Tuesday, February 10, 2015

RADPANZER CONDOR

RPZ Condor
Radpanzer Condor adalah sebuah kenderaan pengangkut anggota berperisai beroda 4x4 yang pada asalnya dibina oleh Thyssen-Henschel dari Jerman dan dikilangkan oleh Henschel Wehrtechnik GmbH.

Rekabentuknya adalah berdasarkan kerangka trak komersial UNIMOG dan menggunakan komponen-komponen utama yang sama seperti enjin, kotak giar dan gandar. Kebolehpercayaan kenderaan ini tinggi dan ia juga senang diselenggarakan di sebabkan sokongan yang mudah didapati daripada sumber-sumber awam.

Malaysia merupakan negara pengoperasi Radpanzer Condor yang terbanyak iaitu sebanyak 457 unit dan digunakan oleh Kor Armor Diraja dan RAMD sejak 1981 sebagai pengganti Cadilac Cage V-150 Commando.

Condor merupakan kenderaan pengangkut anggota (APC) yang mana ia berperanan untuk membawa anggota ke medan tempur atau juga dikenali sebagai battle taxi.

Selain daripada mengangkut anggota ke medan pertempuran, ia juga berperanan untuk memberikan bantuan tembakan semasa serangan dilaksanakan, pengiring konvoi atau sebagai kenderaan peninjau.

Dari segi reka bentuk, RPZ Condor dianggap APC paling fleksibel kerana bukan saja sesuai untuk kegunaan dalam serangan berbentuk amfibia, malah boleh diangkut ke lokasi tertentu secara mudah melalui udara menggunakan pesawat C-130 Hercules atau C-160.

Beberapa versi APC Condor dikeluarkan untuk kegunaan TDM iaitu versi yang mempunyai turet meriam Oerlinkon 20-mm (one man turret). Terdapat juga versi kenderaan pengangkut anggota, dilengkapi dengan dua mesingan 7.62 mm. Versi yang lain ialah kenderaan pemerintah, ambulans kenderaan kembalik, kenderaan ATGW dan kenderaan mortar.

Perisainya dari armoured steel telah direka bagi memberi perlindungan menyeluruh terhadap senjata api kecil, peluru 7.62mm dan  , sistem penglihatan malam dan winch recovery.

APC Condor di pasang dengan enjin diesel Diamler-Benz OM906LA 6 selinder, super charged,water cooled 230 hp. Kelajuan yang mampu dicapai ialah 95km/jam dalam keadaan tanah rata dan jarak operasi ialah 900km.
periuk api kecil. Semua model Condor dipasang penghawa dingin, sistem kolektif NBC, interkom
Condor mempunyai berat kosong 9 tan dan berat tempur 12.4 tan. Kenderaan ini mampu berenang dengan kelajuan dalam air + 10 km/j. Ia mampu membawa 10 trup dan 2 krew. Ia juga menggunakan sistem transmisi 8 kelajuan secara manual.

Condor mempunyai sejarah perkhidmatan yang panjang dalam TDM iaitu lebih 30 tahun dan banyak memberi sumbangan ke arah keselamatan dan juga pembangunan negara melalui pembabitannya dalam pelbagai operasi baik di dalam mahu pun luar negara.

Antara negara lain yang turut menggunakan Condor seperti Kuwait, Portugal (Polis Tentera Udara), Thailand, Turki, Uruguay dan Korea Selatan.


Condor terlibat dalam peristiwa pencerobohan di Lahad Datu

Terlibat dalam latihan dengan tentera negara luar


Condor merupakan kenderaan pengangkut anggota (APC) yang mana ia berperanan untuk membawa anggota ke medan tempur atau juga dikenali sebagai battle taxi. Selain daripada mengangkut anggota ke medan pertempuran, ia juga berperanan untuk memberikan bantuan tembakan semasa serangan dilaksanakan, pengiring konvoi atau sebagai kenderaan peninjau.

Copy and WIN : hhttp://bit.ly/copynwin
Condor merupakan kenderaan pengangkut anggota (APC) yang mana ia berperanan untuk membawa anggota ke medan tempur atau juga dikenali sebagai battle taxi. Selain daripada mengangkut anggota ke medan pertempuran, ia juga berperanan untuk memberikan bantuan tembakan semasa serangan dilaksanakan, pengiring konvoi atau sebagai kenderaan peninjau.

Copy and WIN : hhttp://bit.ly/copynwin

No comments: