Skuadron 502 Fennec mengawal perairan Sabah dan Sarawak : foto dari TLDM |
KOTA KINABALU: Pemantauan keselamatan di perairan Sabah kini dapat diperkasakan dengan kehadiran helikopter jenis AS 555 SN Fennec milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang akan beroperasi di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) Teluk Sepangar.
Helikopter ini tiba di PTKK dari Markas Pemerintahan Armada Barat semalam dengan menggunakan kapal TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) Mahawangsa.
Panglima Armada Timur, Laksamana Madya, Datuk Sabri Zali, berkata penggunaan aset udara seperti helikopter sangat berkesan dalam mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui jalan laut.
Selain itu, aktiviti penyeludupan barangan asas dan pencerobohan nelayan asing ke perairan Sabah juga dapat dikekang.
Helikopter Fennec yang digunakan oleh TLDM |
"Helikopter ini akan turut membantu mempertingkatkan keupayaan armada kapal TLDM melalui latihan bersama pesawat seperti Deck Landing Training (DLT), Winching Exercise (Winchex), Naval Gun Fire Support (NGS) Spotter dan lain-lain lagi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Sabri hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Memerintah Skuadron 502 yang mengoperasikan Fennec, Komander TLDM Fairul Mohd Shukor di pejabat beliau di Teluk Sepanggar.
sumber : BH online
1 comment:
Heli fennec mungkin tidak lah ada endurance....mungkin TLDM bole membeli super frelon buatan cina yg sudah banyak d naik traf dan d modifikasi...
Post a Comment