Pesawat Beechcraft 200T milik TUDM |
“Ini adalah selari dengan Dasar Perintah Am Angkatan Tentera,” kata Ismail Sabri semasa Pengulungan Bahas.
Menurut beliau, peranan pesawat tersebut akan digantikan dengan Pesawat Rondaan Maritim (Maritime Patrol Aircraft, MPA) yang lebih berkeupayaan. Pengantian pesawat tersebut adalah selari dengan pelan Capability 55 (CAP 55) TUDM.
“Perolehan MPA telah diluluskan oleh kerajaan. Pesawat tersebut adalah lebih berkemampuan untuk melakukan rondaan maritim secara menyeluruh dan berkesan,” ujarnya.
Ismail Sabri menambah, Beechcraft telah berkhidmat dalam TUDM semenjak tahun 1994 dengan melakukan rondaan maritim secara terhad di Zon Ekonomi Esklusif negara.
“Ini kerana had jangkauan, jarak, saiz kabin, kuantiti platform yang terhad serta sistem pengawasan terbatas,” jelasnya.
Sebelum ini, TUDM mengoperasikan sebanyak 4 buah pesawat tersebut namun salah sebuah daripadanya telah musnah dalam nahas udara pada 21 Disember 2016.
Kejadian tersebut telah mengorbankan seorang juruterbang, Leftenan Kolonel Kayamboo Chellam TUDM.
Kejadian kemalangan pesawat Beechcraft yang mengorbankan juruterbangnya di Pengkalan TUDM Butterworth |
“Menyentuh kejadian nahas tersebut, TUDM telah mengklasifikasikan insiden tersebut sebagai training hazard (kemalangan latihan) dan bukannya isu teknikal,
“TUDM telah membuat kajian dan penambahbaikan latihan sedia ada bagi menggelakkan sebarang kejadian sama berlaku,
“Penambahbaikan telah dimasukkan dalam prosedur operasi pesawat yang digunakan sehingga hari ini,” jelasnya lagi.
Program CAP55 telah diperkenalkan pada tahun 2018 dan menggariskan rancangan pembangunan jangka panjang TUDM sehingga tahun 2055.
Melalui rancangan tersebut, TUDM telah bercadang untuk membentuk satu skuadron pesawat MPA.
sumber : airtimes.my
3 comments:
Masalah utama utk mempunyai angkatan
udara yg jitu...pencenkan smua pesawat pesawat lapok...d jual berserta alat ganti nya...ini d lakukan bertahap tahap...memang rugi tpi tudm harus berani mencoretkan keinginan mereka d kertas baru.
Smua jet pejuang d jual bertahap dan d gantikan dgn pesawat yg murah yg bole d beli dgn jumlah yg bnyk.
Pesawat pengangkut smua d gantikan dgn satu jenis pesawat sahaja c130 atau CN..dan pesawat ini bole di ragamkan dgn suite MPA,anti-sub,recce,liason utk uav,ssv....kerna dgn biaya sedikit tak mungkin mampu ATM menelengarakan bermcm mcm jenis pesawat.
Ada duait semuanya boleh jadi, kalau kedekut duit macam nilah jadinya.
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny
Post a Comment