Wednesday, December 1, 2010

MOWAG PIRANHA



MOWAG Piranha adalah sebuah kederaan tempur berperisai yang direkabentuk dan dikeluarkan oleh Firma MOWAG Motorwagenfabrik AG dari Switzerland.
.
Firma MOWAG bukanlah satu nama baru dalam pembuatan kereta perisai malah telah menghasilkan banyak kenderaan berperisai selepas perang dunia kedua.


Terdapat empat generasi kenderaan ini dikeluarkan dan dikilangkan oleh MOWAG. Prototaip pertama kereta perisai ini siap pada tahun 1972 dan diberi nama Piranha.
.
Ia adalah hasil dari pengalaman luas MOWAG dalam penghasilan kereta perisai serta maklum balas yang diterima dari pelanggannya. MOWAG Piranha mula dipasarkan pada tahun 1976 dan mendapat sambutan yang menggalakkan .

MOWAG Piranha adalah merupakan contoh terbaik kereta perisai masa kini yang rekabentuknya diadaptasi dalam pelbagai versi dan digunakan oleh 13 buah negara termasuk Arab Saudi, Kanada dan Amerika.


Mowag Piranha1 4x4


Model Piranha 6x6 

Terdapat empat model telah dihasilkan iaitu 4x4, 6x6, 8x8 dan 10x10. Secara asas Mowag Piranha direka sebagai kenderaan pengangkut anggota infantri, tetapi boleh juga digunakan sebagai kenderaan sokongan tembakan, kenderaan latihan untuk kereta kebal, kenderaan pemerintah (command vehicle), ambulan, kenderaan mortar dan juga kenderaan untuk kegunaan polis.

Mowag Piranha 8x8


Mowag Piranha 10x10

Armor Piranha adalah dari besi waja yang dipateri dan cukup untuk memberi perlindungan kepada krew serta anggota infantri yang dibawa daripada tembakan senjata kecil dan juga serpihan letupan peluru meriam.

Terdapat perbezaan ketebalan armor perlindungan bagi model Piranha 8x8 yang mana ketebalan armornya hanya mampu menahan tembakan senjata 7.62 mm tetapi model 10x10 mampu memberi perlindungan dari tembakan senjata berkaliber 14.5 mm.

Piranha dengan meriam 90mm

Dari segi persenjataan Piranha mampu dilengkapi dengan pelbagai sistem persenjataan dari yang paling ringkas seperti turet mesingan ringan hingga ke turet meriam yang berkaliber besar 90mm. 

Selain itu sistem ATGW seperti senjata anti kereta kebal, sistem anti permukaan ke udara, sistem mortar dan sebagainya boleh dipasang dibahagian atasnya.

Enjin kereta perisai ini terletak dibahagian hadapan bersebelahan dengan ruang pemandu sementara itu ruangan anggota infantri ialah dibahagian belakang. 

Ia direkabentuk untuk mampu beroperasi diatas permukaan tanah yang tidak rata yang tidak mampu dilakukan oleh sesetengah kenderaan berperisai yang lain.

Setiap model Piranha mempunyai enjin yang berlainan kerana beratnya berbeza-beza. 

Model 4x4 menggunakan enjin Diesel jenis Cummins 6 BTA 5.9 bersama sistem ampaian transmisi automatik Allison AT-545 yang menghasilkan 195hp. 

Model 6x6 dan 8x8 pula menggunakan enjin Detroit Diesel 6V-53T serta sistem ampaian transmisi automatik Allison MT-653.



Enjin Detroit Diesel 6V 53TTA

Manakala bagi model 10x10 milik tentera sweden akan dipasang dengan enjin diesel jenis Scania yang menghasilkan 340 hp serta suapan transmisi automatik 7 kelajuan. 

Kelebihan sistem ampaian tranmisi automatik ini ialah ia membolehkan pemandu menumpukan sepenuhnya kepada pemanduan, jika ia diserang musuh tanpa bersusah payah untuk menukar gear jika ingin bergerak pada sesuatu keadaan.

Antara negara-negara pengguna Mowag Piranha ialah Sweden, Denmark, Ireland, Romania, Sepanyol, Belgium, Kanada, Chile, Belanda, Qatar,Oman, Nigeria, Liberia, Ghana, Uruguay, Amerika Syarikat dan Saudi Arabia.