Tuesday, November 30, 2021

SELAMAT TINGGAL PESAWAT AERMACCHI MB-339CM

Pesawat Aermacchi MB-339CM Malaysia

Pesawat Aermacchi telah ditamatkan perkhidmatannya walaupun baru 12 tahun.  Jangka hayat yang amat singkat bagi mana-mana pesawat pejuang mahupun pesawat latihan. 

Kesemua tujuh pesawat latihan lanjutan (advanced trainer) Aermacchi MB-339CM yang dibangunkan oleh syarikat Alenia Aermacchi SpA daripada Itali dikatakan telah mencapai penghujung jangka hayat perkhidmatannya dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurut Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz ketujuh-tujuh pesawat Aermacchi MB-339CM milik TUDM bakal digantikan dengan pesawat yang mempunyai keupayaan dwifungsi iaitu sebagai pesawat latihan lanjutan atau “Fighter Lead-In Trainer” dan pesawat tempur ringan “Light Combat Aircraft” (FLIT/LCA).

Ia merupakan antara fokus 10 tahun pertama iaitu dari 2021 sehingga 2030 di bawah Pelan Rancangan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55).

Beliau berkata pesawat Aermacchi MB-339CM itu memasuki perkhidmatan TUDM pada 2009 tetapi kini digantung operasinya sejak 2018 berikutan kemalangan dialami pesawat latihan itu di Kuantan, Pahang dan beberapa masalah teknikal berkaitan enjin pesawat itu.

Menurut Datuk Seri Ikhmal lagi  tujuh pesawat berkenaan telah melengkapkan sebanyak 5,961 jam penerbangan.

Pada 17 Mei 2016, sebuah pesawat Aermacchi MB-339CM yang berpengkalan di Pangkalan TUDM di Kuantan terhempas di Nenasi, Pekan ketika melakukan penerbangan latihan.

pesawat MB-339 terhempas di Nenasi, Pekan Pahang

Bagaimanapun kedua-dua juruterbangnya terselamat selepas berjaya menggunakan kerusi anjal.

Menurut Panglima TUDM pada ketika itu,  Jeneral Tan Sri Roslan Saad, punca awal nahas dipercayai lebih menjurus kepada masalah teknikal.

Sejarah MB 339

MB-339 sudah mula dioperasikan oleh TUDM sebagai pesawat latihan jet lanjutan sejak era 80an dengan varian MB-339AB dengan sejumlah 10 buah pesawat.

Pada tahun 2006, Malaysia mengemukakan niat untuk memperoleh pesawat MB-339CM menggantikan siri AB yang telah terbang bersama TUDM sejak tahun 1980an, dengan sejumlah 8 pesawat MB-339CM diterima oleh TUDM pada tahun 2008 dan 2009 bagi melengkapi silibus latihan untuk juruterbang yang akan menerbangkan Su-30MKM.

Varian CM ini dilengkapi dengan ciri-ciri paparan kokpit digital, dengan dua tempat duduk untuk juruterbang pelatih dan jurulatih penerbangan, ciri-ciri aerodinamik yang setara dan mampu meniru keupayaan pesawat-pesawat pejuang generasi baharu.

Pesawat MB-339CM dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan moden termasuk Head Up Display (HUD) dan Multi Function Display (MFD) di kokpit depan dan belakang bagi membolehkan latihan sebenar kepada bakal-bakal juruterbang pesawat pejuang.

Selain bertindak sebagai pesawat latihan lanjutan, MB-339CM ini juga mempunyai keupayaan serangan terhad, samada bagi tujuan pertempuran udara atau sebagai pesawat sokongan rapat udara.

sumber : Defence Security Asia & MMP

Wednesday, November 24, 2021

VARIAN M-346FA (FIGHTER ATTACK) DI TAWAR KEPADA MALAYSIA

Pesawat M346FA

Syarikat Leonardo  yang berpengkalan di Itali bukanlah asing di Malaysia serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana ia telah lama bertapak di negara ini dengan beberapa produknya telah dan sedang digunakan oleh pelanggan-pelanggannya di negara ini seperti helikopter AW139 dan lain-lain lagi.

Selain helikopter, TUDM sememangnya bukanlah pengguna yang asing terhadap produk keluaran syarikat Leonardo kerana ia telah lama menggunakan pesawat latihannya, dengan yang terbaru adalah pesawat latihan Aermacchi MB-339CM. (baru sahaja ditamatkan perkhidmatannya oleh TUDM).

