Saturday, January 2, 2016

TUDM TERIMA PESAWAT A400M KEDUA

A400M
SUBANG, 29 Dis 15 – Tentera Udara Diraja Malaysia menerima pesawat A400M kedua daripada empat yang ditempah keseluruhan.

Ini merupakan pesawat kedua daripada empat pesawat yang dibeli pada Disember 2005. Yang pertama telah diterima pada 9 Mac lalu.

Pesawat A400M merupakan pesawat moden dari segi teknologi berbanding pesawat C130 yang berada dalam inventori TUDM.

Pesawat A400M mempunyai jangkauan operasi yang lebih jauh serta berkeupayaan untuk mengangkut kapasiti kargo yang lebih besar berbanding pesawat yang dimiliki TUDM ketika ini.


Selain untuk tujuan pertahanan, pesawat itu juga berupaya melaksanakan misi yang merangkumi penugasan berkaitan ‘Medical Evacuation’ (Medevac), ‘Air-to Air Refuelling’ (AAR), ‘Aerial Delivery (Paratroop & Logistic)’ serta operasi Humanitarian Aid and Disaster Relief (HADR).

Baki dua buah pesawat lagi, dijangka tiba menjelang pertengahan tahun depan secara berperingkat.
Ketibaan pesawat ini di Pangkalan Udara Subang telah disambut secara simbolik dengan diiringi dua buah pesawat tempur MiG29N.

Pancuran air dari kenderaan pemadam api pesawat menandakan ketibaan secara rasmi pesawat di hadapan Bangunan Pergerakan Udara Pangkalan Udara Subang dengan disambut oleh Panglima Tentera Udara serta pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain.

Kriteria A400M 
  • Crew: 3 or 4 (2 pilots, 3rd optional, 1 loadmaster)
  • Capacity: 37,000 kg (81,600 lb)
    • 116 fully equipped troops / paratroops,
    • up to 66 stretchers accompanied by 25 medical personnel
    • cargo compartment: width 4.00-metre (13.12 ft) x height 3.85-metre (12.6 ft) x length 17.71-metre (58.1 ft) (without ramp 5.40-metre (17.7 ft))
  • Length: 45.1 m (148 ft 0 in)
  • Wingspan: 42.4 m (139 ft 1 in)
  • Height: 14.7 m (48 ft 3 in)
  • Wing area: 225.1 m2 (2,423 sq ft)
  • Empty weight: 76,500 kg (168,654 lb) ; operating weight.
  • Gross weight: 120,000 kg (264,555 lb)
  • Max takeoff weight: 141,000 kg (310,852 lb)
  • Fuel capacity: 50,500 kg (111,300 lb) internal fuel
  • Max landing weight: 123,000 kg (271,200 lb)
  • Powerplant: 4 × Europrop TP400-D6 turboprop, 8,200 kW (11,000 hp) each
  • Propellers: 8-bladed Ratier-Figeac FH385 and FH386 variable pitch tractor propellers with feathering and reversing capability (FH385 anticlockwise on engines 2 and 4, FH386 clockwise on engines 1 and 3), 5.3 m (17 ft 5 in) diameter.
sumber dari airtimes.my & wikipedia

No comments: