Saturday, June 14, 2008

PELAN ISRAEL SERANG IRAN


Israel telah mengarahkan kapal selamnya beroperasi di perairan Iran selepas jangkaan perang akan berlaku antara kedua-dua negara itu.

Dunia sudah maklum bahawa negara itu memang risau akan keupayaan Iran untuk menghasilkan senjata nuklear dan sekaligus mengugat cita-cita Israel terhadap Asia Barat. 


Namun persoalannya bagaimana regim Zionis itu akan melakukanya, maka laluan terpantas adalah dengan menghantar kapal selamnya dari persisiran pantai laut Mediterranean melalui Terusan Suez.

Dalam erti kata lain, ia tidak mungkin berlaku kerana kapal selamnya terpaksa melalui Mesir. Bagi mengelak kapal selam diperiksa pihak berkuasa mesir, ia disembunyikan dibawah kapal kargo yang akan belayar hingga ke perairan Teluk. Senario ini dibentangkan secara terperinci dalam novel karangan Shlomo Erell, Undersea Diplomacy.

Friday, May 2, 2008

KERETA PERISAI "SIBMAS"



SIBMAS merupakan kenderaan berperisai 6X6 keluaran negara Belgium. Ianya mula dikeluarkan pada tahun 1970an oleh BN Constructions Ferroviaires et Metalliques. Prototaip yang pertama siap pada tahun 1976.


Cockerill Mechanical Industries (CMI) adalah merupakan merupakan kumpulan syarikat bertaraf antarabangsa yang terletak di sebuah bandar kecil di Belgium yang dikenali sebagai Liege. 

Kepakaran CMI ini adalah dalam bidang tenaga, besi, pengangkutan dan pertahanan. Tumpuan CMI dalam bidang pertahanan hanyalah sebahagian segmen kecil didalam pasaran pertahanan dunia.


Kenderaan berperisai SIBMAS ini menempatkan 3 orang krew serta mampu membawa 11 orang anggota. Ianya dilengkapi dengan meriam utama 90 mm Cockerill Mk III, mesingan coaxial 7.62 mm dan mesingan anti-udara 7.62 mm. Kelajuan maksima kenderaan ini mampu mencapai 100km per jam dan jarak 1000 km.


Kenderaan ini boleh diubahsuai kepada kenderaan pelbagai peranan. Tempat duduk pemandu terletak dibahagian hadapan, dengan stesen persenjataan terletak dibahagian belakang pemandu. Kompartmen untuk trup telah diperluaskan dari belakang stesen senjata sehingga kebahagian tepi kenderaan dengan enjin terletak disebelah tepi kiri kenderaan.


Turret yang lebar telah membolehkan pelbagai sistem persenjataan dipasang termasuklah mesingan, meriam utama berkaliber 90 mm. Variasi SIBMAS AFSV-90 masih mempunyai keupayaan untuk membawa trup kombat. SIBMAS masih mampu memenuhi peranan sebagai IFV tetapi jumlah trup yang boleh dibawa berkurangan di sebabkan stor peluru 90mm. Ruangan trup mempunyai 3 pintu iaitu dua ditepi kiri dan kanan dan satu dibelakang.

SIBMAS 6X6 ATM


Pada tahun 1983 Angkatan Tentera Malaysia telah memesan sejumlah 150 buah Sibmas 6x6 AIFVs dari belgium, 450 buah Condor 4X4 APC dari Jerman, 25 buah kereta kebal ringan scorpion dan 25 buah stormer MICVs dari United Kingdom. 

Sibmas untuk ATM telah dilengkapi dengan meriam cockrill 90mm untuk tembakan bantuan bersama dengan kereta kebal ringan scorpion yang juga dilengkapi dengan meriam cockrill 90mm.


Kesemua kenderaan ini telah berkhidmat selama lebih 25 tahun dalam ATM dan masih lagi relevan untuk meneruskan khidmat dalam angkatan tentera Malaysia. 

TDM telah melakukan permodenan didalam organisasinya dengan membeli beberapa peralatan ketenteran yang baru dan moden seperti MLRS Astross, Kereta kebal utama PT-91M, Adnan ACV300 dan KIFV, oleh itu Sibmas dan Kereta kebal ringan Scorpion mungkin akan diberi peranan sebagai kederaan sokongan untuk kereta kebal utama PT-91 ( Pendekar).




