Sunday, February 14, 2016

MALAYSIA BELI HELIKOPTER PENYERANG RINGAN MD530G

MD 530G dengan sistem persenjataan
 MD Helicopters, Inc. (MDHI) telah mengumumkan bahawa ia berjaya dalam usahanya untuk membekalkan enam MD 530G helikopter penyerang ringan dan peninjau kepada Kementerian Pertahanan Malaysia.  

MDHI akan menyampaikan 2 buah helikopter tersebut kepada Malaysian Army Aviation, Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD), bermula pada suku keempat tahun 2016, dan melengkapkan sepenuhnya penghantaran tersebut pada penghujung suku pertama 2017

Helikopter ini akan dikendalikan bersama oleh TUDM dan Tentera darat, dijangka akan ditempatkan di ESSCOM selepas di terima.

Ianya bertujuan untuk melaksanakan misi serangan, risikan, pengawasan dan tinjauan serta keselamatan dalam peranannya menyokong operasi tentera di sana.

Thursday, February 11, 2016

DEFTECH APC AV8 GEMPITA

AV8 Gempita dipasang dengan turet LCT30 dan meriam 30mm
Deftech AV8 Gempita (Thunder) adalah  kenderaan berperisai amfibia pelbagai peranan yang dibangunkan oleh syarikat pertahanan Malaysia, Deftech berdasarkan APC 8x8 FNSS Pars  

Kenderaan ini mempunyai reka bentuk modular yang membolehkan pemasangan turet yang berlainan, senjata, sensor, dan sistem komunikasi di atas kenderaan yang sama.

Prototaip AV8 telah diserahkan untuk kelulusan akhir pada tahun 2011. Malaysia menempah sejumlah 257 kereta perisai ini dalam 12 jenis konfigurasi.

Penyerahan batch pertama iaitu 12 unit AV8  kepada Angkatan tentera Malaysia pada akhir tahun 2014 merupakan satu penanda aras yang  penting dalam program AV8 yang sedang berjalan. Sehingga 2015 sebanyak 40 unit telahpun diserahkan kepada tentera darat.

Sunday, February 7, 2016

CHINA LENGKAPKAN SENJATA CANGGIH PADA KAPAL PENGAWAL PANTAINYA YANG BARU

Kapal pengawal pantai terbesar China seberat 12,000 tan CCG 3901
Ketika ketegangan menggunung di laut Filipina barat, China telah melengkapkan kapal  pengawal pantai terbarunya dengan senjata canggih mengikut akhbar negeri yang dikendalikan  tenteraGlobal Times

Setelah selesai pembinaannya  kapal itu akan ditempatkan di laut Filipina barat iaitu kawasan yang diperebutkan (laut china selatan ) menurut akhbar tersebut.

Sebuah kapal sama CCG 2901 telah memasuki perkhidmatan pada tahun lepas di Laut China Timur, di mana China secara berasingan terlibat dalam pertikaian wilayah dengan Jepun. 

Wednesday, February 3, 2016

JEPUN DEDAH PESAWAT PEJUANG STEALTH PERTAMANYA

Hanya sebuah sahaja prototaip X2 dihasilkan

Jepun pada Khamis 2016 telah mendedahkan jet pejuang stealth yang pertamanya, kata pegawai, dengan penerbangan ujian pertama dirancang pada bulan depan.

Agensi pemerolehan Kementerian Pertahanan Jepun  telah menunjukkan  radar- dodging buatan tempatan untuk pesawat pejuang X-2 di lapangan terbang regional berhampiran dengan pusat bandar Komaki.

Penerbangan pertama dijadualkan pada pertengahan bulan Februari 2016 sebelum penghantaran untuk Kementerian Pertahanan pada akhir Mac tahun depan, menurut agensi tersebut. 

Pesawat  X-2, (pesawat pejuang generasi ke 5) yang dibangunkan oleh Mitsubishi Heavy Industries, berukuran 14.2 meter (47 kaki) panjang dan 9.1 meter lebar dan dibina sebagai pengganti kepada jet pejuang F-2  yang dibangunkan bersama dengan Amerika Syarikat.

Tuesday, February 2, 2016

KAPAL SELAM TLDM SEDANG MENJALANI PROGRAM REFIT


KOTA KINABALU: dua kapal selam Scorpene yang berpangkalan di Teluk Sepanggar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menjalani refit atau program penyelenggaraan  untuk memastikan keupayaan operasi mereka adalah dalam keadaan yang baik, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Pada masa yang sama, beliau berkata pangkalan tentera laut akan menjalani peningkatan pembinaan di pengkalan kapal selam untuk membantu meningkatkan kerja-kerja penyelenggaraan pada kedua-dua kapal selam - KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak.