Wednesday, March 14, 2007

TUDM SIKORSKY S-614A (NURI)


Sikorsky S-614A (Nuri)
Malaysia (TUDM) merupakan negara pengoperasikan pesawat sayap putar jenis Sikorsky S-61A4 (NURI) yang terbesar di dunia.

Tentera Udara Diraja Malaysia menerima 38 unit helikopter Sikorsky S-61A-4 buatan Amerika Syarikat keluaran syarikat SIKORSKY, lewat tahun enam puluhan dan awal tujuh puluhan untuk kegunaan pengangkutan.  

Berkemampuan membawa 31 anggota tentera. Merupakan variasi daripada model asal iaitu Sikorsky S-61.

Enjin berkembar turboshaft T58-GE-8B menghasilkan sejumlah 1250hp dan membolehkan ia terbang pada kelajuan sehingga 276km/h, dengan jarak sekitar 1,005km .  

Selain itu Nuri dikendalikan oleh 3 krew yang terdiri daripada seorang juruterbang, pembantu juruterbang dan juru mudi udara

Nuri mendarat di atas hangar kapal
Pesawat NURI ini terbukti berkesan dan tahan lasak digunakan semasa era penentangan PKM, mengangkut anggota serta mencari dan menyelamat (SAR).


Sepanjang 40 tahun pengoperasian NURI, sebilangan besar pesawat ini sudah mencapai usia lanjut dan kurang sesuai digunakan untuk melaksanakan tugas-tugas SAR yang semakin mencabar. 

Hanya terdapat beberapa buah pesawat tersebut dalam jumlah terhad yang masih aktif diterbangkan sehingga hari ini untuk tugasan SAR.

Sebilangan besar pesawat NURI juga pernah terlibat didalam kemalangan sehingga menyebabkan kehilangan jiwa. 


Sehubungan itu pihak TUDM perlu mencari alternatif bagi mengantikan pesawat NURI yang sudah mencapai usia lanjut dengan pesawat yang lebih maju dan berkeupayaan bagi melaksanakan peranan dalam keadaan yang lebih mencabar.

Nuri FM1141 dalam perjalanan ke TUDM Kuala Lumpur dari Port Swettenhem





No comments: