Sunday, February 8, 2015

PERTAHANAN WILAYAH MALAYSIA TIMUR


Peta Malaysia
Kerajaan Malaysia sedang  mengambil segala langkah perlu bagi memastikan keselamatan Wilayah Malaysia Timur iaitu Negeri Sabah dan Sarawak berada pada tahap terbaik selepas berlakunya insiden pencerobohan di Lahad Datu dua tahun lalu serta beberapa siri penculikan warga asing dan tempatan di Sabah oleh pihak penceroboh.

Sehubungan itu peningkatan kuasa tempur ATM di Wilayah timur terutamanya Sabah merupakan langkah terbaik memastikan aset tempur itu mampu menangani sebarang ancaman yang mendatang sekali gus menjamin keselamatan Negara.

Kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam akhbar Utusan 24/1/2015 (Tawau) berkata, kehadiran aset tempur canggih itu telah meningkatkan lagi keyakinan rakyat Sabah bahawa Kerajaan Pusat tidak pernah mengabaikan negeri berkenaan.

“Aset tempur yang kita kenal pasti untuk Sabah hampir semuanya sudah berada di sini. Ini bukan lagi soal janji tetapi bagaimana kita mengotakan janji tersebut kepada Sabah dan Kerajaan Pusat sudah pun melakukan apa yang terbaik.

“Setakat ini dengan segala aset yang ditempatkan adalah lebih daripada memadai untuk Sabah,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan demonstrasi tempur Tentera Darat di Lapangan Terbang Tawau di sini hari ini

.
Hawk 208 TUDM
Antara asset tempur ATM yang ditempat di Sabah ialah penempatan pesawat Hawk 208 dari Enam Skuadron di Pangkalan Udara Labuan juga akan ditingkat upaya untuk memastikan aset tempur itu mampu menangani sebarang ancaman udara dan pengintipan dari pesawat musuh.

Penubuhan Pengkalan TLDM untuk unit kapal selam di teluk Sepanggar adalah cukup strategik kepada pertahanan negara kerana ia merupakan pangkalan hadapan bagi menghadapi ancaman di Laut China Selatan dan perairan Sabah Timur.

Penubuhan satu batalion infantri Esscom yang lengkap berkekuatan 650 anggota akan dilaksanakan sebaik sahaja kem baru di Felda Sahabat siap sepenuhnya, dimana separuh daripada kekuatan battalion ini sudah ditempatkan di Sabah.
 .
Black Hawk Royal Brunei Air Force
ATM juga sedang memperkasakan lima unit helicopter Nuri dengan memasang mesingan pelbagai guna FN MAG 58  untuk ditugas melindungi keselamatan Sabah.

Selain Nuri, lima lagi helikopter EC725 juga akan dipasangkan persenjataan serupa, manakala helikopter jenis Blackhawk yang akan didermakan oleh Brunei pada September nanti pula bakal dilengkapkan dengan sistem mesingan berputar jenis Gatlin dipercayai versi M134D.
.
mesingan gatlin di pasang pada helikopter
Ini kali pertama Nuri dipasangkan persenjataan secara tetap kerana sebelum ini, helikopter itu banyak berperanan dalam tugas utiliti dan langkah berkenaan yang kemudian disusuli EC725 serta Blackhawk, dilihat sebagai persiapan bagi ATM mengoperasikan helikopter tempur.

Terbaharu ialah penerimaan 12 unit kenderaan tempur berperisai AV8 Gempita dan diletakkan dibawah pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom). Kesemua kenderaan ini akan ditempatkan di Kem Kukusan, Tawau.

AV8 Gempita di hasilkan oleh syarikat pertahanan tempatan Deftech berdasarkan model FNSS Pars 8x8 dari Turki.

Gabungan 12 unit AV8 Gempita dan 18 unit MIFV yang sedia ada, bakal memberi taring berbisa kepada pasukan keselamatan di Esscom untuk menghadapi sebarang ancaman dari musuh negara.





No comments: