasan atau window interception yang lebih kepada Skuadron 23 Friget ini.

Begitu juga dengan ancaman pesawat MPA (Maritim Patrol Aircraft) dan drone yang menjadi mata kepada kapal perang musuh. Doktrin peperangan terkini menekankan aspek pengesanan yang memberi kelebihan untuk melancarkan serangan terlebih dahulu. 

Dengan julat SeaWolf sekitar 10km, ia memberi tekanan kepada krew untuk mengelak daripada dikesan lebih awal. Namun situasi boleh berubah andai KD Jebat dan KD Lekiu mempunyai keupayaan memusnahkan sasaran lebih jauh, meminimakan risiko dikesan oleh aset2 udara musuh.

Dengan kemasukan kapal Littoral Combat Ship (LCS) kelas Maharajalela dijangka bermula pada tahun 2025, sudah pastinya KD Jebat dan KD Lekiu akan terus menjadi tunggak barisan hadapan TLDM.

Terbaru Kapal Korvet kelas Laksamana menjalani pembaharuan kerangka bagi memanjangkan jangka hayat operasi. 

sumber : Emmet Eebit - soldadu


Sunday, December 19, 2021

TLDM TERIMA KAPAL LMS KEEMPAT KD RENCONG

LMS keempat KD Rencong

KD Rencong kapal keempat dan terakhir kelas Keris akan menyertai Skuadron LMS ke-11 dengan KD Keris (LMS pertama), KD Sundang (LMS kedua) dan KD Badik (LMS ketiga). 

Keris dilancarkan pada April 2019 dan diserahkan pada Disember 2019 manakala KD Badik dilancarkan pada Oktober 2020 dan diserahkan pada Oktober. Perolehan kapal LMS ini dilaksanakan di bawah Kontrak Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd yang ditandatangani pada 23 Mac 2017 dengan kerjasama China Shipbuilding & Offshore International Co. Ltd. (CSOC), China.

Untuk rekod, kontrak pengambilalihan LMS telah ditandatangani pada 23 Mac 2017 antara Kementerian Pertahanan Malaysia dan Boustead dengan kerjasama CSOC, China. LMS ialah salah satu daripada lima kelas kapal dalam Program Transformasi Armada 15to5. 

Pembinaan LMS dicirikan oleh "fit for purpose ". Kapal peronda pantai ini adalah konsep modular yang mampu dikonfigurasikan untuk misi tertentu bergantung kepada keperluan.

Keempat-empat unit LMS akan menyertai Armada Timur TLDM di mana mereka akan memperkukuh kesediaan dan kedaulatan perairan maritim Malaysia timur. LMS juga akan menangani masalah keusangan aset serta kitaran jadual penyelenggaraan kapal TLDM sedia ada.

Pemerolehan LMS adalah melalui kerjasama dengan China, yang pertama dalam sejarah Tentera Laut Diraja Malaysia. Melalui pengambilalihan ini, Malaysia dapat mengukuhkan hubungan diplomatik dengan China dalam bidang pertahanan dan ekonomi.

Menurut Janes, kapal jenis LMS mempunyai masalah dengan sistem tempur mereka, TLDM telah menyusun senarai kekurangan yang diperhatikan semasa mengendalikan kapal dalam kelas pertama.

Spesifikasi LMS

Panjang keseluruhan  : 68.00 meter
Rasuk                         : 9.20 meter
Anak kapal                : 45 (+16)
Kelajuan maksimum : 22 knot
Julat                           : 2,000 batu nautika pada 16 knot
Ketahanan                 : Sehingga 15 hari di laut
Operasi                      : Sehingga keadaan laut 5

sumber : Navalnews.com


Sunday, December 5, 2021

UAE BORONG 80 JET PEJUANG RAFALE

Helikopter Caracal yang di operasikan oleh TNI AU juga dipesan oleh UAE

PARIS, 4 Dis – Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah memesan sebanyak 80 buah jet pejuang Rafale F4 dari Perancis.

Syarikat pengeluar Rafale, Dassault Aviaiton dalam satu kenyataan berkata, kontrak perolehan pesawat telah dimeterai diantara pihak pembekal dengan kerajaan UAE. 

“UAE menjadi negara luar Perancis untuk mengoperasikan jet pejuang Rafale F4,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, kontrak ini sekaligus memantapkan kerjasama antara UAE dan Dassault yang terjalin semenjak 45 tahun.

Rafale secara rasmi dibeli oleh UAE semasa lawatan rasmi Presiden Perancis Emmanuel Macron ke negara Teluk Parsi pada hari Jumaat, 3 Disember 2021.

Pesawat Rafale akan dihantar ke UAE mulai 2027, bertujuan untuk menyasarkan pesawat pejuang Mirage 2000 yang digunakan oleh tentera udara negara itu.

Selain Rafale, UAE juga bersetuju untuk membeli 12 helikopter Caracal daripada Airbus. Kontrak perolehan untuk jet dan helikopter itu bernilai sekitar €17 billion.

Rafale F4 merupakan standard terbaharu jet pejuang tersebut yang dilancarkan oleh Dassault Aviation pada tahun 2019.

Standard ini merupakan varian tingkat upaya yang memperkenalkan penggunaan radar AESA Thales RBE2, pod sasaran jarak jauh Thales TALIOS dan pod peninjau Reco NG.

Selain daripada itu, varian F4 turut mempunyai system komunikasi yang ditingkat upaya, system paparan yang diperbaharu, sistem kawalan enjin baharu.

Rafale F4 turut dilengkapi dengan sistem persenjataan baharu iaitu misil udara-ke-udara Mica Next-Generation (NG) dan bom panduan Sagem Armement Air-Sol Modulaire (AASM).

Persetujuan UAE untuk membeli 80 pesawat pejuang Rafale telah dimeterai selepas usaha negara Teluk Parsi itu untuk mendapatkan pesawat pejuang F-35 dari Amerika Syarikat menghadapi masalah yang disebabkan oleh pendirian Presiden Joe Biden.

Penglibatan UAE, dalam konflik di Yaman dan penngunaan teknologi 5G yang dibangunkan oleh syarikat China Huawei menyebabkan Biden mengambil keputusan untuk mengkaji semula penjualan pesawat F-35 kepada negara itu.

sumber : airtimes.my & zonajakarta