Monday, August 17, 2015

BATCH KE 2 KERETA KEBAL UTAMA , APAKAH PILIHAN MALAYSIA ???


Batch kedua kereta kebal Utama, TDM perlu bijak memilih

Tentera Darat Malaysia berhasrat untuk membentuk rejimen kereta kebal keduanya, termasuk kemungkinan pembelian satu lagi kumpulan platform kereta kebal Utama PT-91M

Pelan bagi membentuk Rejimen perisai Malaysia kedua telah diketahui selama beberapa tahun sebelum ini. Maklumat mengenai kemungkinan membeli satu lagi kumpulan kereta kebal PT-91M Pendekar, bagaimanapun, agak mengejutkan kerana terdapat desas desus mengatakan pembelian PT-91M sebelum ini dilanda pelbagai masaalah seperti masaalah penghantaran dan pengoperasian.


Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM), Jeneral Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, mengesahkan maklumat yang terdapat dalam media dalam beberapa bulan kebelakangan ini mengenai rancangan untuk mewujudkan satu lagi Rejimen Kereta kebal. 


Adakah batch kedua juga PT-91M akan dipilih
Unit yang baru ini akan melengkapkan 11 Kor Armor Diraja (KAD), yang sebelum ini dilengkapi dengan kereta kebal utama (MBT) dari Poland PT-91M Pendekar sebanyak 48 unit.

Selain dari 48 unit kereta kebal beberapa kenderaan sokongan juga diperolehi seperti termasuk 6 unit WZT-4 (WZT-91M) - kenderaan recovery, 3 unit MID-4 (MID-91M) - kenderaan perisai kejuruteraan, 5 PMC Leguan (PMC -91M) - kenderaan jambatan berperisai dan  SJ-09 kenderaan latihan pemandu.
  
Penubuhan Rejimen Armor kedua, akan memerlukan pembelian tambahan kereta kebal utama. Jeneral Raja Mohamed Affandi mengakui bahawa tentera darat serius mempertimbangkan pembelian satu batch lagi kereta kebal Poland PT-91M Pendekar, kali ini kemungkinan didalam kontrak pihak pengeluar iaitu Poland akan melakukan beberapa modifikasi tertentu.
 
Beberapa pengulas mencadangkan Malaysia  memilih platform dari Turki iaitu kereta kebal utama AltayIni kerana Malaysia mempunyai pengalaman dalam mengendali dan mengoperasikan kenderaan tempur berperisai Turki, termasuk ACV 300.Adnan

Penubuhan Rejimen Armor kedua membolehkan malaysia untuk melaksanakan rancangan untuk mewujudkan Briged Armor. Selain itu unit briged Armor ini juga dikatakan akan menerima sejumlah Kenderaan Artileri mudah gerak-155mm (Self -Propelled Howitzer 155mm).


Perkara ini juga telah disahkan oleh Jeneral Raja Mohamed Affandi sebagai satu pelan TDM untuk memasukkan pembelian Atileri mudah gerak ini dalam belanjawan tahun 2016-2020 (RMK-11)

Terdapat beberapa alternatif lain menurut pendapat penulis ,yang lebih sesuai bagi TDM dalam memilih batch kedua kereta kebal utama selain dari PT-91M antaranya
  

T-90 (Russia)

Spesifikasi

Berat                 - 46 tan sesuai untuk muka bumi Malaysia 
Enjin                  - Diesel 950hp (736KW) V-92S2 12 selinder
Speed               - 60 km/jam (37mph). Jarak operasi 550km-340 batu
Kru                    - 3 orang (komander, penembak dan pemandu)
Meriam utama  - 2A46M 125 mm smoothbore dengan 43 pusingan-autoloader
Senjata kedua   - Mesingan sepaksi 7.62mm dan mesingan berat 12.7mm         
                           (pertahanan udara).
Jenis projektil   - SABOT, HEAT, HE-Frag  serta peluru berpandu Reflex AT.
Sistem Armor   - Armor generasi ketiga (ERA) perisai reaktif letupan  
                            dipanggil Kontakt-5, Steel-komposit-reaktif dan Shorta-1.
Suspensi          - Torsion bar

Variasi T90      - Terdapat 4 variasi iaitu T90A, T90S, T90K dan T90M yang telah
                           di pertingkatkan keupayaan dari segi armor, GPS, Thermal imaging 
                           dan sebagainya menjadikan ia lebih ampuh


Al-Khalid (MBT 2000 )


Spesifikasi
Rekaan asal       Type 90II China gabungan teknologi kereta kebal Russia dan Barat.
Berat                  46 tan dan tinggi 2.40 meter
Enjin                   KMDB 6TD-2, enjin diesel 6-silinder 1,200 hp (890 kW) dari Ukraine
Transmisi           Jenis SESM ESM500, 5-kelajuan automatik (transmisi kereta kebal
                           Leclerk- Perancis)
Speed                72km/jam dan jarak operasi 500km.
Kru                     3 orang (komander, penembak dan pemandu)
Meriam utama   125mm smoothbore, dipasang dengan penstabil dan autoloader.
Senjata kedua    7.62mm mesingan sepaksi dan 12.7mm mesingan pertahanan
                           udara dan pelancar bom asap
Jenis projektil     Peluru konvensional seperti APFSDS, HEAT-FS dan HE-FS dan
                           Naiza-DU (projektil buatan pakistan)
Sistem armor     Komposit armor  dilengkapi dengan blok perlindungan tambahan
                           ERA serta pelapik dari plat keluli keras berketahanan tinggi.

Variasi               Al-Khalid, Al-Khalid I dan Al-Khalid II (dalam pembangunan)


Type 99 (China)


Spesifikasi
Rekaan asal      China, dikenali dengan ZTZ-99
Berat                  54 tan dan tinggi 2.2 meter
Enjin                   Liquid cooled, turbocharged 1500 hp diesel yang diperolehi dari 
                           teknologi diesel Jerman
Transmisi          Tujuh gear hadapan dan satu gear pengunduran.
Speed                80km/jam (50batu/sejam). 
Jarak operasi     450km menggunakan tangki dalaman dan 600km dengan tangki
                           tambahan
Kru                     3 orang (komander, penembak dan pemandu)
Meriam utama   125 mm / 51 kaliber ZPT98 smoothbore dengan penstabil dwi-paksi.
                          di lengkapi dengan sistem autoloader, sarung haba dan fume 
                          extractor 
Senjata kedua    Mesingan sepaksi 7.62mm dan mesingan berat 12.7mm Type 85
                          (pertahanan udara)
Jenis projektil     HE-FRAG, HEAT, APFSDS dan AT-11 misil anti kereta kebal.
Sistem Armor    Unknown /mungkin ERA, komposit armor dan sistem pertahanan
                          soft kill dan hard kill

Variasi               Type-99G, Type-99A1 dan Type-99A2. Setiap model ini telah di
                          pertingkatkan lagi keupayaannya.


MBT Altay (Turki) 


Spesifikasi
Rekaan Asal       Turki (teknologi korea Selatan)
Berat                   65 tan dan 2.6 meter tinggi
Enjin                    MTU enjin diesel 1500 hp - 1800 hp (enjin buatan turki)
Speed                 70 km/jam (43 bsj)
Jarak operasi      500 kilometer
Kru                      4 orang (komander, penembak, loader dan pemandu)
Meriam Utama   120mm /55 kaliber Aselsan/STM volkan MKEK smoothbore.
Senjata kedua     Mesingan sepaksi 7.62mm dan mesingan berat 12.7mm
                           (pertahanan udara)
Jenis Projektil     Anggaran projektil yang digunakan oleh anggota NATO
Sistem Armor     Roketsan komposit armor


MBT K1A1  (Korea Selatan)


Spesifikasi
Rekaan asal          Korea Selatan  (upgrade dari Type 88 K1)
Berat                     53.2 tan dan 2.25 meter tinggi
Enjin                      Water-cooled diesel MTU 871, 8 selinder 1200hp (890KW)
Transmisi              ZF LSG 3000 (4 gear hadapan, 2 gear pengunduran)
Speed                    65km/jam (atas jalan raya), 40km/jam (tanah berbukit)
Jarak operasi        500 kilometer
Kru                        4 (komander, penembak, loader dan pemandu)
Meriam Utama      KM256 120mm / L32 smoothbore
Senjata kedua       Mesingan sepaksi 7.62mm M60E2-1dan mesingan berat 12.7mm 
                              K6 HMG (pertahanan udara)
Jenis Projektil       Standard projektil yang digunakan oleh NATO
Sistem Armor       SAP (special armour plate) dan KSAP (Korean special armour
                               plate).
Suspensi              Torsion bar dan hybrid hydropneumatic
Variasi                   K1/E1 dan K1/A2 (versi yang ditingkat upaya)



 

34 comments:

Unknown said...

