Friday, May 2, 2008

KERETA PERISAI "SIBMAS"



SIBMAS merupakan kenderaan berperisai 6X6 keluaran negara Belgium. Ianya mula dikeluarkan pada tahun 1970an oleh BN Constructions Ferroviaires et Metalliques. Prototaip yang pertama siap pada tahun 1976.


Cockerill Mechanical Industries (CMI) adalah merupakan merupakan kumpulan syarikat bertaraf antarabangsa yang terletak di sebuah bandar kecil di Belgium yang dikenali sebagai Liege. 

Kepakaran CMI ini adalah dalam bidang tenaga, besi, pengangkutan dan pertahanan. Tumpuan CMI dalam bidang pertahanan hanyalah sebahagian segmen kecil didalam pasaran pertahanan dunia.


Kenderaan berperisai SIBMAS ini menempatkan 3 orang krew serta mampu membawa 11 orang anggota. Ianya dilengkapi dengan meriam utama 90 mm Cockerill Mk III, mesingan coaxial 7.62 mm dan mesingan anti-udara 7.62 mm. Kelajuan maksima kenderaan ini mampu mencapai 100km per jam dan jarak 1000 km.


Kenderaan ini boleh diubahsuai kepada kenderaan pelbagai peranan. Tempat duduk pemandu terletak dibahagian hadapan, dengan stesen persenjataan terletak dibahagian belakang pemandu. Kompartmen untuk trup telah diperluaskan dari belakang stesen senjata sehingga kebahagian tepi kenderaan dengan enjin terletak disebelah tepi kiri kenderaan.


Turret yang lebar telah membolehkan pelbagai sistem persenjataan dipasang termasuklah mesingan, meriam utama berkaliber 90 mm. Variasi SIBMAS AFSV-90 masih mempunyai keupayaan untuk membawa trup kombat. SIBMAS masih mampu memenuhi peranan sebagai IFV tetapi jumlah trup yang boleh dibawa berkurangan di sebabkan stor peluru 90mm. Ruangan trup mempunyai 3 pintu iaitu dua ditepi kiri dan kanan dan satu dibelakang.

SIBMAS 6X6 ATM


Pada tahun 1983 Angkatan Tentera Malaysia telah memesan sejumlah 150 buah Sibmas 6x6 AIFVs dari belgium, 450 buah Condor 4X4 APC dari Jerman, 25 buah kereta kebal ringan scorpion dan 25 buah stormer MICVs dari United Kingdom. 

Sibmas untuk ATM telah dilengkapi dengan meriam cockrill 90mm untuk tembakan bantuan bersama dengan kereta kebal ringan scorpion yang juga dilengkapi dengan meriam cockrill 90mm.


Kesemua kenderaan ini telah berkhidmat selama lebih 25 tahun dalam ATM dan masih lagi relevan untuk meneruskan khidmat dalam angkatan tentera Malaysia. 

TDM telah melakukan permodenan didalam organisasinya dengan membeli beberapa peralatan ketenteran yang baru dan moden seperti MLRS Astross, Kereta kebal utama PT-91M, Adnan ACV300 dan KIFV, oleh itu Sibmas dan Kereta kebal ringan Scorpion mungkin akan diberi peranan sebagai kederaan sokongan untuk kereta kebal utama PT-91 ( Pendekar).




1 comment:

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian ilmu