Thursday, May 24, 2007

Boeing F/A-18 Hornet


USAF F18 Hornet
F/A-18 Hornet, pesawat dua enjin merupakan pesawat pelbagai misi tempur/serang ataupun Fighter/Attack yang boleh dioperasikan dari dataran mahupun dari kapal pengangkut pesawat.

Bermula dari pesawat prototaip YF-17, pihak Northrop telah meminta Firma McDonnell Douglas (kini Boeing) untuk mengubahsuai prototaip YF-17 ini untuk menjadi sebuah pesawat pejuang pengebom yang baru yang diklasifikasikan sebagai F/A-18 Hornet.

Pada tahun 1978 penerbangan prototaip Hornet yang pertama dilakukan dan mula ditauliahkan dalam perkhidmatan Tentera Laut Amerika (USN) pada tahun 1983, bagi mengantikan pesawat-pesawat pejuang dalam inventori USN seperti F4-Phantom II, A7-Corsair II dan A-6 Intruder.

Monday, May 21, 2007

Meriam Artileri G5













                    


Meriam Bertunda G5 155 mm 42 kaliber dari Afrika Selatan merupakan meriam yang dihasilkan oleh Firma Denel. Versi ini direka berdasarkan versi 45-kaliber GC-45 howitzer yang direka cipta oleh Gerald Bull, Sepanjang ia dihasilkan meriam ini telah menjalani beberapa modifikasi dan variasi sehingga kepada model yang terbaru G5-2000 52-kaliber.


Pasukan Artileri Afrika Selatan kebiasaannya mengoperasikan meriam ini dengan 5 orang. Ia juga boleh dioperasikan dengan 2 orang jika semua sistem dapat dioperasi dengan sepenuhnya.
Meriam Artileri Bertunda G5 ini telah dioperasi di beberapa negara seperti Iraq, Israel, Oman dan juga Malaysia.


G5 Malaysia
Pada tahun 2000 malaysia telah menempah sebanyak 28 buah sistem meriam bertunda 155mm 45-kaliber G5 Mark 3 dan dijangka akan diterima pada bulan Disember.

Pada Oktober 2000, Kumpulan Denel dari Afrika Selatan telah menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Malaysia untuk membekalkan Sistem Artileri G5, eksesori, sistem kawalan tembakan, sistem peluru, begitu juga dengan sistem sokongan logistik dan pekej latihan. Perjanjian yang ditandatangani ini bernilai USD 50 juta (RM 200 juta), Ini bermakna 1 unit sistem artileri ini berjumlah USD 2 juta .

Versi Mk 3 ini merupakan versi G5 yang terkini yang dihasilkan sejak 1980'an dengan memasukkan sistem kawalan tembakan digital, sistem komunikasi yang terkini dan beberapa penambahan ciri-ciri keselamatan. 

TDM akan menerima unit G5 ini secara berperingkat, dengan batch pertama dijangka akan diterima dalam masa 12 bulan selepas perjanjian ditandatangani. Sistem ini mempunyai kemampuan memusnahkan sasaran sejauh 39 km dan berkemampuan untuk digunakan sebagai pertahanan pinggir pantai. 

Beratnya yang hanya 13.75 tan, membolehkan ia diaturgerak dengan menggunakan pengangkutan udara iaitu C-130H, mudah ditunda atau diangkut dengan menggunakan kapal pengangkut TLDM seperti "KD RAJA JAROM" kelas Landing Ship Tank (LST).



Meriam Artileri G5 ini dioperasikan oleh 22 Rejimen Artileri Diraja (RAD)


Data Teknikal G5
Jenis: 155-mm
Panjang: (cal) 45-kaliber
Kadar Tembakan: 3 rds/min utk 15 min, 2 rds/min utk 60 min
Jenis Loader : Semi-automatik
Elevation: -3°/+75°
Peluru Utama: 155-mm Frag-HE, M1 HE
Indirect Fire Range (m) Jarak Minima : 3000
Jarak Maksima : 39,000
Berat Projektil (kg): 8.7
Muzzle Velocity: 897 m/s


Thursday, May 17, 2007

Scorpion CVRT (Kereta Kebal Ringan)

Alvis Scorpion 90 CVRT
Kereta Kebal ringan Scorpion sebenarnya di reka untuk memenuhi kehendak Tentera British sebagai kenderaan tempur peninjauan (track). Unit pertama kenderaan ini dikeluarkan pada tahun 1972 dilengkapi dengan meriam berkaliber 76mm L23A1 dan enjin Jaguar 4.2 liter (petrol). 

Semenjak itu syarikat Alvis telah membina lebih kurang 3000 buah Kereta Kebal Scorpion ini untuk kegunaan tentera British dan juga untuk di ekspot ke negara lain. 

Model yang seterusnya dikeluarkan oleh Alvis dilengkapi dengan enjin diesel yang lebih berkuasa (Cummins atau Perkins) dan juga dipasang dengan meriam Cockerill 90mm. Berkhidmat di dalam Angkatan tentera British dari 1973 hingga 1994.

Peralatan-peralatan lain yang di sertakan termasuklah sistem perlindungan NBC (nuclear, biological, chemical) , peningkatan dari segi imej atau peralatan thermal night vision, turet yang di upgred, sistem navigasi, sistem pendingin dalaman dan sistem paparan (screen).

Kereta Kebal Ringan Scorpion ini masih lagi berkhidmat di Belgium, Botswana, Brunei, Chile, Honduras, Iran, Indonesia, Ireland, Jordan, Malaysia, Nigeria, Oman, Philippines, Sepanyol, Tanzania, Thailand, Togo, United Arab Emirates dan juga UK. Ini termasuklah kedua-dua versi meriam 76mm and 90mm.

Malaysia telah memiliki 26 buah Kereta kebal Scorpion yang dilengkapi dengan meriam Cockerill 90mm dan di operasi oleh Kor Armor Diraja.


Data Teknikal Scorpion
Krew: 3
Persenjataan: 1x 90mm meriam Cockerill (main) ; 1x 7.62mm mesingan (co-axial); 1x 7.62mm mesingan (pertahanan udara). Berat: 8,723kg
Power-to-weight ratio: 22.92hp/t
Enjin: Perkins diesel menjanakan 200bhp coupled to TN15 semi-automatik transmisi
Panjang: 5.288m
Lebar: 2.134m
Tinggi: 2.102m
Kelajuan Maks: 72.5km/h
Jarak: 756km
Pengangkutan Udara : C-130 Hercules


.........................
                  


Tuesday, May 15, 2007

KORVET KELAS NAKHODA RAGAM KE KELAS BUNG TOMO

KRI Bung Tomo (Ex KDB Jerambak)
Kapal Korvet yang mempunyai berat 1940 tan dan panjang 95 meter ini adalah merupakan kapal Kelas Nakhoda Ragam yang dibina oleh BAE System untuk Tentera Laut Diraja Brunei (RBN). 

Dua buah kapal dari kelas ini iaitu, Nakhoda Ragam and Bendahara Sakam, telah dilancarkan pada Januari and Jun 2001 oleh BAE Systems Marine Shipyard di Scotstoun. Pelancaran kapal peronda yang ketiga, Jerambak, ialah pada Jun 2002. 

Semua ketiga-tiga kapal ini telah siap dibina dan menunggu untuk diterima oleh Tentera Laut Diraja Brunei (RBN).

Friday, May 11, 2007

Skyhawk A-4PTM (Peculiar to Malaysia)

A-4 Skyhawk adalah sejenis pesawat penyerang yang direka khusus oleh Firma McDonnell-Douglas (kini Boeing) untuk di operasikan pada kapal induk Tentera Laut Amerika Syarikat

Kapal terbang ini masih dalam perkhidmatan dengan angkatan tentera beberapa buah negara seperti Argentina

Malaysia adalah salah satu negara yang pernah menggunakan khidmat pesawat ini yang diberi nama A-4PTM (Perculiar to Malaysia) sekitar pertengahan 1980an.

