Thursday, July 21, 2016

KESAN KEPUTUSAN PCA TERHADAP ISU PERTIKAIAN WILAYAH DI LAUT CHINA SELATAN

Tribunal PCA antara China dan Filipina adakah ia adil???
Isu wilayah pertikaian di Laut China Selatan yang membabitkan beberapa negara seperti China, Filipina, Malaysia, Taiwan, Vietnam dan Amerika Syarikat (AS) menyaksikan Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) di The Hague menolak tuntutan China terhadap hak ekonomi di wilayah tersebut.

PCA membuat keputusan setelah melihat China tidak mempunyai hak-hak sejarah terhadap kawasan ‘sembilan sempang’ se­perti yang didakwa negara itu, sekali gus memberi kemenangan kepada Filipina yang mencabar tuntutan negara tersebut dalam pertikaian yang berlarutan sejak sedekad lalu.

Malangnya, China masih lagi ego dalam isu berkenaan dan tidak akan tunduk sama sekali kepada keputusan yang dibuat oleh PCA itu.

“Keputusan ini tidak sah serta tidak mempunyai kekuatan. China tidak menerima dan tidak mengiktirafnya.

“Beijing tidak menerima apa-apa cara penyelesaian pertikaian oleh pihak ketiga atau sebarang penyelesaian yang dikenakan kepada China,” jelas Kementerian Luar China setelah keputusan diumumkan oleh PCA.

Malah, Timbalan Menteri Luar­nya, Liu Zhenmin turut memberi amaran kepada mana-mana pihak bahawa keputusan PCA itu hanya akan mencetuskan konflik yang lebih besar di rantau Asia dan mengancam zon pertahanan udara di kawasan tersebut.

Menurut Zhenmin, Beijing memiliki hak untuk membina zon pengenalan pertahanan udara (ADIZ) di kawasan terbabit walaupun perkembangan itu memberi kuasa kepada pihak tentera China bertindak terhadap pesawat asing.

CHINA TUTUP LALUAN LAUT CHINA SELATAN UNTUK LATIHAN KETENTERAAN.

Latihan ketenteraan oleh Tentera Laut Republik Rakyat China (PLAN)
BEIJING 18 Julai 2016- China akan menutup sebahagian yang laluan ke Laut China Selatan bagi menjalankan latihan ketenteraan selama tiga hari di wilayah itu, tindakan yang bakal mengeruhkan lagi ketegangan berhubung pertikaian kawasan selepas tribunal antarabangsa menolak tuntutan Beijing terhadap lokasi selamat perairan itu.

Menurut kenyataan Agensi Keselamatan Maritim (MSA) China dalam laman webnya, latihan ketenteraan tersebut akan dilakukan di sebuah kawasan di timur pesisiran pantai wilayah Hainan bermula esok sehingga  khamis ini  dan kapal asing tidak dibenarkan menggunakan kawasan perairan itu.
 
Kawasan Perairan itu meliputi jarak dari Kepulauan Parcel sehingga ke Kepulauan Spratly yang menjadi rebutan antara China dan beberapa negara jiran termasuk Filipina, Malaysia, Brunei dan Vietnam.


Media Tempatan mengaitkan Latihan ketenteraan itu mempunyai kaitan dengan keputusan Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA) pada minggu lalu yang tidak memihak kepada Beijing, tetapi Kementerian Pertahanan Negara itu berkata, latihan tersebut merupakan perkara rutin yang dilakukan oleh Tentera Laut China.


Wednesday, July 20, 2016

RUSSIA TAWAR PROJEK 23000E STORM "NUKLEAR CARRIER" KEPADA INDIA

Kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear (shtorm) seberat 85000 tan
Rusia telah membuat tawaran kepada Tentera Laut India untuk membina Projek 23000E  kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear kelas-Storm, sumber di Kementerian Pertahanan India memberitahu Berita Mingguan Pertahanan.  

Menurut sumber itu, tawaran itu dibuat semasa lawatan delegasi Rusia ke India beberapa hari lalu.

Seperti yang telah dilaporkan dalam akhbar, reka bentuk kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear Storm dari Rusia akan menjadi asas bagi membina sebuah kapal dalam kelasnya untuk Tentera Laut India. 

Tawaran Rusia adalah kunci kepada perlumbaan teknologi, di mana Amerika Syarikat dan Perancis juga mengambil bahagian. Keputusan muktamad akan dibuat semasa tender akan diadakan oleh New Delhi. 

Isu utama pembinaan kapal pengangkut India adalah pemindahan teknologi. Pada masa ini, hanya Moscow sahaja bersedia untuk memindahkan teknologi dalam tambahan kepada senjata dan peralatan lain.

Wednesday, July 13, 2016

TAIWAN SILAP LANCAR PELURU BERPANDU ANTI-KAPAL KE ARAH CHINA

Sebuah kapal perang Taiwan tersilap melancarkan peluru berpandu supersonik "pembunuh pesawat pengangkut"  ke arah China pada Jumaat, telah mengenai sebuah bot nelayan dan seorang nelayan telah terbunuh.

Hsiung-feng III (Brave Wind) peluru berpandu buatan tempatan terbang kira-kira 75 kilometer (45 batu) sebelum menghentam kapal pukat tunda di perairan Penghu, gugusan kepulauan Taiwan
di Selat Taiwan yang ditadbir, menurut tentera laut Taiwan.


Peluru  berpandu Hsiung-Feng III dalam perarakan hari kemerdekaan Taiwan

Monday, July 11, 2016

INDIA UJI PELURU BERPANDU JARAK SEDERHANA BARAK-8

 
Peluru berpandu balistik jarak sederhana usahasama India -Israel - foto: Indiadefensenews

BALASORE: India pada  Khamis 30 jun 2016 telah melaksanakan ujian penembakan peluru berpandu permukaan-ke-udara, peluru berpandu balistik baru yang dibangunkan secara bersama dengan Israel dari pangkalan pertahanan di pesisir pantai Odisha, Times of India melaporkan.

Seorang pegawai Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (DRDO) berkata, Barak-8, peluru berpandu jarak sederhana (MR-SAM), telah dilancarkan dari pelancar mudah alih di Chandipur di rangkaian Ujian Bersepadu (ITR) sekitar jam 8.15.
 
Menurutnya "Pelancaran ujian merupakan satu kejayaan besar dan ia menemui semua sasaran,"

Selain peluru berpandu sistem lain termasuk
sistem Pengawasan Multi Fungsi dan Threat Alert Radar sistem (MF STAR) untuk mengesan, penjejakan dan pemanduan, peluru berpandu tersebut.

ZeeNews melaporkan bahawa peluru berpandu balistik se
panjang empat meter  boleh mencapai target dalam lingkungan 50 ke 70 kilometer dan boleh membawa muatan kepala peledak seberat 60 kilogram.