Thursday, April 24, 2008

SEKITAR PAMERAN PERTAHANAN ASIA (DSA) 2008

Pameran Pertahanan Perkhidmatan Asia atau DSA (Defence Services Asia Exhibition And Conference ) 2008, kini telah kembali diadakan di PWTC Kuala Lumpur. 
Pameran bertaraf antarabangsa ini merupakan pameran edisi yang ke-sebelas. Ianya menempatkan lebih 712 buah syarikat pertahanan dan pembekal perkakasan persenjataan antarabangsa yang mewakili 48 buah negara. 
Merupakan pameran pertahanan yang terbesar dan berprestij di rantau Asia Pasifik yang diadakan 2 tahun sekali.

Mula dianjur buat pertama kali pada tahun 1988, DSA telah berjaya memperlihatkan kelainan dalam setiap penganjuran yang dilakukanya. 
Berbeza dengan LIMA yang hanya penganjuran untuk pertahanan dan teknologi bagi euroangkasa dan maritim, DSA merangkumi pameran sistem pertahanan sepenuhnya bagi tiga cabang ketenteraan iaitu Darat, Laut dan Udara..

Pameran ini telah berjaya menarik ramai penyertaan dari syarikat gergasi pertahanan dunia seperti Firma Roosboronexport dari Rusia, BAE System (Britian), EADS (Perancis), FN Herstal (Belgium), Daewoo (Korea Selatan) dan Agusta Westland (Itali). 
Selain itu penyertaan dari Firma pertahanan bersaiz sederhana seperti Bumar Labedy (Poland), Denel (Afrika Selatan), Iran Aviation Industries (Iran) dan sebagainya..

Di anggarkan lebih 25000 orang pelawat termasuk pegawai-pegawai, ketua-ketua angkatan tentera dan Menteri-menteri pertahanan dari 50 negara seluruh Asia mengunjungi pameran ini.





Tuesday, April 22, 2008

RADAR PERTAHANAN UDARA "GIRAFFE"



Radar GIRAFFE dari Ericsson merupakan salah satu dari keluarga radar, berdasarkan sistem pertahanan udara dan pemantauan yang menggunakan teknologi sistem radar 3D.

Ianya diguna pakai bagi sistem misil pertahanan udara jarak sederhana dan dekat (SHORAD) - Short Range Air Defence.

Monday, April 14, 2008

DDG ARA HERCULES -TYPE 42

DDG ARA Hercules
DDG Hercules (Type 42) adalah merupakan kapal perang kelas Pemusnah (Destroyer) bagi Tentera Laut Argentina. Mula dipesan pada tahun 1970, sebanyak 2 buah iaitu dikenali sebagai ARA Hercules dan ARA Santisima Trinidad. 
.
ARA Hercules dibina di limbungan kapal Vickers Barrow-Furness United Kingdom, manakala ARA Santisima Trinidad di pasang di Argentina.
Mula memasuki servis bersama Tentera laut ialah pada tahun 1977, Pernah terlibat dalam perang Falkland 1982.  

Tuesday, April 8, 2008

ATGM RUSIA "AT-13 METIS-M"


ATGM Metis M dan Misilnya

ATGM (Anti Tank Guided Missile) atau pelancar misil anti kereta kebal adalah merupakan senjata penting dalam peperangan darat masa kini.

Oleh itu sistem ATGM METIS-M ini di reka khusus untuk menembusi dan memusnahkan kenderaan berperisai moden yang mempunyai bahan pelindung tambahan seperti ERA (explosive reative armour), kubu pertahanan dan juga tempat letak senjata, serta sasaran-sasaran yang terpilih.

Dihasilkan oleh KBP Instrument Design Bureau dari Rusia. Mula digunakan oleh tentera Rusia dalam tahun 1992. Sistem peralatan Metis-M terdiri dari 9M131 (9M131F) ATGM; Pelancar 9P151 ; 1PBN86-VI thermal sight.

Sistem yang digunakan oleh Metis-M ATGM ialah "semiautomatic guidance system transmitted over wire link" iaitu sistem yang tidak memerlukan peralatan yang terlalu canggih dan mahal seperti gyroscopic coordinator, elektronik unit dan bateri pakai buang.

Sistem Metis-M ini hanya dikendalikan oleh seorang anggota, manakala anggota yang lain boleh membawa peluru dan lain-lain peralatan tambahan. 

Jenis-jenis peluru berpandu anti kereta kebal yang digunakan oleh ATGM ini ialah HEAT 9M131 yang berupaya merobek perisai yang dilindungi Oleh ERA (Explosive Reactive Armour) setebal 850mm, Kenderaan berperisai ringan, kubu-kubu pertahanan (bunker) dan pos-pos kawalan senjata.

Peluru anti-tank thermobaric (HE) yang mampu memusnahkan sasaran seperti bangunan, struktur bangunan dan sebagainya. Jarak tembakan maksimum Metis (M) mampu menjangkau 1.5 km dan minima ialah 0.8km

Penembakan Metis-M hanya dilakukan oleh seorang anggota tentera
Sistem ini terbukti berkesan apabila ianya digunakan dalam perang Palestin antara pejuang Hizbullah dan Regim Israel pada 2006. Menurut sumber dari Israel, sistem ini digunakan untuk memusnahkan kereta kebal Merkava Israel.

Pada Julai 2001 Malaysia telah menandatangani kontrak pembelian ATGM AT-13 Metis(M) dengan KBP Instrument Design Bureau,dari Rusia. Nilai kontrak yang ditandatangani ialah USD 30juta. 

Dengan pembelian Metis(M) ini, inventori ATGM dalam ATM telah bertambah dan dapat mempertingkatkan lagi kuasa pemusnah kereta kebal pada masa akan datang.



Monday, April 7, 2008

TYPE 74 - MBT DARI JEPUN



Type 74 adalah merupakan salah sebuah MBT (kereta Kebal Utama)yang dimiliki oleh Tentera Darat Jepun (JGSDF) bagi menggantikan MBT model lama iaitu Type 61. Type 74 ini dibina oleh Mitsubishi Heavy Industries dalam tahun 1975 dan mula memasuki JGSDF dalam awal tahun 1980.

Reka bentuknya yang kontemporari telah meletakkan ia dalam satu kelas yang sama dengan MBT USA M60 Patton ataupun sama dengan Leopard 1 buatan Jerman. 

Turret Type 74 mempunyai persamaan dengan turret AMX-30, dilengkapi dengan meriam L7 105 mm Royal Ordnance. Berkemampuan menembak peluru meriam jenis APFSDS dan HEATMP

Sejumlah 893 buah jenis ini telah dihasilkan dan masih berkhidmat dalam Angkatan tentera Jepun.

Turret ini diperbuat daripada besi tuang dimana tempat duduk komander dan jurutembak disebelah kanan manakala tempat duduk loader disebelah kiri. 

Enjinnya adalah dari jenis Mitsubishi 10ZF Type 22 WT 10-cylinder diesel (750hp) dipasangkan kepada transmisi manual Mitsubishi MT75. Sistem suspensi ialah dari jenis hydropneumatic dan boleh dilaras mengikut kesesuaian bentuk muka bumi yang dilalui.

Mesingan coaxial 7.62mm Type 74 dipasang bersama dengan meriam utama dan mesingan 12.7mm(0.5) Browning M2 HB dipasang diatas turet berhadapan dengan posisi komander dan loader.

MBT Type 74 ini mempunyai berat keseluruhan iaitu 38 tan (38,000kg), ketinggian kereta kebal ialah 2.48 meter dan mampu bergerak dengan kelajuan maksima 53 km/jam.

Monday, March 24, 2008

KAPAL PENGANGKUT "HTMS Chakri Naruebet"


Merupakan jenis Kapal Pengangkut Helikopter peronda Pesisir pantai (Offshore Patrol Helicopter Carrier). Satu-satunya kapal pengangkut yang dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Thailand (RTN).
.
Dibina dalam tahun 1994 hingga 1996 oleh Spanish shipbuilders Izar (EN Bazan)di Ferrol Sepanyol dengan harga USD 175,000,000. Rekabentuk kapal ini adalah berdasarkan rekabentuk kapal pengangkut Sepanyol iaitu Prince de Asturias dan diterima oleh RTN pada tahun 1997.

Diberi nama Chakri Naruebet oleh Raja Thailand iaitu Raja Bhumibol Adulyadej yang bermaksud "Dinasti Chakri". Tugas utama kapal pengangkut ini adalah menjaga dan memantau kepentingan Thailand di ZEE (Zon Ekonomi Ekslusif) serta tugasan mencari dan menyelamat.
.
Pernah terlibat dalam bantuan kemanusiaan di Acheh semasa Tsunami 2004. Selain itu kapal ini diguna sebagai kapal pemerintah (flag ship command and control) dan sebagai sokongan udara kepada armada kapal tentera laut Thailand.
.
Negara gajah putih ini adalah merupakan satu-satunya negara di Asia Tenggara yang mempunyai Kapal Pengangkut.

Kapal pengangkut ini boleh dilengkapi dengan 6 buah halikopter Sikorsky S-70B Seahawk pelbagai misi. Direka khas untuk berperanan sebagai kapal anti kapal selam.
.
Selain itu ia juga membawa 6 buah harrier bekas Sepanyol Matador AV-8S. mempunyai kelajuan maksima 26 knot dan kelajuan biasa ialah 16 knot. Jarak rondaan boleh menjangkau sehingga 10,000 batu nautika dalam kelajuan 12 knot.

Data teknikal HTMS Chakri Naruebet

Berat : 11,486 tan (muatan penuh)
panjang keseluruhan : 182.6 meter
Pengapungan kapal : 6.2 meter
Lebar (flight deck) : 174.5 meter x 27.5 meter
Anggota (kru) : 455 (termasuk 62 pegawai) and 145 krew udara

Enjin : CODOG
....... 2 x GE LM 2500 gas turbines, 33MW
....... 2 x MTU 16V 1163 TB83 diesels, 8.67MW

Radar : Raytheon AN/SPS-52C (udara), Kelvin Hughes I-band (navigasi)
..........   Kelvin Hughes E/F band (kawalan helikopter)

Wednesday, March 19, 2008

KAPAL SELAM SWEDEN "SS Sjoormen"


Kapal selam moden yang pertama dimiliki oleh tentera laut sweden ialah dari kelas Sjoormen yang dibina pada awal tahun 1960an oleh Kockums, malmo. 3 unit telah dibina oleh kockums-malmo manakala baki 2 unit lagi telah dibina oleh syarikat Karlskronavarvet. 

Lima buah kapal selam kelas sjoormen dikenali sebagai Sjoormen, Sjolejonet, Sjohunden, Sjobjornen dan Sjohasten. Dengan mempunyai hull jenis albacore untuk kelajuan dan gubahan menggunakan dek-berkembar (twin deck). 


Monday, February 25, 2008

PELANCAR ANTI-KERETA KEBAL CARL GUSTAV

Carl Gustav merupakan nama yang sinonim bagi Senjata Anti Kereta kebal 84mm dari Bofors Anti Armour AB di Sweden. Mula diperkenalkan pada tahun 1946, dan sementara senjata yang hampir sama jenis dan sezaman dengannya sudah hampir luput tetapi Carl Gustav masih lagi digunakan sehingga sekarang dikebanyakan negara.

Carl Gustav telah dihasilkan oleh Hugo Abramson and Harald Jentzen dari Royal Swedish Arms Administration (KAFT). Diguna pakai oleh tentera Sweden pada tahun 1948 dan dikenali sebagai 8.4 cm Granatgevär m/48 (Grg m/48), mempunyai peranan yang serupa dengan US Army Bazooka, British PIAT and German Panzerschreck.

Carl Gustav kemudiannya di ekspot ke seluruh dunia dan menjadi salah satu senjata anti kereta kebal utama untuk kebanyakan tentera Eropah Barat. Dalam tahun 1964 versi yang telah ditingkat upaya diperkenalkan, dikenali sebagai M2 untuk menggantikan versi asal. Manakala versi terbaru dikenali sebagai M3 diperkenalkan pada tahun 1991.

Posisi penembakan Carl Gustav boleh dilakukan secara berdiri, melutut, keadaan duduk dan juga posisi meniarap. Apabila penembakan dilakukan diatas permukaan rata kebiasaanya ia disokong dengan bipod yang dilekapkan dibahagian hadapan tempat letak bahu. Ianya boleh dikendalikan oleh dua orang anggota, anggota pertama membawa dan melakukan penembakan manakala anggota kedua membawa dan mengisi peluru. Peluru yang digunakan ialah dari jenis HEAT, HEDP untuk memusnahkan kubu (Bunker), HE dan Peluru Asap (flare atau starshell).


Antara negara-negara asia yang masih menggunakan Carl Gustav ialah India, Thailand, Indonesia, Kemboja, Myanmar, Singapura, Jepun dan Malaysia.







