Type 054A (kod NATO Frigat Jiangkai II) adalah dari kelas frigat pelbagai peranan, yang pertama memasuki perkhidmatan dengan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) Angkatan Laut pada tahun 2007.
Kelas ini dirancang untuk di bangunkan sebanyak 24 buah kapal kesemuan
Sehingga 2015, 21 sudah dalam perkhidmatan, 1 sedang dalam kerja-kerja pemasangan, dan 2 sedang dalam pembinaan.
Ianya di bangunkan berdasarkan rekabentuk Frigat type 054, menggunakan badan kapal yang sama tetapi ditingkat upaya dengan sensor dan persenjataan yang lebih baik.
Type 054A pertama kali didedahkan semasa dalam pembinaan di Huangpu Shipyard yang berpangkalan di Guangzhou pada tahun 2005. Bermula dengan Frigat Zhou Shan, FFG 529 yang di tauliahkan pada Januari 2008 sehinggalah yang terbaru di tauliahkan pada Januari 2016 iaitu FFG 532 Jing Zhou.