Tuesday, January 29, 2019

ADECS 2019: PEMODENAN TLDM DI ROMBAK SEMULA

Korvet Kelas Laksmana suatu ketika dulu lengkap dengan persenjataan dan digeruni musuh
Admiral Mohamad Reza Mohamad Sany, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), mengumumkan beberapa task akan di beri keutamaan, termasuk penyesuaian pelan transformasi 15 to 5 dalam ucapannya pada 8 Januari. 

Semasa menyatakan bahawa pelan 15 to 5 perlu diteruskan, beliau menambah bahawa semakan semula tempoh masa diperlukan pada bulan Mac untuk mentauliahkan kapal-kapal baru dan mempersarakan kapal yang sedia ada.

Di antara kapal-kapal yang pada awalnya dijangka akan dihentikan adalah empat korvet kelas Lakasamana pada 2019-20 dan empat  kelas Mahamiru  mine hunters pada 2019-21, tetapi Admiral Mohamad Reza merombak jadual asal dengan mengisytiharkan niat untuk mengekalkan kedua-dua kelas tersebut.

Menurut beliau, keempat-empat korvet kelas Laksmana akan beroperasi semula, dengan dua daripadanya akan dikembalikan kepada kemampuan asal mereka yang pernah mempunyai peluru berpandu anti-kapal Otomat, peluru berpandu permukaan ke udara Aspide dan peluncur torpedo A-244S. Bagaimana pun butir-butir lanjut tidak dinyatakan oleh beliau 

Peluru berpandu kelas Laksmana telah lucutkan pada tahun 2014 kerana telah usang (teknologi lama), manakala pelancar torpedo telah dipasang di dua kapal frigat kelas Kasturi sebagai sebahagian daripada program pemanjangan hayat perkhidmatan (SLEP) 

Program ini di jangka akan selesai menjelang akhir tahun 2019.
Pelancar torpedo dari kelas Laksmana di pasang pada Frigate kelas Kasturi
Bagi kapal pemburu ranjau (mine hunters), beliau menyatakan ini melibatkan pemulihan keupayaan penuh dua buah kapal tersebut pada 2019-20. Ini mungkin melibatkan KD Jerai dan KD Kinabalu.

Menurut Panglima TLDM lagi semua aspek sokongan logistik, sokongan operasi, sumber manusia dan infrastruktur untuk dua Kapal Misi Littoral (LMS) perlu disiapkan pada September, iaitu tiga bulan sebelum LMS tiba dari China.


Pada masa yang sama, beliau berkata TLDM perlu memaksa pihak yang terlibat untuk meminimumkan kelewatan dalam menyiapkan Kapal LCS kelas Maharaja Lela.

Kerja-kerja Penyiapan kapal pertama telah ditangguhkan hingga akhir tahun 2019 disebabkan kelewatan penghantaran subsistem, sementara kerajaan masih belum menandatangani perjanjian untuk memperolehi peluru berpandu MICA.

Reza juga menyentuh tiga program lain. Projek Bot Pemintas Laju (Fast Interceptor Craft) memerlukan kapal untuk beroperasi di sepanjang pantai, terutama di Timur Sabah.   

Pada tahun 2014, AS menawarkan 14 Bekas Bot Operasi Khas USN Mark V, tetapi TLDM telah menolak pembelian kerana kos pengubahsuaian tinggi yang dipetik dari kontraktor tempatan. Nampaknya TLDM bercadang untuk mengadakan semula keperluan ini.
 
calon-calom MRSS masih lagi dinilai
Mengenai helikopter, beliau menjelaskan bahawa TLDM memerlukan pesawat yang sesuai dengan perancangannya. Walaupun tidak mengulas dengan lebih lanjut, ia mungkin akan menyuarakan bangkangan untuk tidak menerima sebarang kompromi berdasarkan penekanan kerajaan untuk mengurangkan kos. 

Keperluan untuk memiliki Kapal Pelbagai Sokongan (MRSS) telah berlangsung sejak tahun 2006. Berkemungkinan kajian mengenai pelbagai proposal yang berkaitan dengan hal ini akan dianjurkan, katanya.
sumber : Shephard media

Saturday, January 26, 2019

PESAWAT PENGEBOM STRATEGIK TUPOLEV TU-22M

Tupolev Tu-22M pesawat pengebom strategik Russia

Tupolev Tu-22M (juga dikenali sebagai Backfire) adalah pengebom serangan strategik jarak jauh dan maritim  yang dibangunkan oleh Tupolev untuk Tentera Udara Soviet. Pesawat ini sedang berkhidmat dengan Tentera Udara Rusia dan Angkatan Laut Rusia (Aviation).

Rekabentuk pesawat ini adalah berdasarkan reka bentuk pesawat Tu-22 dan pertama kali diterbangkan pada bulan Julai 1971.

Pesawat ini digunakan terutamanya untuk melakukan serangan nuklear dan operasi serangan konvensional. Ia juga boleh digunakan dalam misi peninjauan anti-kapal dan maritim.

Kali pertama Tu-22M terlibat dalam misi pertempuran ialah di Afghanistan antara 1987 dan 1989. Versi Tu-22M3 digunakan oleh Rusia untuk operasi pengeboman di Chechnya pada tahun 1995. Terbaru ialah misi pengeboman di Syria menggunakan pesawat Tu-22M3 pada 2014.

Tupolev Tu-22M menggabungkan reka bentuk badan pesawat yang panjang dan sayap yang boleh berubah kedudukan (sweep wing). Versi Tu-22M3 pula mempunyai panjang 42.4 meter, jarak sayap maksimum 34.2 meter, dan ketinggian 11.05 meter. Berat kosong dan berat maksimum untuk pesawat berlepas  masing-masing ialah 53,500kg dan 126,400kg. 

Pesawat ini dilengkapi dengan hard point untuk membawa peluru berpandu Kh-22, peluru berpandu anti-radar Kh-15 atau Kh-15P dan FAB-250 atau FAB-1500 bom tanpa panduan (free fall).

Pilon pada sayap dan badan pesawat serta bahagian dalaman bay senjata disediakan dengan kapasiti untuk membawa 24,000 kg muatan bom.

Tu-22M  juga dilengkapi dengan mesingan barrel berkembar GSH-23 (23mm) di bahagian ekor yang dikawal secara remote kawalan jauh.

Tu-22M gugurkan muatan bom
Pesawat ini dilengkapi dengan sistem radar navigasi PN-A / PN-AD, sistem radar kawalan tembakan Argon-2 dan backup pengimejan bom optik berasaskan TV. Sistem tindakbalas dilengkapi dengan radar penerima amaran , jammers frekuensi radio, dan sistem tindakbalas pertahanan yang dipertingkatkan.

Tu-22M3 dikuasakan oleh dua enjin turbofan Kuznetsov NK-25 dipasang di dalam badan dengan dua intake udara yang besar dan dua ekzos . Setiap enjin menghasilkan tujahan maksima 25,000kg dan menghasilkan bahan bakar yang menjimatkan.

Kemampuan pesawat ini, boleh terbang pada ketinggian maksimum 14,000meter pada kadar pendakian pesawat adalah 15m/saat. Kelajuan kruis 900km / jam dan kelajuan maksimum 2,300km / jam membolehkan ia beroperasi sehingga jarak 7,000km.

Jika dilengkapi dengan probe pengisian minyak diudara, jangkauan jarak pengoperasian boleh ditambah lagi.

sumber : airforce-technology.com




Thursday, January 10, 2019

MALAYSIA TUNJUK MINAT PADA LCA TEJAS

Pesawat Light Combat Aircraft Tejas buatan HAL, India

Heboh di media sosial yang mengatakan Malaysia sedang menunjuk minatnya tehadap pesawat pejuang ringan (LCA) Tejas buatan HAL, India.

Sputniknews.com didalam websitenya melaporkan bahawa Malaysia berminat untuk beli Jet Tejas Mk-1 buatan India. Malah dilaporkan Malaysia berminat membeli sekitar 30 unit pesawat pejuang tersebut.

Akhbar Daily Business Standard India melaporkan bahawa menteri pertahanan Malaysia telah meminta New Delhi untuk menghantar pesawat pejuang Tejas ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19) - pameran pertahanan utama Malaysia - yang diadakan dari 26-30 Mac.

Jika penyertaan ini benar seperti yang dilaporkan dalam media sosial maka ini adalah penyertaan julung kali pesawat Tejas  buatan HAL Ltd dalam pameran LIMA Langkawi.

Menurut Bussiness Standard selain dari minat, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga dikatakan akan menguji dan menilai Tejas seperti yang dilakukan terhadap pesawat JF-17 buatan Pakistan/China. Ini dikatakan telah menaikkan moral para pekerja dan jurutera HAL.

Ramai pakar menganggap Tejas Light Combat Aircraft (LCA), walaupun masih belum dibangunkan sepenuhnya, sudah jauh lebih hebat daripada pesawat pejuang JF-17 Thunder, yang dibangunkan oleh China dan dibina di Pakistan.

Harga pesawat pejuang Tejas, bagi versi terkini ialah Rs 200 crore ($ 28.5 juta). Ini mungkin sedikit lebih mahal daripada JF-17 Thunder, yang berharga kira-kira $ 25 juta, tetapi Tejas di katakan menawarkan prestasi yang lebih baik.

"Kami akan membawa satu Tejas ke Malaysia pada bulan Mac dan pamerkan di Langkawi. Kami tahu bagaimana untuk melakukan ini, kerana sudahpun mengambil bahagian dalam Pameran Udara Antarabangsa Bahrain (BIAS), "kata seorang pegawai kanan dari HAL, yang akan menerajui usaha tersebut.

FA-50 dari Korea Selatan antara calon untuk mengisi projek LCA TUDM
Malaysia bukanlah negara asing yang pertama yang menunjukkan minat terhadap Tejas, dikatakan beberapa negara timur tengah seperti Bahrain, UAE dan Mesir juga menunjuk minat mereka terhadap pesawat tersebut.

Malah menteri pertahanan UAE, Mohammed Ahmed Al Bawardi Al Falacy dikatakan telah melawat kemudahan HAL di Bengaluru dan menerima taklimat tentang projek-projek yang sedang berjalan di HAL. 

Menurut pemerhati pertahanan, timbulnya minat TUDM terhadap pesawat Tejas berkemungkinan dari peningkatan hubungan ketenteraan dua hala antara kedua-dua negara sejak kebelakangan ini. Contohnya kerjasama dalam koordinasi pesawat Sukhoi-30 buatan Rusia, dimana IAF dengan versi MKI dan TUDM dengan versi MKM.

Dengan hanya baru kali pertama penyertaannya di LIMA Langkawi, adakah Tejas mampu menidakkan kehebatan pesawat pejuang ringan yang lain seperti JF-17 Pakistan, MIG 35, L-15B dan FA-50 Korea Selatan serta mengisi tempat dalam projek Light Combat Aircraft (LCA)TUDM.

Sebelum ini pernah heboh diperkatakan tentang minat Malaysia terhadap pesawat JF-17, sehingga ada laman sosial mengatakan Malaysia akan membeli pesawat JF-17. Selepas itu berita tersebut terus lenyap setelah dinafikan oleh Kementerian Pertahanan.

Apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat... 

sumber : ibtimes.co.in, malaysiandefence.com


Wednesday, January 9, 2019

K21-105 MEDIUM TANK KOREA

Kereta kebal ringan K21-105mm dibangunkan dari chasis K21-IFV

K21-105 adalah kereta kebal sederhana dari Korea. Ia dibangunkan bersama oleh Syarikat Pertahanan CMI Belgium dan Doosan DST Korea Selatan. Kenderaan ini mula-mula didedahkan secara terbuka pada tahun 2014.

