BETTA FISH SITE

KENALI IKAN LAGA (BETTA) ANDA

BETTA PLAKAT 
Plakat traditional (fighting betta)
Penerangan
Di kenali sebagai Ikan laga Plakat, mempunyai sirip pendek
Nama saintifik: Betta Splendens. Bentuk tradisional
asal adalah bentuk liar . Mempunyai bentuk ekor separa bulat atau bentuk spade. Warna asal merah dan biru. Betta Plakat yang terdapat pada hari ini adalah kacukan daripada betta liar ini. Ia dikenali sebagai Plakat Thai di Thailand.

Habitat semula jadi:  
Seperti semua Betta domestik (Kacukan) dibiak didalam kurungan atau tangki dan tidak mempunyai habitat "semula jadi". 
Nenek moyang ikan ini yang liar banyak didapati di kawasan berpaya atau sawah padi di Asia.  
Betta plakat yang ada pada masa ini banyak yang sudah dikacuk secara silang dengan betta jenis lain yang terdapat di Kemboja, Vietnam, Thailand dan Malaysia. Ia adalah sukar untuk membezakan betta yang ada sekarang ini berasal dari negara mana.

Betta Plakat ini mempunyai sifat yang agresif. Sesuai dengan namanya Fighting Betta. Diguna untuk pertandingan laga ikan.

Plakat Hybrid (hasil kacukan silang)- Jenis Salamender.

Plakat Hybrid atau Domestik mempunyai warna yang terang dan cantik, bentuk badan yang menarik dan pelbagai. Ianya digunakan untuk pertandingan Betta tercantik dan bukannya untuk pertandingan laga ikan.

Walaupun begitu sifat agresifnya tetap sama seperti plakat untuk pertandingan laga.


BETTA VEIL TAIL (EKOR PANJANG)
 
Veiltail betta
Penerangan :


Jenis betta yang paling biasa  dan banyak terdapat dikedai ikan. Betta bersirip ekor panjang ini dikatakan berasal dari Amerika Syarikat.  

Nama saintifik : Betta splendens. Betta ini mudah dibiakkan dan seperti betta domestik, ianya tidak mempunyai habitat asal. Ia mendapat namanya dari ekornya yang panjang.

Genetik betta Veil tail dikatakan sangat dominan. Walaupun ia dikacukkan dengan betta domestik yang lain seperti Plakat, Halfmoon atau tradisional plakat ia tetap akan menghasilkan peratusan anak Veil tail yang tinggi.

Jenis ini tidak lagi dipertandingkan dalam kategori pertandingan betta tercantik.


BETTA HALFMOON (EKOR KEMBANG DAN BESAR)
Halfmoon betta -jenis Steel blue black head
Betta bersirip panjang atau lebih dikenali dengan nama Halfmoon betta. 

Nama saintifiknya ialah Betta splendid

Ikan ini memerlukan penjagaan yang teliti dan penjagaan air adalah amat penting, kerana ia akan mempengaruhi keadaan ikan tersebut dan akan merosakkan ekornya.

Ia mendapat nama dari ekornya yang besar dan seakan-akan separuh bulan apabila ianya mengembang (flare). Antara ikan betta yang popular untuk dibiakkan oleh breeder dan juga untuk pertandingan.

Keunikan betta Halfmoon ini adalah terletak pada caudal fin yang besar, analfin yang labuh serta dorsal yang tinggi dan ditambah dengan warna yang menarik menjadikan ianya begitu unik.

Sifatnya tidaklah seagresif  betta plakat dan pandai memujuk si betina untuk mengawan.


BETTA CROWN TAIL - CT
Steel blue Crown tail betta (crossed tail)
Penerangan :

Namanya terlahir dari ekornya yang solah-olah seperti mahkota, inilah yang menjadikan Betta jenis ini sangat istimewa.

Ini adalah jenis Betta yang semakin popular dan hebat kerana ekornya yang panjang dan runcing. Ia dicipta oleh seorang breeder betta dari Indonesia , Achmad Yusuf pada tahun 1997

Betta Crowntail biasanya tumbuh dengan panjang kurang dari 2 1/2 inci.

Terdapat tiga jenis Crowntails: Single rays, Double Rays, dan Crossed Rays.

Crossed Rays adalah jenis yang paling cantik, tetapi juga yang paling sukar dicari dan dijaga.

Setiap Crowntail Betta yang dewasa perlu diasingkan dari tangki yang sama ia dibiakkan, kerana sifatnya yang agresif ia akan sering berlawan dan akan merosakkan ekornya.

Ikan ini juga mempunyai syarat yang ketat dan agar ekornya tetap bentuknya, air harus selalu bersih  dan di tukar sepanjang masa.

Crown tail mudah terdedah kepada penyakit dan bersifat agresif, sebab itulah ia berkembang dengan lebih baik dalam tangki yang lebih kecil sahaja.



BETTA SPADE TAIL

Dragon spade tail betta 

Nama saintifik ialah Betta splendens. Boleh membesar sehingga 7 sentimeter.

Ikan betta ekor spade sebenarnya mudah dikenali. Pertama sekali, ekor mereka selalu berbentuk spade, yang tidak boleh dikelirukan dengan ikan betta viel tail.

Betta ekor spade akan mempunyai sirip ekor panjang yang bertemu pada satu titik dan sirip bawahnya juga lebih lurus dan sedikit lebih runcing daripada betta lain.

Dikatakan bahawa Spade tail betta adalah variasi dari betta Viel tail. Jenis ini sekarang amat jarang dijumpai ( rare species)

Betta Spade tail hanya dijadikan sebagai ikan hiasan semata dan tidak dipertandingkan dimana-mana pertandingan ikan betta.











1 comment:

Unknown said...

I will get one of these and make a MUHAMMAD ALIS FIGHTER PLAKAT BETTAFISH)