Thursday, June 25, 2015

KD HANG TUAH F76 (EX HMS MERMAID)

KD Hang Tuah (F76)
KD HANG TUAH ialah salah sebuah kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari jenis Frigat yang dibina di Limbungan Yarrow Shipbuilder, Scotland.  

Pada mulanya kapal ini dibina untuk Tentera Laut Ghana dan dilengkapi dengan kemudahan penginapan untuk Presiden Kwame Nkrumah. 

Asalnya, kapal ini dinamakan BLACK STAR dan sepatutnya digunakan sebagai Kapal Laksamana (Flagship) Tentera Laut Ghana.

Sunday, June 21, 2015

PELAN TAIWAN BELI 120 BUAH KERETA KEBAL TERPAKAI USA "ABRAMs M1A1"

M1A1 Abrams

Kementerian Pertahanan Negara Taiwan berkata ia akan berpegang kepada pelan perjanjian untuk membeli 120  buah kereta kebal M1A1 Abrams buatan US dalam anggaran NT $ 33,000,000.000 (AS $ 1.08 bilion) . 

Ibu Pejabat Pemerintah Tentera Republik China (ROC) berkata peruntukan bajet program ini akan dibuat pada tahun 2017, dengan penghantaran dijangka bermula pada 2020.

Friday, June 12, 2015

RADAR PENGAWASAN UDARA SABER M60

Radar Saber M60
Saber-M60 adalah radar tiga dimensi Pulse-Doppler  yang menggabungkan teknologi paling maju untuk mengesan, secara serentak, sehingga 60 sasaran terbang di atas kawasan yang dilindungi.

Antara kemampuan radar ini ialah dapat mengelaskan jenis pesawat yang di anggap sebagai kawan atau lawan, serta mengenal pasti jenis pesawat sayap kaku atau berputar.

Tuesday, June 9, 2015

MIG-29N TUDM AKAN KEKAL DAN DI NAIKKAN TARAF

MIG-29N Malaysia
KUANTAN: Pesawat pejuang MiG-29N Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan kekal sebagai aset penting untuk pertahanan udara negara.

Panglima TUDM  Jeneral Tan Sri Datuk Seri Roslan Saad berkata tidak ada keputusan untuk menggantikan MIG-29N yang telah berkhidmat sejak 1990 dan pesawat masih kekal dalam perkhidmatan.

Beliau berkata TUDM akan meneliti keupayaan pesawat MIG-29N yang sedia ada untuk memastikan ia kekal berdaya saing dan relevan dalam menjaga ruang udara negara.

Monday, June 8, 2015

8 BUAH APACHE AH-64E (USD 300 JUTA) UNTUK INDONESIA

Apache AH-64E bakal di miliki Tentera Indonesia

Firma Pertahanan Boeing telah dianugerahkan dengan kontrak jualan lapan helikopter tempur pelbagai peranan Apache AH-64E pada 26 Januari sebanyak $ 295.866.116. (USD 300 juta)

Pesawat ini telah dipesan oleh angkatan tentera Indonesia. Kerja-kerja pembinaan akan dilakukan di Mesa, Arizona dengan tarikh penyiapan dianggar pada 28 Februari 2018.