Tuesday, October 20, 2015

LATIHAN KETENTERAAN BERSAMA ANTARA MALAYSIA DAN CHINA

 
Latihan Ketenteraan bersama China-Malaysia

SELANGOR, Malaysia, 18 September (Xinhua) - Angkatan tentera China (PLA) dan Malaysia (ATM) melancarkan latihan ketenteraan secara bersama buat julung kali di sini hari ini, yang bertujuan untuk mendalami semua  perkongsian strategik antara kedua-dua negara.

Latihan ketenteraan bersama ini diadakan pada 17 hingga 22 September 2015

Kod latihan ini ialah "Keamanan dan Persahabatan 2015" dan dijadualkan akan dijalankan di Selat Melaka dan perairan sekitarnya, termasuk latihan untuk pengiring bersama, pencarian dan menyelamat secara bersama, menyelamat kapal yang dirampas , penggunaan senjata , misi kemanusiaan dan bantuan bencana.

Yi Xiaoguang, Timbalan Ketua Turus Agung Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA), berkata pada sidang akhbar selepas majlis perasmian bahawa angkatan tentera China komited untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pertahanan dan keselamatan dengan negara-negara yang terletak dalam lingkungan wilayah Laut China Selatan termasuk Malaysia.

Beliau juga berkata, latihan ini bertujuan untuk meningkatkan hubungan China-Malaysia dalam semua  perkongsian strategik, meningkatkan pertukaran pragmatik dua hala dan kerjasama, meningkatkan keupayaan kedua-dua pihak untuk menangani ancaman keselamatan bukan tradisional dan melindungi keselamatan maritim serantau. 

Tambahnya, latihan bersama itu tidak bertujuan mensasarkan mana-mana pihak ketiga dan tidak berkaitan dengan keadaan serantau.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia Zulkifeli Mohd. Zin berkata latihan bersama ini menyediakan platform untuk penyelarasan dan kerjasama antara kedua-dua angkatan tentera, yang mempunyai maksud yang besar kepada peningkatan hubungan antara kedua-dua tentera serta hubungan strategik antara kedua-dua negara.
 
 

 
Katanya, dengan menjalankan latihan ini, kedua-dua pasukan boleh mengambil kesempatan daripada kekuatan masing-masing untuk bersama-sama menangani bencana alam yang besar dan memainkan peranan yang lebih besar dalam meningkatkan keselamatan serantau.

Latihan bersama juga merupa latihan ketenteraan dua hala yang terbesar antara China dan negara daripada Kesatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).


Sejumlah 1,995 orang dan 28 gabungan aset ATM serta PLA seperti kapal perang, helikopter dan pesawat pengangkut taktikal terlibat dalam latihan tersebut.

 sumber : China defense, Bernama
  








 

No comments: