Sunday, October 24, 2010

KERETA KEBAL JEPUN PERANG DUNIA KE II

Negara Jepun adalah merupakan salah sebuah negara yang terlibat dalam perang Dunia Ke II dari tahun 1939 hingga 1945 merupakan rakan sekutu Jerman dan Italy. 

Mempunyai angkatan tentera yang kuat dan memiliki kelengkapan ketenteraan yang lengkap dan canggih pada waktu itu. 

Memulakan penaklukan keatas negara China sejak 1937 dan di perluaskan keatas negara-negara Jajahan British di sebelah Asia Timur. 

Antara peralatan-peralatan ketenteraan yang digunakan dalam peperangan ialah Kereta Kebal. Terdapat beberapa jenis kereta kebal yang digunapakai oleh tentera Imperial Jepun dalam peperangan ini.

Type 89 Chi Ro




Merupakan kereta kebal jenis sederhana (medium tank) yang dioperasikan oleh tentera Imperial Jepun dari tahun 1932 hingga 1942 dalam peperangan Sino-Jepun II dan juga dalam Perang Dunia ke II. 


Syarikat Mitsubishi Heavy Industri telah di pertanggungjawabkan untuk menghasilkan model ini pada tahun 1931 yang kemudianya telah dijadikan sebagai kereta Kebal Utama bagi tentera Imperial Jepun. 

Model Type89 ini dibina hampir menyerupai model kereta Kebal sederhana British jenis Vickers Mark C.

Dilengkapi dengan meriam 57mm bertujuan untuk memusnahkan kubu pertahanan. Terbukti berkesan dalam peperangan dengan Manchuria dan China. Ia juga dilengkapi dengan dua mesingan 6.5mm jenis type 91.

Type 89 ini dikendalikan oleh empat orang iaitu komander, loader, pemandu dan jurumeriam. Beratnya ialah 12.79 metrik tan dan dilengkapi dengan enjin "Mitsubishi A6120VD air cooled 6-cylinder petrol diesel" (120hp/90KW). Kelajuan mencecah 26 km/j (16bsj).

Sejarah Peperangan
Di antara peperangan yang di sertai ialah Perang Sino-Jepun II dan juga perang di Manchuria. Meriam 57mm dilihat sangat berkesan untuk memusnahkan kubu-kubu mesingan kecil pihak musuh dalam kempen peperangan di China.
Peperangan Khalkhin Gol (Nomonhan) dengan pihak Russia.
Walaupun telah ditamatkan perkhidmatannya pada tahun 1942, Type 89 masih lagi diguna dalam kempen menawan Filipina, Malaya dan Burma dan juga di China. Kelemahan kereta kebal ini ialah armornya yang nipis dan meriam utama yang kecil tidak mampu untuk menandingi kehebatan kereta kebal tentera Amerika "M4 Sherman" pada waktu itu.

Type 97 "Shinhoto" Chi Ha

Merupakan kereta kebal jenis sederhana yang telah ditingkat upaya dari model asal iaitu Type 97 Chi Ha, sezaman dengan Type 89 dan terlibat dalam peperangan di China, Manchuria dan Russia. Model ini banyak dihasilkan dalam perang dunia ke II.

Kekalahan kepada Rusia dalam perang Kalkin Gol
menyaksikan kereta kebal Jepun telah berjaya dimusnahkan dengan mudah oleh Pihak Rusia. Kehebatan kuasa tembakan kereta kebal Rusia BT5 dan BT7 yang mempunyai laras meriam 45 mm telah berjaya menandingi kehebatan kuasa tembakan dari kereta Kebal Jepun iaitu Type 97 Chi Ha. Peristiwa ini telah menyedarkan pihak tentera Jepun tentang perlunya meriam utama yang lebih berkuasa dari yang sedia ada.

Oleh itu penambahbaikan telah dilakukan dengan menukar meriam utama iaitu 57mm (low-velocity) kepada 47mm (high-velocity). meriam utama 47mm ini direka khas untuk menandingi kehebatan meriam utama, 45mm dari kereta kebal Rusia. Laras meriam 47mm yang panjang ini menghasilkan kelajuan tembakan yang tinggi dan mampu memberi kuasa penembusan yang baik pada armor berbanding meriam 57mm.