Saya sokong sangat kalau Malaysia beli kereta kebal Altay sbab ia mempunyai teknologi moden dgn senjata moden

Unknown said...

Saya sokong sangat kalau Malaysia beli kereta kebal Altay sbab ia mempunyai teknologi moden dgn senjata moden

Unknown said...

Altay lah sokong produk turki Dan canggih

BELAJAR BAHASA said...

Lebih baik membeli produk Turki

Unknown said...

altay berat..hanya tank yang beratnya a
antara 48-50 tan je yg boleh beroperasi di mukabumi malaysia..itu sebab malaysia pilih Pt91m poland..ringan dan laju

Unknown said...

untuk makluman semua,pembelian senjata oleh atm bukan berdasarkan hubungan shj, ttp mngambil kira semua aspek yang tersurat dan trsirat..hanya perancang strategi atm shj yg maklum ttg hal ini sekaligus mnjadi rahsia kerajaan yg juga selalu mnjadi intaian kuasa2 asing

Unknown said...

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Type_10

Kereta kebal buatan jepun ni boleh juga dipertimbangkan..

Afif anuar said...

Apa pendapat korang tank pt16??

Unknown said...

Saya sokong klau malaysia bli rusia punya

Ary macho said...

Malaysia tak nak buat kereta kebal sendiri ke..belajar la buat..malas

Ary macho said...

Malaysia tak nak buat kereta kebal sendiri ke..belajar la buat..malas

Unknown said...

Asri hang sembang gempak ape kata hang yg pegi belajar engineering pastu tolong malaysia hasilkan kerete kebal....ke hanya boleh sembang kat sini je?

Unknown said...

Al-khalid dari negara mana ek?

Unknown said...

All Khalid Dari pakistan

Unknown said...

Type 10 pon OK

Unknown said...

Type 10 pon OK

Anonymous said...

bodohnya x habis2.......baik diam je..... memalukan mak bapak ko je la...

Unknown said...

Kata ada pemindahan teknologi dari Poland ... sebab itu beli mahal dulu. Saya rasa lebih baik terus ja beli dari Poland. Tapi beli yang terbaru. Boleh search di google. Memg canggih. Tapi terus belajar buat sendiri. Jangan bagi alasan beli mahal kerana ada pindahan teknologi tapi ujung2 takdapat buat sendiri. Merugikan duit rakyat ja.

Unknown said...

Kita masih kekurangan dalam bidang engineering ni. Tk mampu lagi menghasilkan kereta tempatan.. Malaysia cuma menghasilkan kereta perisai sahaja...

Unknown said...

ada satu lagi produk kereta kebal MBT dari Iran iaitu Karrar.. hrap pihak Kor Armor DiRaja dapat menilai MBT itu bersesuaian dengan bentuk muka bumi negara.. kalau MBT tu tak sesuai.. pilihan yang terbaik harap dapat dilakukan demi keselamatan negara..

Unknown said...

Jepun tak boleh niaga kan senjata ke luar negara

Unknown said...

Full modified pt91m

Unknown said...

Abih tu hang rajin sgt ke bodoh

Unknown said...

Hang lh buat bodoh

Unknown said...

Abih tu hang lh buat bodoh anjing

Unknown said...

Anti tank malaysia pun dah berpuluh ribu buat apa nk banyak tank

Putera kasih said...

Abraham m1A nak di lupuskan malaysia bolehla borong beli kat Amerika

Putera kasih said...

Malaysia boleh borong Abraham m1A. ..Amerina nak lupus kereta kebal M1a Abraham....memang terbaik la kalau Malaysia miliki nya. ..

Unknown said...

Klau tk pun beli tank leopard 2PL

Unknown said...

Tank leoapard yg telah di upgrade menjadi leopard 2PL buatan poland

unknown said...

Beli m1 abram.multifuel Engine turbine. Dari jauh senyap je bunyi nya. Material lebih bagus. Tembak bazooka tak tk de kesan.

Unknown said...

Menarik..

dd said...

beli 50 biji tank altay lepastu deftech ubah suai ikut iklim Malaysia.Next,beli 50 biji t90
versi paling latest and lastly beli 12 biji type99 and ubah suai utk kesesuaian iklim Malaysia.So total 112 biji tank.Pt pendekar tu jual kepada negara luar mcm Brunei atau negara2 Africa dengan harga yg masuk akal.Ini just pendapat,jgn marah ye.

Unknown said...

Beli t14 armata Russia..