peta kepulauan Spratly |
Selain isu tuntutan Filipina terhadap Sabah, Note Verbale yang dikemukakan oleh Misi Tetap Malaysia kepada Commission on the Limit of the Continental Shelf PBB, New York pada 27 Ogos juga secara tegas telah menolak tuntutan maritim melampau Manila terhadap Kalayaan Island Group (KIG).
KIG yang terletak di West Philippine Sea ini merangkumi sebahagian daripada Spratly termasuk beberapa atoll/terumbu karang/pulau yang kini diduduki oleh Malaysia.
Filipina dakwa atoll/terumbu karang/pulau yang kini diduduki oleh Malaysia itu termasuk dalam KIG yang didakwa sebagai hak miliknya.
Ia seterusnya mendakwa beberapa atoll/ terumbu karang/pulau yang diduduki Malaysia itu miliknya kerana jaraknya yang lebih hampir dengan Pulau Palawan.
Tuntutan Filipina itu dinyatakan dalam Note Verbale negara itu pada Commission on the Limit of Continental Shelf PBB pada bulan Mac lepas.
Misi Tetap Malaysia ke PBB dalam balasan Note Verbale beberapa hari lepas itu menggambarkan tuntutan Filipina terhadap KIG sebagai "excessive maritime claims."
Note Verbale Malaysia itu menyatakan tuntutan Filipina berkenaan Kalayaan Island Group itu melanggar Perkara IV UNCLOS 1982 dan tidak selaras dengan peruntukan undang-undang antarabangsa.
Malaysia menurut Note Verbale itu menyatakan negara memiliki hak dan tanggungjawab terhadap atol/terumbu/pulau didudukinya serta continental shelf di Laut China Selatan itu selaras dengan peruntukan yang terkandung di dalam artikel 76 (7) UNCLOS 1982.
Selain itu, Filipina dalam Note Verbale kepada PBB Mac lepas juga mendakwa memandangkan Sabah itu adalah miliknya, maka terumbu/pulau yang diduduki Malaysia di KIG ketika ini juga adalah milik Manila.
Jadi Malaysia tiada hak tuntut terumbu karang/pulau di Kalayaan Island Group itu.
Tuntutan Malaysia di Spratly (Kalayaan Island Group) membabitkan gugusan kepulauan iaitu Ardasier Reef (Ubi Reef), Dallas Reef (Laya Reef), Erica Reef (Siput Reef), Investigator Shoal (Peninjau Shoal), Louisa Reef (Semarang Barat Kecil Reef), Mariveles Reef (Mantanani Reef) dan Swallow Reef (Pulau Layang-Layang).
Nampaknya pertikaian antara Kuala Lumpur dan Manila ini semakin panas...
Diharapkan kerajaan jangan berganjak walau satu inci pun dalam pertikaiannya dengan Filipina ini.
sumber : DEFENCE SECURITY ASIA
1 comment:
Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
Yang Ada :
TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
Sekedar Nonton Bola ,
Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
Website Online 24Jam/Setiap Hariny
Post a Comment