Pesawat A-4 Skyhawk dicipta oleh Ed Heinemann untuk memenuhi keperluan Tentera Laut yang mencari kapal terbang bagi menggantikan pesawat A-1 Skyraider. Beliau memilih untuk mencipta pesawat yang paling ringan dan paling kecil dan paling mudah dikendalikan.

Dalam tahun 1952, Tentera Laut memberikan kontrak kepada McDonnell-Douglas untuk pembekalan kapal terbang A-4 Skyhawk. Penerbangan sulung dilakukan pada 22 Jun 1954 dan penghantaran kepada skuadron Tentera Laut dan Kor Marin bermula pada akhir tahun 1956. Skyhawk berterusan dibuat sehingga tahun 1975 dengan 2960 unit dibina, termasuk 555 pesawat dua tempat duduk.

Tentera Laut mula menarik baik pesawat A-4 Skyhawk daripada perkhidmatan skuadron dalam tahun 1967 untuk penggantian dengan pesawat A-7 Corsair II. Kor Marin terus menggunakan pesawat A-4 Skyhawk sehingga pertengahan tahun 1990-an apabila ianya digantikan oleh pesawat AV-8 Harrier.


A4 Skyhawk TUDM

Melalui program pemodenan Angkatan Tentera Malaysia yang dikenali sebagai program "PERISTA", dalam tahun 1982, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan pembelian 88 buah skyhawk terpakai (25 model A-4C dan 63 model A-4L) yang sebelumnya digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat yang berharga RM 8 juta sebuah. 


Bagaimanapun hanya 40 buah sahaja yang dapat di operasikan oleh TUDM manakala 48 buah lagi di simpan untuk kegunaan alat ganti.

Firma Grumman Aerospace di St. Augustine, Florida di beri tanggungjawab untuk membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. Antara penambahbaikan yang dibuat adalah pendawaian semula, pemasangan komputer pengeboman Hughes ARBS, kelengkapan radio baru model AN/ARC-164 UHF , mesingan pesawat berkaliber 20mm dan keupayaan membawa lebih banyak ordnans.
.
A-4PTM dilengkapi dengan enjin Wright J65-W-20 yang telah diubahsuai dengan tujahan 3,465 kg dan mampu terbang pada kelajuan 1,083 kmj. Pengubahsuaian juga membolehkan pesawat ini membawa misil udara ke udara AIM-9 Sidewinder dan misil udara ke darat AGM-65 Maverick.

6 buah pesawat (A-4C/A-4L) telah diubah suai menjadi versi pesawat latihan TA-4PTM (M32-01 hingga M32-06) dan 34 buah dibaik pulih untuk versi penyerang A-4PTM dengan no pendaftaran baru (M32-07 hingga M32-40). 

Kesemua 40 buah A-4PTM/TA-4PTM Skyhawk diterbangkan secara berperingkat-peringkat dari AS ke Malaysia bermula dari tahun 1985 dan yang terakhir tiba pada tahun 1986. Kesemuanya pesawat ini dikendalikan oleh Skuadron ke 6 dan Skuadron ke 9 yang berpengkalan di Kuantan.
.
Malangnya tidak berapa selepas digunakan, pesawat A-4 Skyhawk mengalami pelbagai masalah senggaraan dan mengalami kadar kemalangan yang agak tinggi yang berakhir dengan kematian juru terbang. 

Berikutan itu, pada tahun 1989 kerajaan mengumumkan untuk menamatkan perkihdmatan Skyhawk dan digantikan dengan pesawat Bae Hawk 108/208 menjelang 1994. 
.
Spesifikasi A-4 Skyhawk PTM
Juruterbang : ...........Seorang dan 2 orang (versi TA-4PTM)
Enjin : .......................Wright J65-W-20
Panjang Sayap : .....8.38m
Panjang : ................12.6m
Tinggi: .....................4.57m
Kelajuan maksima:  1083 km/j
Had penerbangan:  12,192m
Persenjataan: .........Meriam ringan kaliber 20mm, boleh membawa pelbagai jenis bom,
................................misil AIM-9 sidewinder udara ke udara dan AGM-65 Maverick udara ke 
                                darat