Disebabkan familiarity dengan TUDM dan pasaran Malaysia, syarikat Leonardo itu dikatakan adalah antara frontrunner dalam persaingan untuk membekalkan pesawat FLIT/LCA kepada Malaysia, walaupun penamatan khidmat lebih awal pesawat latihan lanjutan Aermacchi MB-339 itu telah sedikit sebanyak mencalar reputasinya.

Pesawat Aermacchi MB-339CM 

TUDM menggunakan sembilan buah pesawat latihan lanjutan Aermacchi MB-339CM bermula pada tahun 2009 sebelum perkhidmatannya digantung pada 2019 susulan insiden sebuah pesawatnya terhempas di Kuantan pada 2019 dan beberapa masalah teknikal yang lain.

Baru-baru ini,Kementerian Pertahanan mengesahkan ia telah menamatkan perkhidmatan pesawat latihan lanjutan itu,walaupun baru hanya menggunakannya selama 10 tahun.

Untuk tender FLIT/LCA TUDM, syarikat Leonardo dikatakan menawarkan varian M-346FA (Fighter Attack) yang telah diperkenalkan sekitar pertengahan tahun 2019 untuk pelanggan-pelanggannya yang mahu pesawat M-346 yang lebih berkemampuan dalam melaksanakan pelbagai misi umpama mini MRCA.

Pada ketika ini, pesawat M-346 mempunyai tiga varian iaitu M-346 AJT (Advance Jet Trainer), M-346 FT (Fighter Trainer) dan M346 FA (Fighter Attack).

Varian pesawat dua tempat duduk M-346FA keluaran syarikat Leonardo itu juga dilengkapi dengan digital glass cokpit.

Sistem persenjataan yang mampu dibawa oleh pesawat ini

Selain itu pesawat turut memiliki LCD multi-function displays, head-up display, alatan night vision goggle (NVG), sistem voice command, sistem self-protection, sistem helmet-mounted display (HMD), navigasi dan komunikasi serta sistem traffic collision avoidance.

Leonardo berkata, varian FA (Fighter Attack) yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan TUDM itu boleh dikerah untuk melaksanakan pelbagai tugas di medan tempur seperti ground support termasuk untuk misi-misi serangan udara-ke-darat, taktikal, close air support (CAS) dan counter-insurgency (COIN).

Pesawat ini boleh beroperasi selama 2 jam dan 40 minit dengan menggunakan internal fuel tank dan berkemampuan melakukan air-to-air refuelling, salah satu spesifikasi yang digariskan oleh TUDM.

Grifo radar yang digunakan oleh M-346FA

M-346FA Leonardo ini menggunakan radar Grifo yang mana berlkeupayaan mengesan 10 sasaran serentak, 8 daripada 10 dipaparkan pada skrin.

Ia juga dilengkapi dengan tujuh stesen pylon bagi membolehkannya membawa pelbagai jenis senjata termasuk Iris-T, AIM-9L peluru berpandu udara-ke-udara, small diameter bomb,  JDAM  (Joint Direct Attack Munitions) pelbagai saiz, Paveway dan bom-bom biasa.

Sumber : DefenceSecurityAsia.com

Wednesday, November 17, 2021

PESAWAT HAWK 108 TUDM TERHEMPAS DI BUTTERWORTH

Pesawat Hawk 108, jenis pesawat yang terhempas di Butterworth

BUTTERWORTH: Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden melibatkan pesawat pejuang Hawk yang dipercayai terhempas kira-kira pukul 10.07 malam tadi.

Hishammuddin menerusi laman sosial Twitternya malam ini berkata, beliau telah menerima maklumat berhubung kejadian melibatkan pesawat jenis Hawk 108 itu daripada Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

“Baru terima panggilan daripada Panglima @tudm_rasmi Jen TS Ackbal memaklumkan insiden pesawat Hawk 108 yg terhempas di Butterworth tadi.


“Seorang anggota kehilangan nyawa, seorang lagi cedera. TUDM telah diarahkan segera berikan laporan lebih terperinci dan siasat punca kejadian,” katanya.

“Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang maut dan seorang lagi yang cedera. Amat sedih dan dukacita terima berita ini. Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa untuk rawatan segera.

Kali terakhir pesawat pejuang dua tempat duduk jenis Hawk 108 M40-02 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas ialah pada tahun 2017 di Chukai Terengganu, telah mengorbankan dua juruterbang.

Malaysia menggunakan kombinasi pesawat Hawk 108 (dua tempat duduk)  dan pesawat 208 (satu tempat duduk) untuk tujuan FLIT/LCA.

sumber: Utusan Online

Tuesday, November 16, 2021

4 UNIT AW139 GANTI NURI

Agusta westland AW139

SHAH ALAM: AW139s untuk Penggantian Nuri. Nampaknya TUDM telah memutuskan helikopter enjin berkembar Leonardo AW139 untuk menggantikan armada Nuri yang telah bersara secara tidak rasmi. Empat AW139 akan mengambil alih peranan itu tidak lama lagi, kata ketua TUDM Jen. Ackbal Abdul Samad hari ini.

Bercakap kepada media pada penutupan Eks Paradise di pangkalan udara Kuantan, Jeneral Ackbal berkata AW139 akan diperkenalkan sebagai penyelesaian jangka pendek sebelum pemerolehan helikopter baharu untuk TUDM dalam RMK akan datang. 

Seperti yang dilaporkan sebelum ini dalam Pertahanan Malaysia, AW139 telah disenarai pendek bersama Black Hawks terpakai yang ditawarkan oleh anak syarikat syarikat tersenarai awam untuk tender penggantian Nuri.

Berdasarkan nombor – 4 – berkemungkinan sekurang-kurangnya dua helikopter akan ditempatkan di pangkalan udara Butterworth dan Kuching di bawah kontrak berasaskan prestasi di mana TUDM akan membayar mengikut kadar jam untuk helikopter yang ada. Yang kedua ialah sebagai spare.

Hornet Kuwait

Ackbal juga berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan pegawai Kuwait mengenai kemungkinan TUDM memperoleh F/A-18 Hornets terpakai untuk bersara daripada Tentera Udara Kuwait. Perbincangan itu dijangka berlangsung di Dubai Airshow yang bermula pada 14 November, di mana calon-calon untuk tender UAV, MPA dan FLIT/LCA juga dijangka mengambil bahagian.

Ketua TUDM berkata perbincangan lanjut dengan warga Kuwait adalah perlu kerana mereka perlu mengetahui sama ada Kuwait sanggup menjual Hornets. Ia juga berkemungkinan umum ingin mengetahui harga pesawat dan barang-barang lain yang mereka sanggup jual , barang-barang termasuk alat ganti dan barang-barang lain.

Perlu diingat bahawa walaupun pihak Kuwait sanggup menjual Hornet mereka kepada Malaysia, kebenaran mesti diberikan oleh AS.

Sumber : Malaysian Defence

Sunday, November 7, 2021

DAPATKAH PESAWAT L15B TARIK MINAT TUDM???

L-15B Hongdu

Dengan harga bagi sebuah pesawat L-15B buatan China ini dianggar diantara USD$10 juta hingga USD$15 juta sebuah (RM40 juta hingga RM60 juta), adakah ia mampu menarik perhatian TUDM?

Dari jauh pesawat Fighter Lead-In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) “L-15B” buatan syarikat pembuat pesawat China,  Hongdu Aviation Industry Group Ltd (HAIG) kelihatan seperti pesawat pejuang mini F/A-18 Hornet atau F-16 Amerika Syarikat dengan rekabentuknya yang menarik.

Protaip pesawat supersonic L-15B “Falcon” yang dibangunkan oleh syarikat Hongdu berpengkalan di Nanchang itu mula terbang pada pada 2006, dijana oleh dua enjin yang diperbuat oleh syarikat Ukraine “Ivchenko-Progress”, AL-222 turbofans.

Pesawat L-15 Hongdu itu dipasarkan oleh China National Aero-Technology Import and Export Corporation (CATIC) yang merupakan agensi kerajaan China bertanggungjawab memasarkan produk-produk aviation keluaran pelbagai syarikat negara itu kepada pasaran dunia.

Pesawat L-15B itu direkabentuk dengan kelengkapan seperti pesawat generasi ke-4 termasuk glass cockpit dengan multi-fuction display, HOTAS dan lain-lain untuk menyediakan juruterbang-juruterbang Tentera Udara China menerbangkan pesawat-pesawat pejuangnya yang lebih canggih seperti Su-30, Su-35, J-10, J-16 dan J-20.

Dengan dua enjin turbofans buatan Ukraine itu, pesawat L-15B China ini mampu mencapai kelajuan sehingga 1.4 Mach, manakala radius operasi pesawat pula adalah sekitar 3,100km (bergantung kepada bebanan yang dibawanya. Jika semakin berat bebanan dibawanya, maka semakin pendeklah jarak operasi pesawat).

Tempat duduk instructor boleh diubahsuai untuk menjadi kokpit bagi WSO (Weapon System Officer) untuk membolehkan pesawat L-15B itu melaksanakan tugas-tugas sebagai pesawat pejuang ringan untuk membedil sasara-sasaran musuh.

Pesawat FLIT/LCA buatan China ini juga dikatakan berkemampuan untuk membawa peluru-peluru berpandu udara-ke-udara daripada jenis PL-10 (short range) dan PL-12 Beyond Visual Range (BVR) yang berkemampuan membedil sasaran udara sejauh 62 batu (100 km)

China dijangka akan mengemukakan pakej yang amat menarik daripada segi pembiayaan (financing) dan janji pemindahan teknologi daripada CATIC bagi memastikan ia memenangi kontrak daripada Malaysia.

Kapal Penyelidik China yang menceriboh Perairan ZEE malaysia

Bagaimanapun beberapa insiden pencerobohan pihak China di Zon Maritim Malaysia (ZMM) mungkin menyukarkan tawaran syarikat dari China itu, antaranya ;-
  
1. Insiden pencerobohan 16 buah pesawat tentera China di ruang udara Malaysia iaitu 60 nautika dari pantai Sarawak.

2. Pencerobohan kapal penyelidik China,  Da Yang Hao dan kapal pengawal pantai negara itu di kawasan perairan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia terutamanya di Lapangan Gas Kasawari baru-baru ini turut menyebabkan ketegangan dalam hubungan Malaysia dan China. 

3. Saingan dari Syarikat pengeluar yang lain seperti  KAI, HAL, Turkish Aerospace Industries (TAI), Leonardo-Italy, Yukolev dan Rosoboronexport dengan tawaran dan pakej menarik masing-masing, juga akan menyukarkan syarikat dari China itu.

sumber : Defence security Asia

BAJET 2022 PENUHI KEPERLUAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

foto kredit to Berita Harian

SHAH ALAM - Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyambut baik peruntukan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk sektor pertahanan dan keselamatan negara dalam pembentangan Bajet 2022 yang inklusif dan menyeluruh, pada Jumaat.

Kementerian Pertahanan menerima peruntukan sejumlah RM16.14 bilion bagi tahun 2022, iaitu meningkat kira-kira 1.78 peratus (%) berbanding peruntukan tahun lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM11.10 bilion diperuntukkan untuk Perbelanjaan Pengurusan (OE) dan RM5.04 bilion diperuntukkan untuk Perbelanjaan Pembangunan (DE).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, peruntukan yang diterima kementeriannya tahun ini merupakan jumlah yang tertinggi sejak Rancangan Malaysia ke-9 (RMke-9).

Menurutnya, peruntukan itu bukan sahaja membolehkan kementerian meneruskan pelaksanaan inisiatif dan projek-projek sedia ada, malah meningkatkan lagi pelaksanaan inisiatif dan projek baharu merangkumi pelbagai agenda di bawah Teras-Teras Utama Kementerian Pertahanan. 

“Bagi Agenda Kesiagaan, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM4.54 bilion khusus untuk perbelanjaan berkaitan aset. Penting untuk saya maklumkan, peruntukan ini meningkat 87% berbanding RM2.42 bilion tahun lalu.

“Tambahan ini amat penting dan selari dengan perancangan Kementerian Pertahanan untuk meningkatkan lagi usaha dalam memenuhi keperluan aset bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Sabtu.

Mengulas lanjut katanya, selain aset, peruntukan Bajet 2022 turut akan digunakan untuk penggantian peralatan utama Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU) melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM14 juta.

Kerajaan juga bersetuju memperuntukkan sebanyak RM25 juta bagi program menangani keusangan sistem yang melibatkan aset-aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Kementerian turut menerima peruntukan sebanyak RM40.7 juta bagi pembangunan penyelidikan sains dan teknologi pertahanan yang akan dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE), bagi memenuhi Agenda Sains Dan Teknologi.

Sumber : Sinar harian