Beratnya mencapai 14.8 tan dan dilengkapi dengan enjin
Diesel 170 PS/2000 rpm
170 hp (179 kW), menghasilkan kelajuan 38 km/jam. Sistem persenjataan ialah meriam utama 47mm type 1 serta 2 mesingan 7.7mm type 97 MG.

Type 95 Ha-Go

Type 95 di Muzium Russia
Kereta kebal jenis ringan (light tanks)ini direka khusus untuk menggantikan kereta kebal Type 89 Chi Ro yang dianggap tidak lagi sesuai dan efektif dalam perang Dunia ke 2. Prototaip pertama telah direka oleh Mitsubishi dan dikeluarkan pada tahun 1935 dengan lebih 2300 buah telah dihasilkan sehingga perang tamat.

Dilengkapi dengan meriam utama 37mm dan 2 unit mesingan 7.7mm yang terletak pada turet bahagian belakang dan satu lagi pada hull di bahagian hadapan. Berat keseluruhan ialah 7.4 tan dan dikendalikan oleh 3 orang kru. Kelajuan pergerakan ialah 40km/j dengan enjin jenis Diesel 120PS/1800 rpm dan mampu beroperasi sejauh 250km.

Pernah terlibat dalam perang Khalkhin Gol (Nomonhan) dengan pihak Soviet Union pada tahun 1939. Semasa perang Dunia ke 2 di India, Burma dan sepanjang rantau pasifik dengan pihak British.

Peperangan kereta kebal berlaku pada 22 December 1941 antara Type 95 Ha Go dengan M3 Stuart Amerika Syarikat semasa penaklukan Filipina. Walaupun M3 mempunyai armor yang lebih baik tetapi tewas kepada Type 95 Ha Go disebabkan kerana kru yang kurang mahir dalam pengendalian dan pertempuran.

Pada tahun-tahun akhir perang Dunia ke 2, Type 95 ini tidak lagi mampu menandingi kekuatan kereta kebal baru dari pihak Berikat yang mempunyai ketebalan armor dan kekuatan tembakan meriam utama yang lebih baik seperti kereta kebal British dan Amerika iaitu Matilda, M4 Sherman dan M5 stuart.


Type 1 Chi-He
Type 1 Chi-He merupakan versi tingkat upaya dari Type 97 Chi-ha. Hanya 170 buah sahaja dibina dalam tahun 1943/44 disebabkan pihak Imperial Jepun lebih mementingkan pembinaan kapal-kapal laut untuk memperkuatkan angkatan Laut mereka.

Masalah ketebalan armor hadapan Chi-ha yang hanya 30mm tebal selalu menjadi mangsa kepada meriam anti-kereta kebal pihak berikat. Ini menyebabkan pihak Jepun telah menambah ketebalan armor hadapan Type 1 Chi-He menjadi 50mm tebal dan bahagian hull juga mengalami pengubahsuaian supaya dapat mengelak tembakan pada bahagian armornya. Ia juga dilengkapi dengan meriam 47mmType 1 L/48 versi tingkatupaya dan mempunyai tembakan yang lebih tepat. Dua unit mesingan 7.7mm type 97 melengkapi sistem persenjataan Chi-He.

Mempunyai turet yang lebih besar dan dikendalikan oleh empat orang kru iaitu komander, jurumeriam loader dan pemandu. Berat 17.2 tan iaitu lebih 1.5 tan dari Type 97. Enjin diesel 240 metric hp Type 100, kelajuan 44kmj/ 27.3bsj dan jarak operasi ialah 210km.

Chi-he merupakan kereta kebal jepun yang pertama menggunakan radio sebagai alat perhubungan mengantikan kaedah bendera sebagai isyarat perhubungan.

Tidak pernah terlibat dalam sebarang pertempuran dan hanya ditempatkan di Jepun sebagai pertahanan dalaman dari serangan pihak berikat.

2 comments:

Ahmad Izzuddin said...

tahniah di atas kewujudan blog military saudara..saya akan terus mengikuti perkembangan blog saudara ini...follow saya punya blog juga ya di http://strengthofmalaysiamilitary.blogspot.com/

gen2 said...

terima kasih..insyaallah saya akan follow