Thursday, March 24, 2016

RSAF BENTUK SKUADRON F-15SG TEMPATAN YANG KEDUA.

RSAF F-15SG semasa latihan di Darwin, Australia di lihat membawa marking 142 Skuadron (foto: Jane's)
Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) telah membentuk skuadron kedua berpangkalan disini untuk mengendalikan pesawat pejuang pelbagai peranan Boeing F-15SG Eagle, menambah lagi kepercayaan  terhadap laporan sebelum ini bahawa ia mempunyai lebih seperti pesawat daripada yang dilaporkan sebelum ini.

F-15SG yang berpangkalan di Singapura telah dilihat membawa tanda /marking 142 'Gryphon' Squadron pada ekornya semasa penerbangan formasi bagi memperingati  persaraan ketua tentera udara Singapura, Major General Hoo Cher Mou, pada 12 Mac 2016.

Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) kini mempunyai dua skuadron F-15SG, 149 SQN "Shikra" dan skuadron kedua yang baru dibentuk iaitu 142 SQN "Gryphon". 

KERETA KEBAL UTAMA BRITISH - CHALLENGER 2

Kereta Kebal Challenger II
Challenger 2 merupakan kereta kebal utama termaju dibina oleh BAE Systems Land Systems (dahulunya Vickers Defence Systems, kemudian Alvis Vickers Ltd). Challenger 2 kini berkhidmat dengan Tentera British dan Tentera Diraja Oman.

Ianya memasuki perkhidmatan dengan Tentera British pada bulan Jun 1998 dan unit terakhir daripada 386 unit kereta kebal telah dihantar pada April 2002. Penghantaran untuk Oman telah siap pada tahun 2001 sebanyak 38 unit.

Challenger 2 telah menyaksikan penyertaan operasinya di Bosnia dan Kosovo.  Kereta kebal Challenger 2  dikerahkan untuk terlibat dengan aktif dalam Operasi Kebebasan Iraq (operation Iraqi Freedom).

Monday, March 21, 2016

MALAYSIA TERIMA SPH M109 A5/6 DARI AS DI BAWAH PROGRAM EDA

SPH M109A6 Paladin (foto : military today)

Tentera Malaysia telah menerima tawaran 24 unit M109A6 «Paladin» self propelled howitzer (SPH) dari Amerika Syarikat di bawah Excess Defence Articles (EDA)

Mengenai tawaran M109 A5 / A6 SPH oleh Amerika Syarikat di bawah program (EDA) ini, Raja Affandi berkata Tentera Darat telah menerima tawaran itu dan sedang dalam proses memuktamadkan perolehan. "Jika perolehan itu selesai, ia akan meningkatkan keupayaan kuasa tembakan Tentera Darat
terutama bagi unit yang beroperasi di Sabah ".

Monday, March 14, 2016

HELIKOPTER PENYERANG RUSSIA Mi-28 HAVOC .

Helikopter penyerang Mi-28N Havoc
Mi-28, helikopter tempur  yang dibangunkan oleh Mil Moscow Helicopter Plant dan dikenali dengan nama kod NATO  sebagai Havoc .

Merupakan helikopter pelbagai-cuaca, versi siang dan malam dan dua tempat duduk secara military tandem (tempat duduk selari)

Pengeluaran pertama Mi-28N menjalani ujian penerbangan pertama pada April 2004 dan ujian penerbangan pertama dengan Tentera Udara Rusia pada bulan Jun 2005.

Tiga unit telah dipesan pada tahun 2005 dan 16 lagi pada tahun 2006 untuk penghantaran sehingga 2008.