             




Spesifikasi Pelancar Carl Gustav

Kaliber: Pelancar 84mm rifled (24 lands/progressive twist).
Anggota: 1 minima, 2 optima
Berat : 14.2 kg (M2); 8.5 kg (M3); 0.8 kg (mount)
Panjang: 1,065 mm.
Sistem suapan :Hinged Breech
Kadar tembakan : 6 butir peluru per minit.
Alatan pandang: Optical Teleskop 3x; Sistem LSF & II (laser range finder & image intensification)








Sunday, February 24, 2008

MESINGAN M-60 7.62 mm

Mesingan M60 mula diperkenalkan pada tahun 1957 oleh tentera Amerika. Menggunakan peluru standard NATO iaitu 7.62 x 51 mm dan digunakan sebagai senjata sokongan kepada pasukan.

Mempunyai barel yang mudah dibuka pasang untuk mengelakkannya daripada mengalami keadaan panas lampau semasa penggunaanya. Boleh dipasang pada tripod dan juga Bipod. Mesingan M60 ini menggunakan sistem penyejukan udara dan gas.

Ianya masih digunakan di setiap unit tentera Amerika dan juga pasukan tentera yang lain. Senjata ini masih lagi dikeluarkan dan ditingkat upaya untuk kegunaan tentera dan juga secara komersial. Terdapat beberapa variasi M60 yang telah ditingkat upaya dari masa ke semasa iaitu:-

M60E1 (Versi yang telah ditingkat upaya tetapi tidak pernah di keluarkan)

M60E2 (Versi ini direka untuk kereta perisai dan senjata pertahanan helikopter dikenali mesingan co-axial),

M60E3 (Versi senjata ringan)
M60E4 (Versi tingkat upaya yang mengambil kira rekaan Mk 43 Mod 0 oleh Tentera Laut Amerika).

M60D ( Versi mesingan fleksibel digunapakai dalam Helikopter penyerang UH-1, H-2, UH-60 Black Hawk dan CH-47 Chinook)

Jarak tembakan yang efektif bagi Mesingan M6O ini ialah 1100 meter dengan menggunakan Tripod. Senjata ini diopersikan oleh 2 atau 3 orang anggota (Penembak, Pembantu dan Pembawa peluru), kerana ianya sukar untuk dikendalikan oleh seorang anggota.

Jumlah peluru yang mampu dibawa oleh anggota (penembak) untuk sesuatu operasi iaitu 200 ke 1000 butir, manakala pembantu membawa barel spare, peluru tambahan, mengisi peluru dan pencari sasaran bagi penembak dan pembawa peluru pula membawa peluru tambahan dan tripod.

Mesingan M60 kemudiannya digantikan sepenuhnya dengan versi M240 (Medium machine gun) dalam inventori tentera Amerika dan dalam tahun 1980 peranan M60 sebagai Skuad senjata automatik ( Squad Automatic Weapon) telah digantikan dengan versi M249.

Data Spesifikasi M60

Panjang: 42.4 inci (107.70 sentimeter)

Berat: 18.75 pound (8.51 kilogram)

Diameter dalam: 7.62mm (.308 inci)

Jarak mak tembakan efektif : 3609.1 kaki (1100 meters)

Jarak Maksimum : 2.3 batu (3725 meter)

Muzzle velocity: 2800 kaki (853 meter)

Kadar tembakan per saat :Insani: 550 butir per minit, Auto: 100 butir per minit.

Jenis peluru diguna : M61 Armour percing, M62 Tracer, M80 Ball dan M63 Dummy.




................................





Wednesday, January 2, 2008

F5E FREEDOM FIGHTER


F-5A/B Freedom Fighter dan F-5E/F Tiger II digunakan secara meluas sebagai "light supersonic fighter aircraft", direkacipta dan dibina oleh Northrop di Amerika Syarikat (United States), bermula dalam tahun 1960an. 

Terdapat beratus buah yang masih berkhidmat dalam tentera udara di seluruh dunia pada awal abad ke 21. 

Pengeluarannya dihentikan pada tahun 1972 untuk jenis F-5A dan 1987 bagi F-5E yang telah ditingkat upaya.
Generasi pertama F-5 Freedom Fighter ini memasuki pertauliahan khidmat pada tahun 1960an. Terdapat lebih 800 buah dihasilkan sepanjang tahun 1972 untuk sekutu A.S semasa era perang Dingin.