K21-105 dirujuk sebagai kereta kebal sederhana oleh pemajunya. Bagaimanapun, berat kereta kebal  ini sekitar 25 tan dan mengikut piawaian standard ia layak di gelar kereta kebal ringan (light tank)

Di bangunkan dari kerangka kenderan berperisai K21-IFV
tetapi dilengkapi dengan konsep turet ringan XC-8, bersenjata dengan meriam 120 mm. Kemungkinan besar K21-105 berevolusi dari projek ini.

Peranan utama kereta kebal  ini adalah sebagai sokongan kepada unit infantri. Berkesan terhadap kenderaan berperisai nipis, bangunan dan benteng dan tidak sesuai untuk digunakan menghadapi kereta kebal utama yang serba moden. 

Bahan-bahan komposit digunakan secara meluas dalam reka bentuk hull untuk mengurangkan berat sebanyak mana yang mungkin. Bahagian arka depan memberikan perlindungan terhadap peluru pemecah perisai 30 mm. 

Keseluruhan badan kerata kebal ini berkemampuan menahan ledakan serpihan peluru artileri dan tembakan peluru armor-piercing 14.5-mm  Kenderaan juga dilengkapi dengan sistem tembakan automatik dan sistem perlindungan NBC (Nuklear, Biology and Chemical).
 
kuasa tembakan yang dilakukan oleh kereta kebal ringan K21-105: foto military today

Di lengkapi dengan meriam 105-mm bersama penstabil. Ia mampu menembak semua jenis peluru 105-mm standard NATO . Jarak kuasa tembakan maksimum ialah 4 km.

Mempunyai sistem loader peluru automatik dengan kadar tembakan maksimum ialah 8 pusingan seminit. Amunisi disimpan dalam kompartmen, yang dipisahkan dari krew yang seramai tiga orang iaitu komander, pemandu dan penembak

Selain itu sistem kawalan tembakannya  yang canggih membolehkan ia berhadapan dengan target di waktu siang dan malam.

Senjata secondary ialah mesingan sepaksi 7.62mm dan juga mesingan 12.7mm yang dipasang pada atas turet kereta kebal, dikendalikan secara remote control. 

Kenderaan ini dikuasakan oleh enjin diesel turbocharged, menghasilkan 750 hp. Enjin ini lebih kuat daripada yang digunakan pada kenderaan K-21 IFV.
 
Kenderaan ini juga di pasang suspensi hidropneumatik dan gear lanjutan. Selain itu ia mampu mengekalkan keupayaan amfibia pada berat tempur maksima.

sumber : military-today  


 

Tuesday, January 8, 2019

JEPUN BERMINAT UNTUK MENAWARKAN PERALATAN PERTAHANAN BARU

Defence Minister Mohamad Sabu (left) signing a memorandum of understanding with then Japanese defence minister Itsunori Onodera in Tokyo in September 2018 ;Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Jepun sanggup menawarkan peralatan dan teknologi pertahanan baru, termasuk pesawat ketenteraan ke Malaysia sebagai sebahagian daripada hubungan keselamatan dua hala yang dipertingkatkan, menurut utusan Jepun ke Malaysia.

Dr Makio Miyagawa memberitahu New Straits Times tawaran Tokyo akan membantu mengukuhkan keupayaan Malaysia untuk "menjaga keamanan dan kestabilan" di Asia Tenggara.

Beliau berkata dalam satu wawancara bahawa dalam hal ini, Jepun "bersedia menawarkan peralatan dan teknologi kami ke Malaysia, termasuk pesawat, kapal, radar dan barangan lain".

Jepun dan Malaysia, pada bulan September, menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meningkatkan kerjasama pertahanan dan keselamatan.


MoU itu ditandatangani di Jepun pada 11 Sept oleh menteri pertahanan Jepun Itunori Onodera dan rakan sejawatnya, Mohamad Sabu.

Tokyo berkata MoU menyediakan struktur untuk kerjasama yang diperluaskan merentasi pelbagai aktiviti, termasuk peralatan dan teknologi pertahanan, pertukaran tentera ke tentera, keselamatan maritim bersama dan operasi bantuan bencana.

Kedua-dua pihak telah membuat perjanjian untuk memindahkan pertahanan dan teknologi ke Malaysia, katanya.

"Pesawat, kapal dan radar boleh dipindahkan ke Malaysia," kata Miyagawa.

"Kami telah mula mempertimbangkan untuk membenarkan industri kami menyediakan peralatan tersebut kepada beberapa negara yang terhad dan rakan strategik, termasuk Malaysia."

Dari segi teknologi pertahanan, Tokyo berkata MoU itu telah memperkuat perjanjian yang ditandatangani di Kuala Lumpur pada bulan April oleh Miyagawa dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

MoU menandatangani kerjasama pertahanan menandakan satu lagi usaha oleh kedua-dua negara tersebut untuk meningkatkan lagi hubungan keselamatan.
 
Hubungan dua hala Kuala Lumpur-Tokyo kembali terbentuk berikutan lahirnya sebuah kerajaan baru di Malaysia, yang menyaksikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kembali berkuasa.
 
Penganalisis pertahanan mengatakan Malaysia mempunyai hubungan keselamatan yang lama dengan Jepun, dengan kedua-dua negara berkongsi beberapa kebimbangan mengenai isu-isu pertahanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada ketegasan maritim China yang semakin meningkat di Laut China Selatan.
 
Kawasaki P-3C Maritime Patrol Aircraft

Perkongsian strategik yang kedua-dua negara pernah tandatangani pada tahun 2015 juga mengandungi tumpuan keselamatan yang serius, termasuk bukan sahaja peningkatan fokus terhadap penglibatan ketenteraan seperti latihan ketenteraan, tetapi juga Jepun membantu meningkatkan keupayaan Malaysia melalui pemindahan peralatan dan teknologi pertahanan yang lebih maju dan pelbagai bentuk perkongsian pengetahuan dan keupayaan.
 
Menurut Mohamad Sabu, Malaysia mengiktiraf kepentingan  Jepun sebagai rakan lama dalam hal-hal keselamatan mencakupi dari peralatan pertahanan hingga ke pasukan pengaman.

Adalah tidak mengejutkan, beberapa butiran khusus diberikan pada kandungan terperinci perjanjian tersebut.

Senarai beli-belah Kementerian Pertahanan Malaysia termasuk gabungan kedua-dua platform berpemandu dan tanpa pemandu (UAV) untuk memenuhi keperluan rondaan maritim negara.

Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa pentadbiran baru, yang berkuasa pada bulan Mei, akan menghormati rancangan yang dibuat di bawah kerajaan terdahulu. Ini termasuk program untuk melengkapkan Angkatan Udara Diraja Malaysia dengan pesawat rondaan maritim baru.

Walau bagaimanapun, kerajaan kini membuat perbandingan kos antara pesawat berpemandu dan tanpa pemandu (UAV), dan pada akhirnya mungkin memutuskan kombinasi kedua-dua jenis untuk memenuhi keperluan pengawasan maritim negara.  
 
Walau bagaimanapun, menteri pertahanan tidak memberi butiran terperinci tentang jenis peralatan yang akan dibandingkan.

Berita Pertahanan, majalah pertahanan, sebelum ini melaporkan bahawa Malaysia telah meminta dari Jepun pesawat Lockheed Martin P-3 Orion yang sedang di bersarakan secara progresif oleh  Japan Maritime Self-Defence Force (JMSDF).
 
Baru-baru ini Jepun telah menyemak semula Undang-undang Angkatan Tenteranya untuk membolehkan sumbangan dilakukan.

sumber : newStraitsTimes